PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Informasi! Tahukah Anda! Kenapa Keju Berlubang

Oleh Kaki Wayang on



Lubang yang ada pada keju terjadi akibat penghasilan gas oleh sejenis bakteria (propionic) sewaktu proses pematangannya. Semasa keju ini sedang matang, molekul panjang keju akan terpecah menjadi molekul yang lebih ringkas dan enak menerusi tindakan enzim. Bakteria “propionic” menghasilkan gas karbonic sehingg menyebabkan terjadinya tekstur bulat, berlubang atau berbentuk mata pada keju. Ada juga sesetengah jenis keju yang mempunyau lubang yang agak besar berikut tembahan asid “propionic” yang mana ianya berfungsi untuk memberikan rasa manis dan lemak.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tahukah Anda! Kenapa Keju Berlubang

Betol-betol Informasi! Tahukah Anda! Debunga dan susu getah wujudkan alahan

Oleh Kaki Wayang on



Orang yang alah terhadap debunga dan susu getah lazimnya akan mengalami alahan terhadap sesetengah jenis makanan. Ini berlaku kerana tubuh mereka tidah dapat membezakan antara debunga/ susu getah dengan bahan sama yang ada pada sesetengah jenis makanan misalnya buah, kekacang dan sayur. Keadaan ini dipanggil “cross-reactivity” atau  "cross allergy”.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tahukah Anda! Debunga dan susu getah wujudkan alahan

Betol-betol Hangat! Tak suka minum air putih?

Oleh Kaki Wayang on



Ramai orang jarang minum air putih. Walhal, kurang cairan boleh menyebabkan banyak kesan buruk pada tubuh. Air putih yang bersih adalah komponen penting untuk proses detoksifikasi dan melancarkan fungsi organ-organ tubuh. Air juga yang membantu  memusnahkan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh. Selain itu, air berperanan untuk proses penyucian sisa zat di dalam usus.

Info Baik

Manfaat air pada tubuh tidak memakan masa yang lama. Cuba mulakan rutin minum air putih sebanyak 2 liter sehari. Dalam tempoh sebulan, keadaan organ organ tubuh akan menjadi lebih baik. Metabolisme tubuh juga akan menjadi lebih lancar.

Apa yang perlu dibuat?

Tidak susah sebenarnya untuk menyukai air putih. Mulai hari ini, cubalah kurangkan minuman berwarna atau bergula. Paksa diri untuk sentiasa minum air putih. Mulakan dengan segelas kecil dan minum dengan kerap tanpa perlu menunggu waktu haus. Tambahkan jumlahnya setiap hari. Jus buah segar tanpa gula juga adalah pilihan terbaik. Jangan lupa untuk menambahkan pengambilan buah-buahan seperti epal, nanas dan limau.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tak suka minum air putih?

Betol-betol Hangat! Terlalu Suka Merokok?

Oleh Kaki Wayang on



Anda sedar merokok akan memberikan kesan buruk pada tubuh. Merokok adalah permulaan kepada penyakit kanser, jantung dan angin ahmar. Langkah terbaik untuk menanganinya ialah dengan berhenti sahaja. Bercakap memang senang tetapi melakukannya agak sukar, kan? Tetapi lebih cepat anda berhenti, lebih mudah untuk anda memperbaiki keadaan tubuh.

Info Baik

Emma Dalglish dari Cancer Council Quessland’s Tobacco Programme  memberitahu tidak ada istilah terlambat untuk berhenti merokok. Sebaik berhenti, jumlah oksigen dalam tubuh akan meningkat dan karbon monoksida yang mematikan akan beransur hilang dari pembuluh darah. Setelah setahun berhenti, risiko diserang penyakit jantung juga akan berkurangan sehingga 50%. 10 tahun kemudian, risiko kanser  paru-paru akan menurun dengan drastik.

Apa yang perlu dibuat?

Buatlah sedikit jurnal dan pilihlah apa jua kaedah yang anda rasakan perlu atau sesuai (dan mampu anda lakukan) untuk berhenti. Bukan hanya memilih tetapi pastikan cara itu juga berkesan.  Anda misalnya boleh mencuba dengan rawatan, pengganti nikotin atau terapi dari pakar. Ada juga orang yang berjaya dengan berhenti  begitu sahaja. Yang penting, anda haruslah berusaha.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Terlalu Suka Merokok?

Betol-betol Hangat! Rahsia akronim PEPSI kini terbongkar!

Oleh Kaki Wayang on

http://blogs.ubc.ca/comm101assignments/files/2010/12/Pepsi.jpg 

Tertarik dengan entri yang di post oleh ITSMESAIFUL tergerak pula hati Betol-betol Hangat! Nak kongsikan entri tersebut.

Tajuk entri itu adalah Rahsia Nama PEPSI kini terbongkar. BBH tak tahu sejauh mana kebenaran rahsia yang terbongkar itu. Cuma apa yang BBH nak kongsikan. PEPSI sebenarnya adalah ringkasan dari “Pay Every Penny to Save Israel”..yang lebih kurang maksudnya “sumbangkan setiap PENNY (coin kecil) untuk selamatkan Israel.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Rahsia akronim PEPSI kini terbongkar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...