PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Khas Jumaat! Garis Panduan ke masjid untuk Solat Jumaat!

Oleh Kaki Wayang on


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisnCi7vB5yYS_q2FUoamVftAYcIIRyMAxO7gFrwZaAMZc4PzikQyIdymgEUlv_1sjko5S94Q2ZGwZSNkqbn47_8hX3ENFX8AOFxc0Zsn3wsVbvPaDJp13Nv-pLOKciC6YIEB_B76MyC3tb/s1600/solat.jpg

SEMBAHYANG penting dalam kesatuan umat Islam. Pentingnya solat itu, maka Nabi Muhammad saw memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. 

Baginda bersabda bermaksud: "Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran."

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting untuk memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan. 

Baginda juga meletakkan garis panduan yang wajib diikuti oleh mereka yang menghadirinya. Hal ini bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. 

Antara garis panduan itu adalah:

Mengemas diri dengan sebaik-baiknya, mandi membersihkan dirinya agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. 

Nabi bersabda bermaksud: "Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. Perkara ini perlu bagi mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas.

Baginda bersabda bermaksud: "Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari) 

Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada khutbah yang dibaca.

Mendengar khutbah adalah suatu kemestian dan syarat sah bagi sesuatu Jumaat yang didirikan. Ia adalah kemuncak kepada ibadat sembahyang Jumaat. Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik, sibuk bercakap-cakap sesama sendiri atau gurau senda, dia bukan saja tidak dapat menerima faedah daripada khutbah disampaikan oleh khatib, malah solat Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna. Paling sedih, dia langsung tidak mendapat pahala. 

Perkara itu seperti sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: "Barang siapa yang bercakap-cakap ketika Imam sedang membaca khutbah (Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah Jumaat baginya, Jumaatnya tidak sempurna."

Demi memastikan setiap kalimah yang dibaca oleh khatib didengar serta difahami dengan baik, Rasulullah melarang jemaah yang berada dalam masjid daripada melakukan ibadat sunat seperti bertasbih atau membaca al-Quran. 

Sembahyang sunat Tahyatul Masjid dibenarkan, tetapi hendaklah didirikan seringkas mungkin agar jemaah tidak terlepas daripada mendengar khutbah.

Berbual dan sikap tidak menumpukan perhatian ketika khatib membaca khutbah adalah perbuatan yang sangat buruk. Ia menyerupai sikap yang pernah ditunjukkan oleh orang kafir Quraisy pada zaman dulu. 

Firman Allah bermaksud: "Dan orang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar akan al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak) supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya). Maka demi sesungguhnya, kami akan merasakan kepada orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan." (Surah al-Fussilat, ayat 26 dan 27)

Amalan tidak memberi tumpuan terhadap khutbah yang dibaca oleh khatib adalah kesalahan yang menyerupai pengabaian terhadap bacaan al-Quran. Perkara ini kerana salah satu dari rukun khutbah adalah membaca al-Quran. 

Justeru, Allah menggesa agar apabila al-Quran atau khutbah dibaca, maka hendaklah kita diam dan menumpukan perhatian terhadap bacaan itu.

Firman Allah bemaksud: "Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-A'raaf, ayat 204)

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Jumaat! Garis Panduan ke masjid untuk Solat Jumaat!

Betol-betol Hangat! Maharaja Lawak Musim Baru Oktober ini?

Oleh Kaki Wayang on

http://www.akufakhrul.com/wp-content/uploads/2011/07/maharajalawak.jpg

BBH yakin pasti ramai yang excited bila dapat tahu program komedi paling popular di Astro Warna iaitu Maharaja Lawak akan kembali untuk musim yang baru.

Apa tidaknya, program ini menjadi satu kegilaan dan satu fenomena baru dalam dunia komedi tanahair. Bukan sengaja nak buat cerita, tapi dengar khabar Maraharaja Lawak musim baru ini mungkin akan bermula pada hujung bulan Oktober ini.

