PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Lagu Tema "Facebook" menjadi kegilaan dewasa ini!

Oleh Kaki Wayang on

Wah hebatlaaa..Facebook pun dah ada lagu tema tersendiri..lagu ini menjadi kegilaan para remaja ketika ini..di radio pun begitu juga..menjadi santapan telinga kita..begitulah penangan lagu tema Facebook...atau Cinta Muka Buku persembahan oleh Najwa Latif.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Lagu Tema "Facebook" menjadi kegilaan dewasa ini!

Betol-betol Pelik! Pelik duit syiling jatuh dari langit!

Oleh Kaki Wayang on


Pelik tapi benar, itulah yang didakwa sebuah keluarga di Taman Kledang, di sini apabila menyaksikan kejadian luar biasa duit syiling dipercayai jatuh dari langit. Kejadian itu berlaku sejak seminggu lalu, apabila kanak-kanak berusia 10 tahun, S Vishnu Nair, mendakwa melihat satu cahaya dari langit dan selepas itu duit syiling mulai jatuh serta ia tidak diketahui dari arah mana.

Sehingga semalam, duit syiling yang jatuh di halaman rumah keluarga itu sudah berjumlah RM5.60 dan terdapat sekeping duit syiling dari India serta Singapura. Agak mengejutkan ketika kunjungan Sinar Harian di lokasi turut menyaksikan kejadian duit syiling 20 sen tiba-tiba terjatuh.

Vishnu Nair berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis lalu dan ketika itu hujan renyai-renyai. Menurutnya, terkejut dengan kejadian pelik itu, dia memberitahu kepada ibunya, tetapi ia dianggap satu pembohongan.

“Selepas memberitahu ibu, dia tidak percaya, saya terus membawa duit syiling 20 sen ke kedai runcit dan membeli gula-gula. “Peliknya selepas itu duit syiling terjatuh termasuk 10 sen dan 5 sen, selepas itu ia disaksikan ibu serta ahli keluarga lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.

Katanya, kejadian berkenaan biasa berlaku pada waktu senja dan malam tetapi kadang-kala waktu siang juga pernah berlaku. Sementara itu, ibunya, S Abirami, 29, berkata, perkara itu memang sukar dipercayai sehingga dia dan saudara mara melihat sendiri duit itu terjatuh tetapi tidak tahu dari mana datangnya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Pelik! Pelik duit syiling jatuh dari langit!

Betol-betol Sengal! Calon SPM ditangkap khalwat!

Oleh Kaki Wayang on


“Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.

Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“Para penguat kuasa hanya me­nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Calon SPM ditangkap khalwat!

Betol-betol Gempak! Safiq Rahim berlepas ke cardiff City!

Oleh Kaki Wayang on


Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim akan berlepas ke Cardiff esok untuk menjalani ujian percubaan selama tiga minggu dengan kelab Cardiff City.

"Ia adalah peluang yang ditunggu-tunggu. Ini adalah peluang terbaik saya untuk menunjukkan skil bola sepak saya. Saya tahu ia adalah sukar tetapi tiada apa yang mustahil.

"Sudah sampai masanya bagi kita untuk menunjukkan Malaysia juga mempunyai ramai pemain bola sepak yang berbakat," kata pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Cardiff City 1Malaysia hari ini.

Safiq, yang merupakan kapten pasukan Malaysia ketika menentang  Arsenal dan Liverpool, berkata apa jua keputusannya, beliau berharap dapat mempelajari sesuatu daripada perlawanan ujian percubaan di Cardiff itu nanti dan meningkatkan prestasi permainannya ke tahap lebih tinggi.
"Sudah pasti impian saya adalah menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di England," kata pemain itu yang menyumbat gol hasil sepakan percuma ketika menentang pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool apabila Malaysia tewas 3-6 dalam perlawanan persabahatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Julai lalu.
Penyerang negara Safee Sali, yang kini bermain dengan pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya menjalani latihan ujian percubaan dua minggu pada September lalu dengan Cardiff City yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.    
"Kami gembira dapat bersama Safiq di Cardiff selama tiga minggu. Dia akan dijaga dengan baik dan akan diberi peluang untuk menjalani latihan dengan pasukan pertama," kata Chan.
Beliau yang yakin Safiq akan memberi persembahan terbaik, ahli perniagaan itu berkata: "Beliau akan dinilai sendiri oleh Malky Mackay (pengurus Cardiff City) dan kami akan mendapatkan penilaiannya daripada Mackay."
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Safiq Rahim berlepas ke cardiff City!

Edisi Sentap! Letih punca skuad Olimpik Malaysia tewas

Oleh Kaki Wayang on


FAKTOR keletihan antara penyebab utama pasukan Harimau Muda tumbang 2-0 kepada Syria pada aksi Kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Anak buah Ong Kim Swee yang baru tiba ke tanah air awal pagi Isnin lalu bermain baik pada awal babak pertama namun ketumpulan penyudah diketuai Ahmad Fakri Saarani dan A Tamil Arasu gagal menghasilkan sebarang gol di hadapan 20,000 penyokong sendiri.

Pasukan Syria terlebih dahulu menguji gawang gol dikemudi Khairul Fahmi Che Mat menerusi sepakan M Zakaria Al Omari, namun sempat ditolak keluar. Malaysia tidak ketinggalan dengan melancarkan sera­ngan berbahaya dan minit 20, Wan Zack Haikal melepaskan sepakan meliar ke arah penjuru gawang pelawat.

 Fakri dilayangkan kad kuning akibat melakukan kekasaran terhadap Mohammed Farres. Selang beberapa minit, Fakri pula membuat percubaan menarik namun sudah dapat dibaca penjaga gawang, Ibrahim Alma. Anak buah Immad Eddin Khankan hampir mendahului perlawanan, tetapi sepakan Solaiman Solaiman sekali lagi diselamatkan Apex.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan tanpa jaringan. Bersambung babak kedua, Syria bertambah agresif dan mengatur permainan dengan lebih tersusun. Hasilnya, Solaiman memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-52 dengan menanduk masuk gol menewaskan Apex yang sudah tertewas.

Syria terus mendominasi permainan selepas itu dan gawang negara bocor buat kali kedua minit ke-88 menerusi jaringan pemain gantian, Nasouh Nakkdahli. Babak kedua ditamatkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu yang berakhir dengan keputusan berpihak kepada Syria mengatasi Malaysia 2-0. Pujian juga harus diberikan kepada penyokong tegar Malaysia, ‘Ultras Malaya’ yang tidak berganjak keluar dari stadium biarpun perlawanan sudah berakhir.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Letih punca skuad Olimpik Malaysia tewas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...