PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! Nama cantik, perangai buruk!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcAYrN9DjUGdkUOIPr9cymcBpWb_GgFuTf5HAsu_wMlmNji0wMthv9OJP_uh4Oz0mlQJM7-FnDJIWcX7h5JRuWeNcCJEzvidSYPOA89yD6VfpYiDVKkC4BzyVdoeBkiQQcmlOBNZwVJdyc/s1600/pix_gal0.jpg 

Mula-mula sekali nak bagi tahu maksud nama HIDAYAH..pada kengkawan..tahu tak maksud hidayah? Meh kita selami maksudnya:-
Hidayah - Petunjuk - Guidance

Apa pula maksud HIDAYAH melalui Al-Quran eh?
Maksud Hidayah dari AlQur'an:
Terjemah ayat," sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti2 yg terang, maka barangsiapa yg melihat bukti2 itu (hidayah), maka bermanfa'atlah bagi dirinya.."

Rasanya dah ramai dah yang tahu cerita sal cerita Isteri seorang pemain bolasepak Singapura (Ketua Pasukan) yang menggelar Safee Sali dan Amirulhadi sebagai MONYET..rasanya nama HIDAYAH itu tak sesuai kot dengan orang tuan punya badan..nama CANTIK perangai sangat BURUK..menggelar manusia sebagai monyet menunjukkan beliau seperti tidak menerima hidayah dan tak bertamadun..

Silap besar la dia tu TWEET macam tu.."2 Monkeys in the pitch..bicycle kick konon..Booooo!!!"..dalam dunia internet ni mudah je nak tahu..dia rasa agaknya orang tak kan tahu apa yang dia tweetkan tu..dan dengar khabar akaun twitternya dah ditutup sebab mendapat KRITIKAN dan KUTUKAN..memang patot pon..kerana mulut badan binasa..sesuai sangat..dan kalau dia mintak maaf sekalipun ORANG MALAYSIA boleh terima ke? belum tentu hidayah ooooiiiiii.. 

Kalau orang lain cakap macam tu kat dia..rasanya dia melenting tak? @hidayah? fikir-fikirkanlah..jangan sampai anda menyebabkan permusuhan antara Malaysia dan Singapura..rasanya Malaysia mampu menerima kekalahan..tapi kalau menggelar manusia dengan panggilan MONYET tak de siapa yang mampu menerimanya..rasanya lepas ni..kalau Pasukan Singapura datang ke Malaysia akan wujud PROVOKASI..semuanya atas sebab-sebab si HIDAYAH yang takde hidayah ni..Nama anda CANTIK tapi tutur kata? Sangat teruk dan buruk..Buktikan nama anda sebaik sikap dan sifat anda..semoga mendapat hidayah..Amin..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Nama cantik, perangai buruk!

Betol-betol Hangat! SEPAH Berpecah?

Oleh Kaki Wayang on

http://3.bp.blogspot.com/-rIjtsR-UOIE/TbF8h9Txe1I/AAAAAAAAAJs/zM3SwPheVT0/s1600/Si+Bujang+Sepah1.jpg

BUKAN sekali dua, tetapi sudah banyak kali perkhabaran tentang perpecahan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepah ini bertebaran. Sesungguhnya ia bukanlah sebuah berita baru. Malah, cerita ini sudah menjadi bahan mulut pihak media selepas mereka bergelar juara Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2008.

Ketika itu, memang heboh diperkatakan tentang kumpulan ini yang berdepan dengan masalah disiplin sehingga menyukarkan ramai pihak untuk mendapatkan mereka. Namun, cerita itu terus senyap dan ia kembali timbul apabila salah seorang anggotanya, Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep memberitahu Sepah hampir berpecah sewaktu menyertai Maharaja Lawak, baru-baru ini.

Ternyata gelaran juara sulung Maharaja Lawak tidak berupaya menyelamatkan kumpulan ini untuk terus kekal bersatu apabila sekali lagi dikhabarkan mereka akan membawa haluan masing-masing selepas Aidilfitri ini. Bertemu dengan kumpulan ini usai rakaman program Gegar Raya Kampung Pening Lalat yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini, peluang itu diambil untuk bertanyakan kesahihan berita tersebut.

Dengan penuh tenang, Jep menjawab segala pertanyaan yang diajukan dengan baik meskipun jam sudah menghampiri pukul 1 pagi.

"Kalau bukan selepas Hari Raya pun, memang kami sudah lama merancang untuk membawa haluan sendiri. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, perpecahan Sepah belum lagi secara rasmi. "Kumpulan Sepah masih wujud dan kami juga akan terlibat dengan pertunjukan amal sepanjang Ramadan ini. Cuma, mungkin rezeki itu tidak tertulis untuk kami terus kekal bersama setiap masa," jelasnya tenang membuka bicaranya sambil dipersetujui dua teman Sepah yang lain, Shahmira Muhammad atau Shuib dan Mohd. Noor Murad (Mamat).