Mesti best kan? Tapi bukankah Maharaja Lawak baru sahaja berakhir . Jadi siapa pula yang mereka akan tampilkan untuk musim terbaru ini? Mungkinkah peserta Raja Lawak yang sama atau sebaliknya?

Dengar khabar juga, format Maharaja Lawak 2 ini berkemungkinan berbeza dengan format Maharaja Lawak musim pertama. Wah, apa pula gimik dan perbezaannya kali ini ya?

Apa-apa pun kita nantikan sahajalah nanti pengumuman atau sidang media untuk Maharaja Lawak musim kedua nanti. Dengarnya pihak Astro Warna sendiri akan umumkan mengenai program tersebut tidak lama lagi.

P/s: Harap-harap program musim kedua ini akan menjadi kenyataan..kerana sesungguhnya BBH memang suka dengan Maharaja Lawak..tak pernah "miss" episod walau sekali..ulangan pula mau 10 kali tengok setiap episod..hahahaha..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Maharaja Lawak Musim Baru Oktober ini?

Betol-betol Hangat! Kim Kardashian saman firma pakaian Old Navy

Oleh Kaki Wayang on

http://img2.timeinc.net/people/i/2008/database/kimkardashian/kimkardashian300b.jpg

Bintang realiti TV Kim Kardashian menyaman peruncit Old Navy, semalam memaksa rangkaian kedai pakaian itu berhenti menggunakan model yang serupa dengannya dalam iklan yang didakwa selebriti itu menumpang popularitinya. 

Peguam bagi bintang TV ‘Keeping Up with the Kardashians’ di rangkaian kabel E! dalam tuntutan mahkamah berkata, Old Navy tahu apa yang dilakukannya ketika ia melancarkan promosi jualan Februari lalu menggunakan wanita yang hampir serupa dengan bintang realiti itu.

“Iklan berkenaan menimbulkan kekeliruan di khalayak ramai kerana mereka mengaitkan Kim dengan produk dan perkhidmatan ditawarkan defendan,” kata kenyataan itu. Penghibur kelahiran Kanada, Melissa Molinaro yang tampil untuk kempen iklan Old Navy dan diperkatakan dalam beberapa laporan media kerana wajahnya yang serupa dengan Kim, bagaimanapun, tidak dinamakan dalam tuntutan itu.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kim Kardashian saman firma pakaian Old Navy

Betol-betol Hangat! Anonymous mahu bunuh Facebook

Oleh Kaki Wayang on

http://scm-l3.technorati.com/10/05/19/12997/Will-They-Kill-FB1.jpg

Kumpulan serpihan penggodam terkenal Anonymous mengumpulkan sokongan, semalam dalam rancangan untuk ‘membunuh’ rangkaian laman sesawang sosial, Facebook.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjP7EL5RRjE4XPS8sl46yEh5ETxhJEuUrd4wuRgpp4xHSiLr00pBLuHyeSkaUt_mUkz4l5fpN5GjzqgsR0iGkYmoTA_FwAxWg9HxFZo4QX9QuUrinjSSONCc6QsIfzqwJWXN4IYk_kTB22E/s640/ways+to+kill+facebook.jpg

Rakaman video YouTube dilabel sebagai mesej daripada Anonymous mendakwa ‘Operasi Facebook’ akan berlangsung pada 5 November untuk memusnahkan rangkaian sosial itu kerana mencemari hak peribadi penggunanya. Jurucakap Anonymous berkata, bagaimanapun, ketua kumpulan itu tidak pasti sejauh mana keseriusan ancaman berkenaan kerana kumpulan terbabit tidak mempunyai struktur arahan yang tegas dan anggotanya merahsiakan identiti mereka. Video itu menuduh Facebook menyimpan data yang dihantar pengguna dan malah berkongsinya dengan agensi penguat kuasa. “Sertai kami dan bunuh Facebook demi hak peribadi anda,” kata jurucakap dalam video itu. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Anonymous mahu bunuh Facebook

Betol-betol Hangat! Kami bukan Ah Long, Kami mau tolong!

