Adab sekiranya mendapat mimpi baik
- Pertamanya, hendaklah mengucapkan Alhamdulillah dan memuji
Allah SWT
- Mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang berautoriti
untuk mentafsirnya
- Menghebahkan kepada mereka yang menyayangi anda dan bukan yang memusuhi anda
Adab sekiranya mendapat mimpi buruk
- Anda hendaklah mengucapkan A’udzubillah dan memohon
perlindungan dari sebarang kejahatan mimpi itu
- Hendaklah menucapkan istighfar
- Ludah ke sebelah kiri sebanyak tiga kali. Ia bertujuan
menghalau dan menghina syaitan yang datang mengacau. Ludah ke kiri ialah kerana
tempat yang tidak baik dan tiga kali kerana menggambarkan kesungguhan.
- Tukar posisi tidur. Dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Bila
kita mengubah posisi bermakna kita mengubah gambaran yang terdapat dalam mimpi.
- Bangun dan terus bersolat.
- Jangan menghebahkan kepada orang ramai.
- Jangan cuba menafsir sendiri mimpi itu. Rujuk kepada ahlinya
Sila baca selanjutnya → Edisi Informasi! Adab Sekiranya Mendapat Mimpi Baik dan Mimpi Buruk!