Kata Jep lagi, mereka mula memikirkan tentang keputusan tersebut memandangkan begitu sukar untuk mengumpul kesemua ahli Sepah dalam satu-satu masa. Sementelah, masing-masing mempunyai komitmen sendiri, ujar Jep, adalah lebih baik untuk dia, Shuib dan Mamat memikirkan haluan sendiri dalam bidang seni.

Memang tidak dinafikan, antara ketiga-tiga anggota Sepah, Shuib paling mendapat perhatian dan rezeki juga semakin mencurah-curah buat suami kepada penyanyi genit, Sarah Raisuddin itu.

"Seperti saya sendiri, selepas tamatnya Maharaja Lawak, saya hanya duduk di kampung sahaja kerana masalah kesihatan. "Rakaman program raya inilah yang pertama untuk saya selepas pulih daripada masalah demam yang berterusan.

"Sebagai teman, saya menyokong dan merestui perjalanan seni Shuib dan Mamat. Masing-masing ada rezeki. Jadi, tidak elok seandainya saya mahu menyekat mereka. "Bagi saya, kalau mahu meneruskan perjuangan Sepah itu, ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi," jelas Jep yang kini menetap di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor.

Bagi Shuib pula, meskipun akan bergerak secara solo bagi meneruskan kariernya sebagai pelawak, pelakon dan penyanyi, tetapi dia akan tetap bersama Sepah apabila diperlukan.

"Memang saya mengaku, ada kala sukar bagi kami bertiga bersatu kerana pelbagai faktor antaranya lokasi kami sendiri. "Tetapi, antara kami, masing-masing saling menyokong demi kebaikan bersama," jelas Shuib.

Sementara Mamat pula memberitahu, ada ketikanya penganjur mempunyai kekangan bajet sehingga menyebabkan mereka terpaksa membuat pilihan. Lantaran itu, apabila ada majlis yang hanya menampilkan dua anggota misalnya, pasti ia akan mengundang persepsi dan pandangan berbeza peminat.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! SEPAH Berpecah?

Betol-betol Hangat! The Hobbit: An Unexpected Journey

Oleh Kaki Wayang on

 

Filem The Hobbit: An Unexpected Journey yang diadaptasi dari novel yang ditulis J.R.R. Tolkien bakal menjadi antara filem terhebat pada tahun depan dan paling dinanti-nanti ramai. Filem yang dijangka akan berada di pawagam pada 14 Disember 2012 itu merupakan filem susulan dari karya pengarah terkenal Peter Jackson menerusi filem trilogi Lord Of The Rings.

http://lh5.ggpht.com/-SBxx26qZrv4/TiLuZr3Yu6I/AAAAAAAAb8E/0hPzaeFRsWw/The-Hobbit-An-Unexpected-Journey-Wallpapers-4.jpg

The Hobbit yang telah lama direncanakan ini amat dinanti-nanti peminat filem dan pastinya menarik untuk menyaksikan Jackson kembali menduduki kerusi pengarah serta pulang ke dunia fantasi Middle Earth

Filem ini menampilkan ramai nama besar dalam industri perfileman seperti Ian McKellan dan Andy Serkis malah ia turut menjadi projek terbesar bagi Martin Freeman yang akan menjadi teraju utama sebagai Bilbo Baggins. 

Kali ini, orang kerdil akan menjadi tajuk utama filem arahan Jackson itu dan dia turut memilih beberapa orang bintang Britain termasuk Richard Armitage, James Nesbitt dan Aidan Turner. 

Pengambaran masih dijalankan di New Zealand dan walaupun The Hobbit merupakan filem baru, ia turut menampilkan wajah-wajah yang ada dalam filem arahannya sebelum itu iaitu Elijah Wood, Cate Blanchett dan Orlando Bloom.

Tahun depan turut menjadi tahun yang penuh meriah dengan filem hebat seperti The Avengers, Spider Man dan tentunya filem ketiga Batman arahan Christopher Nolan.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! The Hobbit: An Unexpected Journey

Edisi Khas Puasa! Rasulullah jadi contoh

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKhA6OkXjRywzrWvZG1wvS7PE6HHGhw95TAaa1jwdEEPYnAh_ERTW9x2hqoiiOWAOyJjeq8mbePb46ESf_gUXULzOb2L5TZ2y9YDeWSRRubY0LivLZBds65KoUz4kVX0oS3ZqC-RSz_DM/s1600/Muhammad.jpg

APABILA menyedari bahaya besar menanti di hadapan, keenam-enam sahabat yang mengikuti misi dakwah yang diketuai oleh Ashim bin Tsabit tidak mempunyai pilihan lain kecuali terpaksa berhadapan dengan pihak musuh yang mengepung mereka.

