PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! 19 Gadis dirogol LELAKI ini!

Oleh Kaki Wayang on

 

Seorang lelaki yang dikategorikan amat berbahaya kini diburu polis kerana dipercayai telah merogol seramai 19 gadis selain terlibat dalam beberapa kes cubaan merogol di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan pihaknya mendapati, lelaki terbabit sering menjadikan pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama sebagai mangsanya. Menurut beliau, perogol bersiri berusia antara 20 hingga 30 tahun itu aktif melakukan jenayah itu sejak tahun lalu di negeri ini.

“Dalam kes terbaru di Tanah Merah, suspek dikatakan memecah masuk asrama mangsa, mengikat tangan dan mengugutnya dengan pisau sebelum merogol mangsa.

“Polis berjaya mengesan identiti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran asrama tersebut dan kita sedang berusaha memburunya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan berkata, kebanyakan kes rogol berlaku di rumah yang tidak berkunci dan pada tingkat atas bangunan asrama tersebut. Berdasarkan modus operandi yang sama, katanya, polis percaya semua kes ini dilakukan oleh orang yang sama.

Kes ini tambah beliau, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Nor Hafizah Nor Hamid di talian 017-6900714.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! 19 Gadis dirogol LELAKI ini!

Betol-betol Hangat! Picture of the Day!

Oleh Kaki Wayang on

 

Sebuah pesawat penumpang milik Maswing terbabas ketika membuat pendaratan di Lapang Terbang Lawas, di Sarawak. Bagaimanapun semua penumpang dan anak kapal selamat.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Picture of the Day!

Betol-betol Sengal! 4 hari kurung kekasih suami

Oleh Kaki Wayang on

 
Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu. Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.

Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.

Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! 4 hari kurung kekasih suami

Betol-betol Informasi! AKTA yang perlu BLOGGER ketahui!

Oleh Kaki Wayang on

http://diari.mypendidik.net/wp-content/images/skmm-mcmc.png

Artikel ini diambil dari Blog Ben Ashaari..Lebih lanjut KAT SINI..Hati-hati bila mengutuk yer..!!!..memang betul apa yang ditulis oleh Abg Ben..semua orang tak kiralah penulis berita tenpatan..penulis akhbar tempatan hatta bloggers pun kena hati-hati dengan apa yang mereka ingin sampaikan melaliu medium masing-masing..jangan kerana mulut..badan binasa pulak yerr..

Akta yang perlu korang tahu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku..:-
  1. Akta Hasutan 1948 - Seksyen 2 akta itu mengatakan setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai ‘kecenderungan menghasut’.
  2. Akta Fitnah 1975
  3. Akta Rahsia Rasmi 1972
  4. Akta Iklan Lucah 1953
  5. Akta Perihal Dagangan 1972 - Akta ini melarang iklan palsu dan mengelirukan mengenai barang, harga, perkhidmatan, penginapan atau kemudahan ditawarkan dalam perniagaan dan perdagangan.
  6. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998
  7. Akta Hakcipta 1987
  8. Akta Kesalahan Komputer 1997 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! AKTA yang perlu BLOGGER ketahui!

Betol-betol Hangat! Ben Ashari : Seorang Blogger Yang Bodoh

Oleh Kaki Wayang on

Perghhhh..satu statement yang sangat tak boleh diterima akal..aku tak tahulah kenapa "dia" ni cakap macam tu..siap buat entri lagi..tajuk pula sangat kontroversi..dia saje nak cari trafik lah tu kot..buat tajuk kontroversi supaya ramai yang masuk blog dier..ke ape eh?atau dia memang maksudkan apa yang dia cakap dan tuliskan itu? Kepada pengikut Ben Ashaari..korang leh terima tak apa yang SAM POSMEN ni cakap? 

Menggelar seseorang itu bodoh sebenarnya tak patut..lebih-lebih lagi dibulan puasa ni..tidak ada seorang manusia pun berhak untuk menggelar sesuatu kaum (orang lain) itu dengan gelaran yang boleh menjatuhkan maruah orang lain..

Meh kita baca apa yang SAM POSMEN ni katakan dan tuliskan dalam entrinya yang habis dikecam hebat oleh blogger-blogger lain...

Inilah apa yang dikatakan oleh SAM POSMEN..


Jawapan ringkasnya, perlukah untuk berjaya? Semuanya tidak berbaloi. Hanya orang bodoh buat semua itu.

Contoh yang terbaik ialah blogger terkenal iaitu
Ben Ashari. Tahukah Ben Ashari merupakan seorang blogger yang bodoh. Kenapa aku cakap begitu?

1. Update entri sehari empat lima kali. Sudah macam tidak ada kerja lain untuk di lakukan.

2. Berpura-pura baik dengan pembaca untuk kepentingan diri sendiri.
3. Pelbagai segmen-segmen di buat untuk menarik pembaca-pembaca setia.
4. Setiap entri yang di post hanya kepura-puraan semata-mata. Bukannya ketulusan daripada hati sendiri.
5. Suka join aktiviti-aktiviti berkaitan blogger kononnya untuk merapatkan silaturahim.

Email Permohonan MAAF dari SAM POSMEN!!! dan EMAIL balasan dari BEN ASHAARI!!!
http://4.bp.blogspot.com/-3VtqY5WAd_U/TaSKiIkJsII/AAAAAAAAAHY/_LDK9xUu_jo/s1600/ben3.bmp 
http://1.bp.blogspot.com/-hJqFgFCzZ2A/TaSKkpFbbGI/AAAAAAAAAHc/riYntsMUYkY/s1600/ben4.bmp


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Ben Ashari : Seorang Blogger Yang Bodoh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...