PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Insaf! Wordless Wednesday #2
Oleh Kaki Wayang on
Antara bertudung atau Free Hair?
Betol-betol Hangat! Gambar Nanu Baharuddin bermesra dengan ANJING!
Oleh Kaki Wayang on
Apa pendapat korang..aku ni bukan lah warak sangat atau alim sangat dan berpengetahuan bab agama..tapi aku masih tahu mana yang baik dan mana yang buruk..Meh baca hal yang berkaitan dengan HUKUM pegang anjing..correct me if i'm wrong!!!
Sumber: OH Artis!!!
Betol-betol Panas! Azwan Ali perang mulut dengan Didie Elias!
Oleh Kaki Wayang on
P/s: Bila tengok dan baca balik..rasa macam diorang ni budak-budak pula..rasa macam tak de pegangan agama pula (upss sori..telebii sudaa)..tapi memang nampak sangat kan..macam budak-budak..perang mulut dan dengki sesama sendiri..Kalau dulu kisah ISTERI SHAHRIL menghina dan menggelar Safee Sali dan Amirulhadi seperti monyet..ini pula Azwan Ali menggelar DE sebagai Chimpanze..memang tak patut..rasanya AA dah pernah pegi umrah kan? Macam tu ke sikap orang yang dah pegi umrah? Please correct me..
Betol-betol Sengal! Ibu dituduh bunuh bayi sendiri!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan pada hujung tahun lalu. Marsuzana Che Muda, 32, didakwa membunuh Alia Miazara Mohd. Azim di rumahnya di Kampung Gaal Tengah, Pasir Puteh di sini antara pukul 4.30 pagi dan 5.30 pagi, 12 Disember lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin sementara peguam bela, Mohd. Zawahid Ya dan Nor Erini Mustafa Kamal mewakili Marsuzana.
Hakim Azman Abdullah menetapkan 16 Oktober untuk perbicaraan terhadap wanita tersebut yang tidak dibenarkan ikat jamin kerana pertuduhan melibatkan hukuman mati. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuannya setelah tidak sedarkan diri dalam pangkuannya.
Kejadian itu disedari bapa wanita berkenaan, Che Muda Salleh, 60, yang tiba-tiba mendengar jeritan anaknya itu semasa di rumahnya, kira-kira pukul 6 pagi. Bayi malang itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.
Betol-betol Sedih! Mayat bergelimpangan dipanah petir!
Oleh Kaki Wayang on
“Mereka duduk di depan pintu rumah kongsi kerana berteduh daripada hujan sambil menjulurkan kaki ke dalam air apabila tiba-tiba kilat menyambar sebelum berlaku dentuman kuat berhampiran. “Semua mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun rebah terkena panahan petir itu,” kata Hunarpo, 42, saksi kejadian tiga buruh binaan warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera disambar petir di U5 Glenmarie, Shah Alam, jam 2.40 petang semalam.
Selang lima minit kemudian, petir turut meragut nyawa tiga lagi warga Indonesia dan menyebabkan dua cedera. Ketika kejadian, semua mangsa sedang menanam sayur di sebuah kebun di Sungai Choh, Hulu Selangor, jam 2.45 petang. Saksi kejadian pertama, Hunarpo, berkata, majikan mengarahkan semua pekerja yang sedang melakukan kerja pembinaan berteduh di rumah kongsi terbabit sebaik hujan.
“Kami segera pulang ke rumah kongsi masing-masing termasuk mereka yang terkena panahan itu. Keenam-enam mereka tidak dipanah petir secara langsung, sebaliknya terkena renjatan yang terhasil daripada air yang naik akibat hujan sebaik petir meletup.
“Ini kerana mereka meletakkan kaki di luar rumah yang ditakungi air. Akibatnya, tiga mati di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera akibat terkena renjatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Difahamkan, keadaan tiga mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Seorang lagi rakan mangsa, Devi, 40, berkata, mereka baru dua minggu berpindah ke kawasan itu untuk memulakan kerja pembinaan.
“Saya berada kira-kira empat meter dari lokasi enam rakan disambar petir itu. Apa yang saya takutkan benar-benar berlaku apabila terdengar dentuman guruh yang kuat manakala cahaya kilat memanah bumi. “Selepas dentuman itu, saya lihat keenam-enam mangsa bergelimpangan di tanah sebelum diangkat dan diletakkan di atas meja di rumah kongsi. Kami memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum dia menghubungi ambulans,” katanya.
Jurucakap pemaju yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mereka akan memindahkan semua pekerja ke kawasan lebih selamat selain berjanji tidak mengabaikan kebajikan semua mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kedua, tindakan pekerja Indonesia meneruskan kerja menanam sayur ketika hujan lebat serta kilat mengundang padah apabila semua mereka dipanah petir.
“Tiga mangsa rebah akibat terkena panahan petir dan mati di tempat kejadian manakala dua rakan mereka sempat melarikan diri, tapi turut cedera akibat terkena tempias petir berkenaan.
“Difahamkan, dua mangsa yang berjaya menyelamatkan diri sempat berlari masuk pondok berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.
Norell berkata, tiga yang maut dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini untuk dibedah siasat manakala dua rakan mereka yang cedera dirawat di Klinik Kesihatan Rawang.