Untuk menyerah semata-mata bagi menyelamatkan diri tidak sekali-kali. Mereka nekad untuk melawan. Apabila melihat pengikut-pengikut Rasulullah itu seperti berdegil, tidak mahu menyerah diri, lalu mereka dipujuk oleh pihak musuh dan diberikan tawaran yang menarik.

"Kami tidak akan membunuh kamu. Kami akan menghantar kamu kembali ke Mekah, tempat asal kamu dahulu, kepada kaum keluarga kamu sendiri," kata pihak musuh. 

Di sebalik tawaran itu, keenam-enam sahabat tersebut sedar bahawa kembali ke Mekah bermaksud menjadi tawanan kepada pihak Quraisy. Tentu sekali ia satu penghinaan yang sangat besar. Lalu mereka menolak bulat-bulat tawaran berkenaan malah bersedia untuk bertempur bagi mempertahankan maruah dan kepentingan Islam. Maka berlakulah satu pertempuran berat sebelah yang kita sudah boleh jangka apakah kesudahannya.

http://eha90.files.wordpress.com/2010/10/slth.jpg

Dengan bilangan mereka yang kecil, hanya enam orang, tentu pihak Islam tidak dapat mengalah musuh yang jumlahnya berpuluh kali ganda lebih ramai itu. Namun, yang penting mereka tetap memberikan tentangan hebat dan sengit walaupun akhirnya tiga daripadanya terkorban termasuk ketua misi, Ashim Tsabit. 

Dua sahabat lagi yang terkorban, Khalid bin Bukair dan Martsad bin Abi Martsad. Tiga sahabat lagi iaitu Khubaib bin Adi, Abdullah bin Thariq dan Zaid bin Datsinah ditangkap dan diikat tangan mereka.

Mereka ditawan dan dibawa pulang ke Mekah dengan kawalan yang sangat ketat. Di Mekah mereka akan dijual sebagai hamba abdi kepada pembesar-pembesar Quraisy. Namun di pertengahan jalan, Abdullah berjaya melepaskan ikatan yang mengikat tangannya lalu merampas senjata pihak musuh yang mengawalnya lalu dibunuhnya. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgju2B-j2WbMTypsrtN3N07vu5rN4BJCJLDdjPu_PUAXmQ9ipDoLXzGq8XEO8goWHfJoRsgsVBRR96HZ4U0sL0O3Q3tFK9TFc07YWljbjED8Et9zPYTnxD4XyaVsDxz_9zfufBgqC_5XzQ/s1600/2445981633_dacd92fb1a.jpg

Abdullah tidak berpeluang untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang lain kerana mahu segera memberitahu Rasulullah akan peristiwa buruk yang menimpa mereka. Namun, malang bagi Abdullah apabila beliau berjaya dikejar lalu dilempar batu bertubi-tubi menyebabkan beliau terkorban juga akhirnya. 

Kini tinggal Zaid dan Khubaib yang dibawa ke Mekah. Sebaik sahaja sampai di sana, kedua-dua pemuda itu terus dibeli. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah manakala Khubaib dibeli oleh Al Harits bin Amir bin Naufal. 

Namun pemuda-pemuda itu bakal dibunuh atas dasar membalas dendam yang melibatkan ahli keluarga pembesar-pembesar Quraisy yang mati dalam Perang Badar dahulu. Shafwan ingin membunuh Zaid bagi menuntut bela atas kematian bapanya, Umayyah bin Khalaf yang terbunuh di medan Badar.

Manakala Khubaib bakal menjadi mangsa balas dendam atas kematian anak Al Harits sendiri, iaitu Uqbah. Dari aspek keimanan, kedua-dua sahabat itu, Zaid dan Khubaib sangat luar biasa. Walaupun nyawa menjadi taruhan ia sedikitpun tidak menjejaskan pegangan mereka terhadap Islam.

Segala tawaran supaya berpaling tadah tidak sedikit pun menggoyahkan keimanan mereka walaupun kampung halaman sudah berada di hadapan mata. Oleh kerana mereka berdegil dan tidak akan mahu berpaling tadah, akhirnya tiada pilihan lain kecuali mereka dibunuh sebagai cara untuk membalas dendam. 

Shafwan sendiri memerintahkan seorang hambanya, iaitu Nasthas supaya menamatkan riwayat Zaid. Namun saat Zaid hendak dibunuh, tiba-tiba muncul Abu Suffian bin Harb, pembesar Quraisy yang tidak asing lagi cuba membuat tawaran terakhir kepada pengikut Rasulullah yang berjaya ditawan itu. 

Abu Suffian menawarkan keampunan dan kebebasan kepada Zaid dengan syarat Zaid meninggalkan kepercayaannya terhadap Islam dan kembali kepada menyembah berhala, agama nenek moyang mereka. 

