- Korang leh letak tagline pada follower korang dengan tagline seperti..korang follow aku, aku follow korang balik..mudah bukan..walaupun sentap nak mampos dan desperate giler nak follower..tapi itulah hakikatnya..sekurang-kurangnya pembaca leh fikir..”kalau aku follow dia, dia mesti follow aku balik”..secara tak langsung follower anda akan bertambah walaupun seorang..
- Tips seterusnya adalah segmen ataupun contest..yang segment u kalau aku yang buat belom tentu berjaya disebabkan blog aku masih lom hebat lagi..tapi kalau kengkawan kita ynag lain yang dah pro bab ni konfem boleh..pada yang desperate sangat tu..korang leh lah buat segmen macam Abg Ben selalu buat tu..tak pun buat contest..hadiah kenelah gempak beb..hadiah pertama Ipad 2 ke, Hadiah kedua Nikon DSLR ke..tak pun paling kurang..giveaway RM10 topup pun dah cukup..secara tak langsung akan mendapat pengunjung dan follower..pastu kalau wat contest..korang wajibkanlah mesti menjadi follower baru leh join contest..silap-silap traffic pown datang mencanak oooo..
- Yang terakhir (walaupun pada dasarnya banyak tips lagi) jadikan entri blog anda mantap-mantap..kalau nak copy entri orang pown jangan lupa bagi kredit dan ubah sedikit entri tersebut dari sudut pandang tuan/puan/cik/encik yer..tips yang terakhir ni agak payah sikit sebab korang kena sentiasa buat entri yang sangat power dan hebat..
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Tips Menambah Follower!
Oleh Kaki Wayang on
Tema hari ni..tema info dan tips je..sesuai dengan tujuan blog ini dihasilkan..semuanya berkenaan informasi..semoga ianya akan menjadi sebuah blog yang berinformasi suatu hari nanti..Ok entri kali ni adalah tips bagaimana nak dapatkan follower yang ramai..sepatutnya aku tak boleh nak keluarkan entri ni..sebab follower aku pown bukan ramai pown..tak sampai 100 lagi pown…tapi atas dasar-dasar ingin berkongsi..so Aku pown buat entri ni..Thanks to TIA atas entrinya mengenai ini.
Yang dah ramai follower tu nak baca ke tak terpulang sebab anda dah ada ramai pengikut..yang nak amik port tu..silakanlah yer..lagipun aku ni baru 2 bulan berblog..tak dapek nak bandingkan dengan blogger senior yang lain sampai ada yang 20,000 pengikut setianya..Aku bukannya kisah sangat pown sal follower ni..sebab..dalam banyak-banyak pengikut aku ni..belom tentu ada ada yang mengikuti secara terus, harian ataupun langsung tak berkunjung dah ke blog aku ni selepas dia tekan button follow tu..
Ok back to the main topic, tips ni boleh digunakan untuk menambahkan follower korang..leh tambahkan komen pengunjung dan pembaca..dan boleh juga menyebabkan setiap entri korang dikomen oleh pembaca.
Betol-betol Hangat! Air Mata Jatuh Berguguran!
Oleh Kaki Wayang on
Dalam entri kali ini..membincangkan satu hal yang ramai blogger-blogger baru tak perasan..macam aku juga..saje masukkan nama “aku” dalam golongan ini..supaya nanti orang tak cakap..
“cakap pandailah..buat tengok” tak pun “blog aku, suka hati aku lah nak letak apa”..nyah ko dari sini..
Entri ni bukan nak cari gaduh atau ape pown..saja nak kongsikan pengalaman terutamanya dengan blogger-blogger baru ni..tidak dinafikan bila menjadi blogger ni banyak benda yang kita nak letak dalam blog..betul tak?..kalau boleh nak letak jam, nak letak iklan sana sini..lampu lip lap sana sini..siap ada salji jatowhhh berguguran lagi..tak cukup dengan itu..letak lagu lagi..dah lah xleh nak pause pulak tu..perghhhh..memang menggangu “system pembacaan” betol..kalau boleh sume nak letak..nak letak biar 1 page penuh ngan widget.
