PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Insaf! Zakat Fitrah : Kewajipan Dan Kelebihannya

Oleh Kaki Wayang on

http://wanwidget.com/wp-content/uploads/2011/08/zakat-fitrah-2011.jpg 

Zakat Fitrah adalah kewajipan yang dikenakan ke atas setiap orang yang dikira masih mempunyai makanan yang mencukupi bagi dirinya dan juga tanggungannya di Aidilfitri. Kewajipan zakat fitrah terhadap setiap muslim dinyatakan oleh saidina Umar RA berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Sesungguhnya Rasullullah SAW mewajibkan zakat fitrah daripada muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum "      ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).
Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Said Al-Khudry bermaksud :

" Ketika Rasullullah SAW berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan samada berupa keju, kurma, gandum atau anggur kering. "
Kita dapat melihat kelebihan atau faedah zakat fitrah ke atas setiap individu muslim dari 4 sudut iaitu sudut rohani, ibadah masyarakat dan ekonomi.

Kelebihan zakat fitrah dari sudut rohani :

- Sesungguhnya zakat fitrah mampu mendidik hati dan menjauhkan orang yang menunaikannya daripada bersifat dengan sifat-sifat keji seperti kedekut dan mementingkan diri sendiri.

- Sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas bermaksud :  
" Diwajibkan oleh Rasullullah SAW bahawa zakat fitrah membersihkan bagi orang yang berpuasa dan memberi makan bagi orang miskin. "
Kelebihan zakat fitrah dari sudut ibadah :

- Zakat fitrah boleh menampung ibadah puasa yang mungkin berkurangan disebabkan kelakuan kita ketika berpuasa dan juga boleh menyucikan orang-orang yang berpuasa dari sifat lagha dan bercakap kotor atau keji di bulan Ramadhan.

Kelebihan zakat fitrah dari sudut masyarakat :

- Kefarduan zakat fitrah akan memberi rasa kebersamaan orang yang berpuasa terhadap saudara-saudaranya yang fakir lagi miskin. Rasa kebersamaan ini lahir apabila golongan yang fakir lagi miskin ini mampu menikmati kemeriahan hari raya sama seperti saudara-saudara mereka yang lebih berkemampuan manakala golongan pembayar zakat dapat merasa ketenangan dengan kegembiraan yang terpancar dari raut wajah golongan yang fakir ini.

- Selain itu, kefarduan ini sudah pasti akan menyucikan masyarakat daripada sifat-sifat tercela seperti hasad dengki, iri hati, dendam-mendendami, tamak, kedekut, ujub, riak dan takabbur. Akhirnya akan lahirlah keharmonian, kesejahteraan, keamanan dan ketenangan di dalam masyarakat seluruhnya.

Kelebihan zakat fitrah dari sudut ekonomi :

- Apa lagi yang dapat dikatakan tentang keadaan ekonomi apabila permintaan dalam pasaran meningkat, sudah tentu aktiviti ekonomi akan bertambah rancak dan ini sudah tentu mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan terhadap negara khususnya. Disamping dapat membantu golongan fakir miskin memenuhi keperluan di Aidilfitri, para peniaga juga dapat kelebihan daripada kefarduan zakat fitrah ini.

- Ekonomi negara Islam sudah pasti akan berada di tahap yang baik dan dapat meneruskan momentum kenaikannya sepanjang bulan Ramadhan.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa zakat fitrah adalah antara unit terpenting dalam ekonomi Islam yang mampu memberi banyak kelebihan kepada masyarakat dan negara khususnya dari sudut ekonomi selain merupakan terapi rohani dan jasmani kepada masyarakat sekaliannya.

Anda sudah tunaikannya??
" Barang siapa menunaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya maka zakat itu dterima dan barangsiapa yang membayar selepas solat, zakat itu sebagai sedekah biasa. " ( Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) .

Kredit: IQTISODUNA
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Zakat Fitrah : Kewajipan Dan Kelebihannya

Betol-betol Sengal! Sketsa Suami Nak Kahwin Lagi Satu!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZClUsvcFWRjYTBwdoq-GdnVm53FGuDZxQyTKmc5llP6gCWbxCHPcr7kNVfObRJFPvYE2Mhhi9AjPikTSOsUdWrhwHmPudQlTAHTr1XgIsn_AMk5lPvB_qA8WTTt3l-kmyYHOizfW4dZMa/s400/suami+isteri+bergaduh%255B1%255D.jpg


Si suami mencari helah utk membolehkn dia berkahwin lagi.

Suami: Lelaki kawin 3 baru sah.
Isteri: Why?
Suami: Cuba terjemah dalam English, 1 is one, 2 is two, 3 is three (isteri).Baru sah. 

