Betol-betol Hangat! Susulan Kisah Isteri Shahril Ishak Menghina Safee dan Amirulhadi!

Oleh Kaki Wayang on

AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Wah..tajuk entri pada kali ini memang sesuai dengan kisah yang hangat bertebaran didalam dunia realiti dan dunia maya..entri pada kali ini adalah susulan daripada entri pertama aku mengenainya DI SINI sila baca dulu yer..Apa tak hangatnya apabila Isteri seorang Pemain Bolasepak Singapura Shahril Ishak, Hidayah yang menghina dan mengutuk serta menggelar Amirulhadi dan Safee Sali sebagai monyet melalui laman sesawang Twitter..

Susulan daripada itu, akaunnya kini sudah ditutup apabila mendapat kritikan yang sangat hebat lebih-lebih lagi dari Penyokong Malaysia yang ternyata berang dengan tindakan pompuan bernama Hidayah ini..sesiapa pun tak kan mampu bersabar apabila ada orang yang menggelar diri mereka monyet..Namun begitu, apa pula reaksi Pemain Bolasepak kita Amirulhadi Zainal mengenai perkara itu..
PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti ‘monyet’.


“Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,” kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.


“Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak.


“Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.
Apa pula kata Datuk K.Rajagobal mengenai kontroversi itu?
Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut.


“Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita,” katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.
 Kredit Pic: HERE

Bagi BBH pula sudah tentu ianya bertentangan dengan kehidupan kita..orang Islam sepatutnya tak boleh kutuk mengutuk sesama kita..lebih-lebih lagi perkara yang boleh menjatuhkan maruah seseorang..tambahan pula bulan puasa..dan pompuan bernama Hidayah (gambar di atas) inilah yang menjadi penyebab kepada persengketaan dan menyebabkan maruah seluruh warga Malaysia tercabar..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...