Biasanya perkara ni terjadi kepada blogger-blogger wanita..setakat ini jarang lagi BBH tgk blog lelaki yang ada lagu..persoalannya di sini..mana yang lagi elok..blog cantik tapi berat dan serabut atau..blog yang tak berapa nak cantik tapi ringan jew..tepuk dada tanyalah selera yer..jangan ada yang sentap-sentup pula..
Kekadang ada blog yang leh menyebabkan airmata pembaca jatuh berguguran..bukan kerana entri yang sedih atau lawak.tapi menunggu entri pertama muncul tak sudah-sudah..nak loading berjam-jam..siap leh masak maggi pula tu..bila dah berjaya bukak entri pertama..bukan main melompat lagi..macam menang piala dunia..
So kepada kengkawan sekalian..korang janganlah terasa..ni Cuma teguran..kalau korang nak lagi ramai pembaca datang ke blog anda..pastikan blog anda ringan seringannya..jangan sampai kene tegur dalam komen secara terus ke blog anda baru nak sedar..tak dinafikan blog-blog anda cantik tapi bagi pembaca lain ianya serabut..
P/s: Tolonglah ringan-ringankan blog anda yer..lebih-lebih lagi kepada pengguna broadband..tak pasal-pasal habis dalam tempoh singkat sebab slalu masuk blog yang berat nak mampos itew..jangan sentap-sentup tauuu..
Betol-betol Hangat! 8 Tuntutan Bersih 2.0
Oleh Kaki Wayang on
Oklah..aku ni bukanlah Politician ataupun ahli politik serba boleh..malah aku tak de sangkut paut pown dengan Politik..aku hanya seorang amnusia yang disogokkan dengan pelbagai cerita mengenai Politik..ntah mana yang betul dan mana yang tak..semuanya kurang jelas dimataku..fitnah sana sini..mengeluarkan aib orang lain..dan aku rasa ntahlah..yang aku tahu..orang hanya pandai berjanji tapi tak pernah kotakan janjinya..setiap kali pilihanraya diadakan rumah aku kat Sabah tu dijadikan markas untuk berkempen..bila dah habis banyak kertas-kertas undi bertaburan dalam rumah dan luar rumah..berkempen bukan main..janji itu ini..satu ape pon takde..so bermula dengan itu aku malas nak amik tahu pasal politik..
Dan kini BERSIH 2.0 kembali menagih hak..siapa BERSIH?
Berikut merupakan 8 tuntutan yang dikemukan oleh BERSIH 2.0:-
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Betol-betol Insaf! Dirogol Selepas Taubat!
Oleh Kaki Wayang on
Sekadar perkongsian suatu sketsa..semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua tidak kira lelaki mahupun perempuan..BBH tahu dalam dunia yang penuh mencabar ini..semakin lama manusia semakin lupa akan pencipta-Nya..semakin banyak perkara maksiat dilakukan terang-terangan..sedangkan salah satu tanda kiamat adalah maksiat dilakukan secara terang-terangan tanpa segan silu..
BBH menyeru kepada semua manusia..dan tidak lupa juga kepada BBH sendiri agar sentiasa bertaubat kepada Allah..sesungguhnya kita mampu mengubahnya..kalau bukan kita siapa lagi nak ubah..Jom kita baca satu cerita yang pada aku sangat meruntun hati..thanks to Perdanaonline ngan artikel ini..semoga cerita ini akan dijadikan iktibar untuk tempuhi hidup yang semakin mendekat dengan kiamat ini..
BBH menyeru kepada semua manusia..dan tidak lupa juga kepada BBH sendiri agar sentiasa bertaubat kepada Allah..sesungguhnya kita mampu mengubahnya..kalau bukan kita siapa lagi nak ubah..Jom kita baca satu cerita yang pada aku sangat meruntun hati..thanks to Perdanaonline ngan artikel ini..semoga cerita ini akan dijadikan iktibar untuk tempuhi hidup yang semakin mendekat dengan kiamat ini..
Alkisahnya:-
Seorang remaja yang telah insaf dan berazam tidak mahu lagi bergelumang maksiat menghadapi trauma apabila diperkosa lelaki tidak dikenalinya.
Akibat perbuatan lelaki buas itu, Aleena, 21, (bukan nama sebenar) kini mengandung lima bulan dan bakal melahirkan anak tanpa ayah tidak lama lagi.