Isteri: Tp abang kena fhm ttg singular dan plural.
Suami: Mksdnya?
Isteri: 1 tu Singular, 2 atau lebih Plural.
Suami: Contoh?
Isteri: 1 car tu singular, 2 cars tu plural.Apa beza?
Suami: Tambah huruf S untuk yang plural.
Isteri: Betul. Sama juga la macam kes abg ni. 1 isteri abang MAMPU, 2 isteri dah jadi plural,abang MAMPUS, tambah S je,kn?



P/s: Fikir-fikirkan lah yerrrr..hehehehe..Selamat berpuasa...
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Sketsa Suami Nak Kahwin Lagi Satu!

Betol-betol Hangat! Gigih Menyiapkan Kad Raya Kengkawan Blogger #2!

Oleh Kaki Wayang on

Ok lah saja nak update..nak bagitahu sikit selain KAD RAYA yang korang dapat tu..korang akan dapat DUIT RAYA jugak tau..dalam ramai-ramai yang join Kaki Wayang nak bagi 3 Kad Raya yang disertakan dengan DUIT RAYA..dan kat sini nak bagitau sikit pembayangnya..Kepada seiapa yang menerima KAD RAYA seperti di bawah (gambar bawah)..konfem di dalamnya ada DUIT RAYA..



Kenapa 3 Kad Raya ni ada DUIT RAYA? Sebab 3 keping kad ini merupakan kad raya kesukaan dan kegemaran Kaki Wayang..dengan designnya yang sangat cantik dan unik..yang merah tu lagilah..panjang..ada 6 muka semuanya..semua favourite Kaki Wayang...yang tak dapat tu..jangan lah berkecil hati yerr..masih ada peluang lagi nanti..Nanti Kaki Wayang buat lagi giveaway lain..yang lebih serius dan gempak!!!

TQ pada yang join kat SINI: Saya Nak Kad Raya dari Kaki Wayang!!!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Gigih Menyiapkan Kad Raya Kengkawan Blogger #2!

Betol-betol Kreatif! Martin Luther King Jr. Memorial

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kreatif! Martin Luther King Jr. Memorial

Betol-betol Insaf! Iktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan

Oleh Kaki Wayang on


http://batu.jim.org.my/blog/wp-content/uploads/2009/09/iktikaf.jpg

SEMPENA 10 hari terakhir Ramadan dikemukakan dalam isu ini berkaitan iktikaf. Ia berdasarkan kitab al-Fiqh al-Manhaji. Iktikaf dari segi bahasa adalah tetap dan tenteram dengan sesuatu. Menurut syarak pula bermaksud berada di dalam masjid dengan niat tertentu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid (al-Baqarah: 187).

Sementara hadis pula, daripada Aisyah bermaksud: Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari yang akhir bulan Ramadan, kemudian diikuti pula oleh para isteri baginda (riwayat al-Bukhari (1922) dan Muslim (1172).

Iktikaf adalah syariat yang telah lama dikenali sebelum Islam. Ini berdasarkan firman Allah SWT: Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah dan Masjidil Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud (al-Baqarah ayat 125).

Hikmah pensyariatan

Setiap Muslim mesti mencuba dari semasa ke semasa menyekat nafsu daripada segala keinginan yang diharuskan dan mengekang diri untuk mentaati Tuhan. Seterusnya menumpukan ibadat kepada-Nya supaya jiwa sentiasa patuh dan tunduk mencintai Allah SWT, sentiasa mengutamakan keredaan-Nya dan meninggalkan segala keinginan yang diharamkan dan kehendak nafsu yang memberi kemudaratan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu) (Yusuf: 53).

Justeru, iktikaf disyariatkan semata-mata untuk menumpukan fikiran, membersihkan hati, dan mendidik nafsu supaya dingin terhadap keinginan yang diharuskan. Seterusnya menjauhi segala yang bertentangan dan dosa.

Hukum iktikaf

Sunat iktikaf pada setiap masa. Ia sangat digalakkan dalam bulan Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 hari terakhir di bulan tersebut. Namun, iktikaf menjadi wajib bagi sesiapa yang bernazar melakukannya. Oleh yang demikian, hukum iktikaf terbahagi kepada tiga, iaitu:

Sunat pada sebarang waktu.
Sunat muakkad pada 10 hari terakhir bulan Ramadan. Hikmah iktikaf sangat dituntut pada hari tersebut untuk mendapatkan Lailatulqadar, malam yang termulia dalam setahun. Firman Allah SWT yang bermaksud: Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan (al-Qadr: 3). Ini bererti, amalan pada malam tersebut lebih baik daripada amalan 1,000 bulan yang tidak ada Lailatul Qadar. Jumhur ulama berpendapat, Lailatul Qadar adalah 10 malam akhir Ramadan.

Wajib sekiranya bernazar.

