Betol-betol Hangat! The Hobbit: An Unexpected Journey

Oleh Kaki Wayang on

 

Filem The Hobbit: An Unexpected Journey yang diadaptasi dari novel yang ditulis J.R.R. Tolkien bakal menjadi antara filem terhebat pada tahun depan dan paling dinanti-nanti ramai. Filem yang dijangka akan berada di pawagam pada 14 Disember 2012 itu merupakan filem susulan dari karya pengarah terkenal Peter Jackson menerusi filem trilogi Lord Of The Rings.

http://lh5.ggpht.com/-SBxx26qZrv4/TiLuZr3Yu6I/AAAAAAAAb8E/0hPzaeFRsWw/The-Hobbit-An-Unexpected-Journey-Wallpapers-4.jpg

The Hobbit yang telah lama direncanakan ini amat dinanti-nanti peminat filem dan pastinya menarik untuk menyaksikan Jackson kembali menduduki kerusi pengarah serta pulang ke dunia fantasi Middle Earth

Filem ini menampilkan ramai nama besar dalam industri perfileman seperti Ian McKellan dan Andy Serkis malah ia turut menjadi projek terbesar bagi Martin Freeman yang akan menjadi teraju utama sebagai Bilbo Baggins. 

Kali ini, orang kerdil akan menjadi tajuk utama filem arahan Jackson itu dan dia turut memilih beberapa orang bintang Britain termasuk Richard Armitage, James Nesbitt dan Aidan Turner. 

Pengambaran masih dijalankan di New Zealand dan walaupun The Hobbit merupakan filem baru, ia turut menampilkan wajah-wajah yang ada dalam filem arahannya sebelum itu iaitu Elijah Wood, Cate Blanchett dan Orlando Bloom.

Tahun depan turut menjadi tahun yang penuh meriah dengan filem hebat seperti The Avengers, Spider Man dan tentunya filem ketiga Batman arahan Christopher Nolan.
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...