“Saya akui sebelum ini saya seorang remaja liar dan sentiasa bergelumang maksiat.
“Tapi itu dulu. Ketika saya masih mentah dan belum kenal erti kehidupan.
“Ketika itu saya tak tahu apa-apa. Naluri muda saya sentiasa panas. Nafsu saya sentiasa membara. Teman lelaki bersilih ganti,” kata Aleena sambil menitiskan air mata.
Tanpa berselindung, gadis berkulit hitam manis itu mengakui beberapa kali terlanjur dengan teman lelakinya. Bukan seorang. Tapi ramai. Aleena sendiri tidak pasti berapa lelaki pernah menidurinya.
“Sekarang saya sudah insaf. Saya benar-benar taubat!” rintihnya.
Keinsafan Aleena datang secara mendadak. Semuanya tidak dirancang. Suatu malam ketika sedang berehat di biliknya akibat keletihan selepas berpeleseran bersama teman lelakinya, tiba-tiba Aleena terdengar ceramah agama di corong radio dari bilik ibunya.
Aleena tidak pasti nama ustaz yang menyampaikan ceramah itu. Tapi ungkapannya sungguh menyentuh kalbu. Suara ustaz itu sungguh lembut menusuk jantungnya.
Antara kata-kata ustaz yang sangat berkesan dalam hati Aleena ialah:
“Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat.”
Kata-kata itu amat mengejutkan Aleena. Seram bulu romanya. Ya Allah, selama ini berulang kali aku serahkan tubuhku untuk diratah teman lelaki. Telah beberapa kali aku merelakan alat sulit teman lelakiku menyentuh alat sulitku…
Ketika jiwa sedang gementar itu Aleena terdengar ustaz itu berkata:
“Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…”
Ketika itulah dia terbayang azab neraka. Terbayang kegelapan di dalam kubur. Terbayang ular dan lipan besar meratah mayatnya dalam liang lahad. Terbayang soalan Malaikat Munkar Nakir yang bengis…
Jiwanya semakin menggeletar. Nafsunya mengecut dan nafasnya berdenyut kencang. Dia terasa nyawanya seakan-akan tercabut ketika itu.
Perlahan-lahan Aleena sujud sambil menyebut nama Allah. Dia menadah tangan bersama deraian air mata merayu ihsan Allah.
“Ya Allah, berilah aku peluang membetulkan diri. Janganlah cabut nyawaku lagi. Aku berjanji menjadi insan yang baik. Insan yang melakukan ibadah dan meninggalkan semua perkara keji.
“Ya Allah, pada malam ini aku berikrar akan meninggalkan semua perbuatan terkutuk yang pernah aku lakukan selama ini. Sesungguhnya pada malam ini…dan saat ini…aku melafazkan taubat kepadaMu…
“Tuhanku, terimalah taubatku… bimbinglah aku ke jalan benar. Isikanlah jiwaku dengan amal kebajikan…dan buangkan semua nafsu syaitan yang bersarang dalam diriku selama ini…”
Keesokannya Aleena bangun dengan azam membina kehidupan baru. Mahu belajar ilmu agama. Mahu meninggalkan semua perbuatan keji.
Aleena berharap dunia baru itu menjanjikan kehidupan serba indah. Malangnya, Allah masih menguji kesabarannya.
Malam itu, ketika keluar dari sebuah restoran selepas membeli makanan, tiba-tiba langkah Aleena dihalang. Sebuah kereta menghimpitnya.
Seorang lelaki berusia 30an keluar dari kereta sambil menghunus pisau: “Jangan menjerit jika mahu selamat!”
Aleena panik. Lelaki berjaket hitam itu mengarahkan Aleena ke kereta. Pintu depan kereta dibuka dan dengan cepat tubuhnya ditolak ke dalam.
Lelaki itu memecut laju membawa Aleena ke sebuah hutan jauh dari bandar.
Di sebuah rumah kosong di hutan itu Aleena diugut. “Buka pakaian cepat!”
“Jangan buat saya begini. Saya sudah insaf…saya sudah bertaubat!” Aleena cuba melawan bersama tangisan.
“Jangan kau fikir aku tak kenal siapa kau, Cik Aleena. Kau ingat kau baik sangat? Kau ingat kau wanita suci?” sindir lelaki itu sambil ketawa.