Syarat sah iktikaf

Sah iktikaf dengan dua syarat:

Niat. Berniat pada permulaan iktikaf, iaitu berniat berada di dalam masjid selama tempoh yang tertentu dengan tujuan beribadat melaksanakan sunnah. Sesiapa yang masuk ke dalam masjid dengan niat keduniaan atau tanpa sebarang tujuan, perbuatannya itu tidak dianggap iktikaf dari segi syarak.

Berada di dalam masjid dalam tempoh yang dikira iktikaf pada anggapan umum.

Termasuk juga dalam syarat ini ialah syarat-syarat harus tinggal di dalam masjid. Iaitu suci daripada janabah, haid, nifas dan tiada sebarang najis pada pakaian dan badan yang boleh mengotori masjid.

Batal iktikaf seseorang yang keluar daripada masjid tanpa sebab. Namun, iktikaf tidak batal sekiranya dia keluar dengan bersebab dan masuk semula ke dalam masjid. Ia dianggap sama hukumnya dengan iktikaf yang berterusan.

Sunat berpuasa ketika beriktikaf. Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi syarat untuk mendapat pahala sunat iktikaf itu. Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda: "Orang yang beriktikaf tidak wajib berpuasa kecuali dia mewajibkannya sendiri (riwayat al-Hakim)."

Iktikaf nazar

Seseorang yang bernazar beriktikaf dalam tempoh tertentu secara berturutan tidak harus keluar masjid kecuali sebab yang perlu, seperti buang air besar dan kecil, berwuduk dan seumpamanya. 

Tidak haram keluar masjid disebabkan keperluan tersebut dan iktikafnya juga tidak terputus. 

Sebaliknya, haram dia keluar tanpa sebab yang perlu. Seperti bersiar-siar atau sebarang perbuatan yang tidak mustahak. Iktikaf juga terputus dan wajib memulakannya semula.

Seseorang yang bernazar beriktikaf ketika sedang berpuasa maka wajib meneruskannya. Ini adalah cara iktikaf yang afdal. Apabila itu yang dinazarkan maka dia wajib melakukannya.

Seseorang mungkin bernazar beriktikaf di masjid tertentu, tetapi dia tidak terikat beriktikaf di masjid tersebut.
Malah, sah jika beriktikaf di masjid yang lain, sekalipun masjid yang ditentukannya itu lebih utama daripada masjid yang lain kecuali Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa. 

Apabila dia bernazar untuk beriktikaf di dalam masjid yang tertentu antara tiga masjid tersebut, dia wajib beriktikaf di dalamnya. 

Ini kerana kemuliaannya yang lebih dan pahala beribadat di dalamnya yang berganda. Akan tetapi, Masjidil Haram boleh menggantikan tempat kedua-dua masjid yang lain dan tidak boleh sebaliknya. Begitu juga Masjid Madinah boleh menggantikan tempat Masjidil Aqsa dan tidak sebaliknya.

Adab-adab Iktikaf

Orang yang beriktikaf sunat membuat amalan yang mentaati Allah SWT, seperti berzikir, membaca al-Quran dan membincangkan ilmu pengetahuan. Ini kerana amalan itu lebih sesuai untuk mencapai tujuan iktikaf tersebut.

Beriktikaf serta puasa adalah afdal dan lebih mampu menguasai keinginan nafsu, menumpukan fikiran dan membersihkan jiwa.

Beriktikaf di masjid, yang didirikan solat Jumaat.

Jangan bercakap-cakap kecuali perkara yang baik. Jangan memaki, mengumpat, mengacum dan berbual-bual perkara yang tidak berfaedah.

Makruh iktikaf

Makruh berbekam di kepala dan badan yang terjamin tidak mengotori masjid. Akan tetapi, hukumnya haram jika perbuatan itu dikhuatiri akan mengotorkannya. Membuat kerja-kerja sambilan, seperti mengait benang, menjahit dan lain-lain. Begitu juga dengan berjual beli, sekalipun sedikit.

Perkara merosakkan iktikaf

Bersetubuh dengan sengaja sekalipun tanpa keluar mani. Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid (al-Baqarah: 187). Sementara perbuatan yang lain, seperti bersentuhan dan berkucupan tidak membatalkan iktikaf kecuali apabila keluar mani.

Keluar masjid dengan sengaja tanpa sebab yang perlu.

Murtad, mabuk dan gila.

Haid dan nifas .kerana kedua-duanya menghalang seseorang berada di dalam masjid.

Namun begitu, orang yang berniat iktikaf sunat harus memutuskan iktikafnya dan keluar masjid pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Setelah keluar masjid, dia hendaklah memperbaharui niat iktikafnya apabila masuk semula ke masjid. 

Maka marilah sama-sama kita mengambil kesempatan pada malam-malam terakhir Ramadan ini untuk beriktikaf dan dengannya, insya-Allah kita berjumpa serta dapat menghidupkan malam Lailatul Qadar.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Iktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...