Lain pula ceritanya bagi sebuah   laman web CIA (luar negara) apabila laman web itu telah berjaya digodam   oleh sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Lulz Security.
Lulz Security sebelum ini   mengaku bertanggungjawab dalam  beberapa  serangan ke atas Senat   Amerika, Sony Corp, News Corp dan Rangkaian  Sistem Penyiaran Amerika.  
Laman CIA pada mulanya tidak   boleh diakses dari New York ke San  Francisco dan Bangalore ke London.   Bagaimanapun pada sebelah petang  ia  boleh diakses sekali sekala. 
“Kami sedang menyiasat laporan ini,” kata   jurucakap CIA. Lulz Security   menghapuskan halaman depan laman web, menghantar  maklumat peribadi   mengenai pelanggan dan pentadbir dan mendedahkan carta  organisasi   beberapa laman. 
Penganalisis keselamatan bagaimanapun tidak memandang serius kesan    serangan ini dan berkata penggodam sekadar menunjuk-nunjuk untuk    mendapat seberapa banyak perhatian yang boleh.  
“Dalam kes serangan ke atas laman CIA, penggodam tidak boleh mengkases    data sensitif dengan menceroboh laman web umum agensi itu. Apa yang    dilakukan hanyalah untuk menyatakan betapa hebatnya mereka dan betapa    teruknya sistem keselamatan CIA,” kata penulis bersama buku Inside Cyber    Warfare: Mapping the Cyber Underworld, Jeffrey Carr. 
Lulz yang mempunyai anggota di seluruh dunia, mengumumkan serangan itu sejurus sebelum jam 6 petang waktu Pantai Timur. 
Walaupun kumpulan itu yang juga dikenali sebagai Lulz Boat,  menunjukkan   imej yang lebih menjurus kepada aktivis, anggotanya  dikehendaki oleh   Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pihak berkuasa lain  kerana   melanggar undang-undang. 
 
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Hangat! Laman web CIA digodam