Betol-betol Hangat! Maharaja Lawak Musim Baru Oktober ini?

Oleh Kaki Wayang on

http://www.akufakhrul.com/wp-content/uploads/2011/07/maharajalawak.jpg

BBH yakin pasti ramai yang excited bila dapat tahu program komedi paling popular di Astro Warna iaitu Maharaja Lawak akan kembali untuk musim yang baru.

Apa tidaknya, program ini menjadi satu kegilaan dan satu fenomena baru dalam dunia komedi tanahair. Bukan sengaja nak buat cerita, tapi dengar khabar Maraharaja Lawak musim baru ini mungkin akan bermula pada hujung bulan Oktober ini.

Mesti best kan? Tapi bukankah Maharaja Lawak baru sahaja berakhir . Jadi siapa pula yang mereka akan tampilkan untuk musim terbaru ini? Mungkinkah peserta Raja Lawak yang sama atau sebaliknya?

Dengar khabar juga, format Maharaja Lawak 2 ini berkemungkinan berbeza dengan format Maharaja Lawak musim pertama. Wah, apa pula gimik dan perbezaannya kali ini ya?

Apa-apa pun kita nantikan sahajalah nanti pengumuman atau sidang media untuk Maharaja Lawak musim kedua nanti. Dengarnya pihak Astro Warna sendiri akan umumkan mengenai program tersebut tidak lama lagi.

P/s: Harap-harap program musim kedua ini akan menjadi kenyataan..kerana sesungguhnya BBH memang suka dengan Maharaja Lawak..tak pernah "miss" episod walau sekali..ulangan pula mau 10 kali tengok setiap episod..hahahaha..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Kaki Wayang said...

Just nk bg cdangn kpd frmat MLM kali ini...nma2 yg top sprti johan..jep..yus..zzan..tauke..diasingkan...dan dan mereka akn diwakili plawak lain mgkut cabutan undi..bru la psaingan akn sengit apabla msing2 mmpnyai kkuatan sdri utk mghdupkn lawak msing..apa pn ni cma cdgn

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...