Dengan rakus lelaki itu merentap pakaian Aleena, satu persatu, sehingga akhirnya Aleena lemas diperlakukan seperti haiwan.
“Selepas puas meratah tubuhku, lelaki itu menghantar saya ke stesen bas dan dia terus menghilangkan diri,” cerita Aleena bersama sendu pilu.
Setelah kandungannya berusia tiga bulan dia menceritakan perkara sebenar kepada keluarganya.
“Mulanya keluarga tidak percaya, tapi bila saya bersungguh-sungguh menceritakan apa yang berlaku barulah mereka yakin apa yang menimpa saya.
“Keluarga kemudian membuat laporan polis, namun sampai sekarang jejak lelaki itu tidak dapat dikesan kerana saya memang tidak mengenalinya.
“Setelah kandungan berusia empat bulan keluarga menghantar saya ke Kem Modal Insan (KEWAJA) Gombak, Selangor.
“Saya yakin apa yang berlaku itu satu ujian Allah mahu menguji keimanan saya,” kata Aleena pasrah.
Cuma Aleena amat kesali, setelah bertaubat mahu menjadi insan solehah, ketika itulah dia didera seperti binatang.
“Kukira selepas insaf dapat aku abdikan diri kepada Allah, namun semuanya hancur berkecai oleh sikap lelaki durjana…” rintihnya.
Betol-betol Hangat! Bagaimana Menaikkan Trafik Blog?
Oleh Kaki Wayang on
Biasanya traffic dijana dengan kehadiran pembaca masuk ke dalam blog kita..tapi bagaimana nak jana traffic untuk menarik minat mereka agar update-update/ post yang kita berikan dalam blog menyebabkan mereka ini tertarik untuk membacanya?traffic means pageview..kekadan hari ni kita dapat dalam 500 PV tapi UV dapat dalam 300 UV jew..dah lah kita penat-penat nak siapkan satu entri tapi dapat banyak ni je..
Kekadang sedih jugak kan..tapi sebagai blogger baru..jangan cepat putus asa..satu cara yang paling mudah dan teramat klasiknya untuk mendapatkan traffic adalah dengan “BLOGWALKING”..tinggalkan jejak anda di mana-mana blog yang anda singgahi..tinggakan url anda..besar kemungkinan ada diantara pembaca-pembaca disana akan mengunjungi blog anda..kemudian join mana-mana segmen yang dikelolakan oleh blogger otai macam Ben Ashaari sebab Abg Ben selalu buat segmen atas tujuan untuk membantu blogger-blogger baru..
BBH sendiri pun sentiasa berblogwalking dan mengikuti segmen Abg Ben..hasilnya..traffic akan meningkat dengan mendadak..kekadang daripada tak de komen langsung dalam entri kita..tetiba leh dapat dalam 20 paling kurang..kalau blog Abg Ben lainlah sehari leh sampai ribu-riban yang online kat blog dia..
Kemudian, sebagai blogger yang kreatif..harus tahu apa yang pembaca nak cari..biasanya LABEL, tag memainkan peranan yang amat penting.. kenapa?sebab label nil ah yang akan berkemungkinan akan di cari oleh pembaca-pembaca..Selain itu kita juga boleh membuat entri-entri separti entri mengenai Artis-artis, gossip artis dan macam-macam lagi kerana entri-entri seperti inilah yang pembaca nak sebenarnya..
1 cara lagi adalah dengan mewujudkan contest antara blogger..my 1st giveaway ke, come and join our contest ke..dan banyak lagi..kerana dengan adanya pertandingan dan giveaway inilah yang menyebabkan pengunjung datang ke blog kita dan menyertai contest yang dianjurkan..secara tidak langsung akan menaikkan traffic blog kita..
Sebenarnya banyak lagi…tapi buat masa ni..tak perlulah aku nak ulas panjang lebar..ramai yang dah tahu benda ni..Cuma aku ingin kongsikan apa yang aku tahu…
P/s: Selalulah berblogwalking dan belajarlah cara-cara untuk menaikkan traffic blog kita..bersepah-sepah tutorial dan cara untuk tujuan itu..sekarang ni pun BBH masih lagi dalam proses pembelajaran..maklumlah baru bulan berblog..