PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label minum air putih. Show all posts
Showing posts with label minum air putih. Show all posts
Home » Posts filed under minum air putih
Betol-betol Hangat! Tak suka minum air putih?
Oleh Kaki Wayang on
Ramai orang jarang minum air putih. Walhal, kurang cairan boleh menyebabkan banyak kesan buruk pada tubuh. Air putih yang bersih adalah komponen penting untuk proses detoksifikasi dan melancarkan fungsi organ-organ tubuh. Air juga yang membantu memusnahkan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh. Selain itu, air berperanan untuk proses penyucian sisa zat di dalam usus.
Info Baik
Manfaat air pada tubuh tidak memakan masa yang lama. Cuba mulakan rutin minum air putih sebanyak 2 liter sehari. Dalam tempoh sebulan, keadaan organ organ tubuh akan menjadi lebih baik. Metabolisme tubuh juga akan menjadi lebih lancar.
Apa yang perlu dibuat?
Tidak susah sebenarnya untuk menyukai air putih. Mulai hari ini, cubalah kurangkan minuman berwarna atau bergula. Paksa diri untuk sentiasa minum air putih. Mulakan dengan segelas kecil dan minum dengan kerap tanpa perlu menunggu waktu haus. Tambahkan jumlahnya setiap hari. Jus buah segar tanpa gula juga adalah pilihan terbaik. Jangan lupa untuk menambahkan pengambilan buah-buahan seperti epal, nanas dan limau.