Oleh Kaki Wayang on


Kami bukan Ah Long, Kami mau tolong! begitulah ungkapan yang seringkali kita dengar di media massa..mari kita ikuti kisah JERAT AIDILFITRI yang dilakukan oleh Geng Along ini..

Golongan ceti haram atau along dikesan mengambil kesempatan memerangkap umat Islam yang kini sibuk membuat persiapan Aidilfitri dengan menawarkan pelbagai pakej pinjaman khas termasuk dinamakan Promosi Hari Raya 2011. Berdasarkan hebahan yang dibuat melalui pelbagai cara termasuk pengedaran risalah, tampalan poster di tepi jalan raya, malah melalui paparan iklan di akhbar, wartawan Harian Metro menghubungi beberapa along dan menyamar sebagai bakal peminjam untuk mendapat maklumat lebih lanjut.

Along pertama yang dihubungi berkata, pihaknya mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Klang dan mampu memberikan pinjaman sehingga RM10,000 khas untuk umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Menurutnya, kadar faedah atau bunga dikenakan lima peratus dan menyasarkan pinjaman itu kepada pekerja sektor awam, swasta dan kakitangan serta pesara kerajaan.

Namun, syarat utama ialah semua peminjam dikehendaki membuat pembayaran selepas musim Aidilfitri berakhir.

“Kami hanya mahu tolong, kalau anda sudah buntu, kami sedia bantu,” katanya. Menurutnya, setiap peminjam harus melangsaikan jumlah pinjaman sebanyak RM10,000 secara ansuran selama setahun atau dua tahun dan jumlah faedah dikenakan RM5,677 setahun.

“Untuk meminjam kami mahukan penyata gaji terbaru selama tiga bulan, kad ATM, bil air dan elektrik serta penyata bank selama tiga bulan. Kami berjanji tidak mengapa-apakan peminjam sekiranya mereka gagal membayar hutang,” katanya.

Along kedua yang dihubungi pula berkata, pihaknya memberikan pinjaman khas berikutan mahu membantu orang Melayu mendapatkan perabot baru, kuih, pakaian dan juga duit raya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kami mempunyai banyak skim antaranya pinjaman jangka panjang, pinjaman bulanan, pinjaman bayaran bunga dan pinjaman mingguan,” katanya.

Along yang berpangkalan di Shah Alam itu mendakwa mengenakan bunga serendah 1.5 peratus dan proses permohonan hanya memakan masa selama 30 minit.

“Jika anda mahu kami boleh beri pinjaman dari RM5,000 sehingga RM10,000 khas untuk Aidilfitri ini,” katanya.

Katanya, untuk meminjam pelanggan dikehendaki membawa surat pengesahan kerja, buku bank, penyata gaji tiga bulan dan bil air.

Sementara itu, along ketiga yang dihubungi berkata, pihaknya menyediakan pinjaman khas Aidilfitri sehingga RM20,000 tetapi ia terhad untuk kakitangan awam atau pekerja swasta yang bekerja di syarikat besar saja.

“Kami ada tawaran untuk raya, tapi kalau kerja kilang kerja biasa-biasa saja kami tak mahu,” katanya.

Mengulas taktik licik golongan along ini, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, umat Islam perlu sedar sambutan Aidilfitri tidak menuntut mereka berhabis-habisan sehingga berhutang.

“Tindakan berhutang semata-mata membeli kelengkapan raya tidak wajar dilakukan dan hanya menyusahkan diri sendiri kerana mereka ini dibebani beban membayar hutang.

“Sepatutnya puasa mengajar kita erti mengawal nafsu, seelok-eloknya ukur baju di badan sendiri sebelum membuat sesuatu. Kita harus faham bila tibanya waktu perayaan peniaga pasti mengambil kesempatan mempromosikan perniagaan mereka dan ini termasuklah kehadiran ceti haram memberikan pinjaman,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kami bukan Ah Long, Kami mau tolong!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...