Disangkanya Zaid akan menerima dengan mudah tawaran pengampunan itu lalu Abu Suffian pun berkata lagi: "Aku mahu bertanya kepada kamu wahai Zaid, apakah sekarang ini kamu suka sekiranya sahabat kamu Muhammad (Nabi) dijadikan pengganti diri kamu bagi dipotong lehernya? 

"Sesudah itu tentu sahaja kamu boleh kembali kepada keluarga kamu dan bersenang-senang dengan mereka di rumah sebagaimana yang pernah kamu nikmati dahulu."

Tetapi tawaran itu tidak mampu untuk mengubah pendirian Zaid. 

"Demi Allah, aku tidak sekali-kali reda sekiranya Nabi Muhammad disakiti walaupun dengan satu tusukan duri ke badannya! Sedangkan aku berada bersama-sama ahli keluargaku sambil bersenang-senang. Tidak sekali-kali," tegas Zaid

Zaid lebih rela dirinya dibunuh oleh pihak musuh daripada hidup dan kembali kepada keluarganya dengan menjadikan Nabi Muhammad sebagai galang gantinya. Abu Suffian terkejut dengan ketegasan Zaid yang teguh mempertahankan prinsip dan sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri semata-mata kerana Islam. 

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya Abu Suffian pun berkata: "Aku belum pernah melihat seseorang itu mencintai sahabatnya, sebagaimana para sahabat Muhammad mencintai dia."

Atas keimanan yang tiada tolok bandingnya, akhirnya Zaid dibunuh dan tentunya sahaja kematiannya adalah syahid, semulia-mulia kematian! 

Begitulah ujian getir yang terpaksa dibayar dengan begitu mahal termasuk dengan nyawa oleh para pejuang Islam. Keteguhan dan kekuatan iman yang dimiliki oleh pengikut Islam itu sememangnya menghairankan pihak musuh.

Sebagaimana Rasulullah sendiri sebelum ini, yang tidak termakan dengan pelbagai usaha dan pujuk termasuk tawaran pelbagai habuan yang lumayan daripada harta kekayaan kepada jawatan ketua pembesar Mekah akan diberi jika baginda sedia meninggalkan Islam, begitu juga pengikut-pengikut baginda. 

"Meskipun mereka berjaya meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, agar aku meninggalkan seruanku. Sungguh, sampai mati pun tidak akan kutinggalkan," tegas Rasulullah. 

Jika baginda sendiri pernah diuji keimanannya dengan segala macam tawaran yang seperti itu dan ditolaknya mentah-mentah, apatah lagi para sahabat. Baginda telah memberikan contoh yang sangat baik untuk mereka contohi dan tidak sekali-kali mereka akan tergoda dengan apa juga tawaran yang menjadi umpan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Rasulullah jadi contoh

Betol-betol Hangat! Diludah kekasih gelap suami

Oleh Kaki Wayang on

 http://i81.servimg.com/u/f81/13/01/30/44/almy2210.jpg
 Sekadar gambar hiasan (Kekasih gelap lah katakan)

Ramadan kali ini tidak bermakna bagi seorang ibu beranak empat berusia 39 tahun apabila dia bukan saja diceraikan suami sebaliknya dia cedera selepas dibelasah lelaki itu di rumah sewa kekasih lelaki itu di Banting, dekat sini, kelmarin. Difahamkan mangsa dibelasah suaminya berusia 40-an itu disebabkan wanita terbabit melarang suspek bersekedudukan dengan kekasihnya yang juga warga Indonesia di rumah sewa berkenaan.

Lebih mengaibkan apabila warga Indonesia itu bertindak keji dengan meludah muka mangsa di hadapan suaminya itu ketika pasangan terbabit bertengkar. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa cedera di leher dan badan selepas ditampar dan ditumbuk suaminya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting, di sini, menuntut tindakan tegas terhadap suaminya itu. Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Intan, berkata dia dan anak lelakinya berusia 16 tahun pergi ke rumah sewa wanita terbabit bagi merayu suaminya pulang.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, saya meminta suami pulang ke rumah, namun tindakan saya itu menyebabkan dia berang sebelum memarahi saya. “Malah, suami saya yang bagaikan dirasuk syaitan memukul saya di hadapan wanita terbabit,” katanya.

Menurut Intan, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu manakala wanita terbabit meludah mukanya.

“Suami mengarahkan saya dan anak meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya, semalam.

Intan berkata, dia syak suaminya disihir wanita itu kerana lelaki terbabit tidak boleh berada di rumah mereka terutama sebelah malam sejak lima bulan lalu. Intan berkata, dia sanggup memaafkan suaminya itu dan kembali bersamanya semula demi masa depan mereka sekeluarga. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Diludah kekasih gelap suami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...