PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Review Penuh Hantu Bonceng!

Oleh Kaki Wayang on

http://photo.murai.com.my/972011_boncenggeletek-a.jpg 

JUDUL: Hantu Bonceng
PENGARAH: Ahmad Idham Nadzri
PELAKON: Zizan Razak, Juliana Evans, Cat Farish,
PENERBIT: Excellent Pictures Sdn Bhd
GENRE: Komedi Seram
Klasifikasi: U
Mula Tayangan: 30 Ogos 2011

Sekali Imbas: Kisah mengenai seorang lelaki penghantar pizza, Amran yang gemarkan aktiviti merempit dengan seorang rakan karibnya bernama Kunyit. Sering kali memenangi pertandingan lumba haram dan menerima habuan gadis-gadis jelita. Nasibnya kali ini kurang bernasib baik apabila pada satu malam selepas kemenangan dan membawa pulang seorang wanita yang diperolehinya sebagai hadiah kejayaan dia mengalami kemalangan dengan sebuah lori yang mengakibatkan wanita tersebut mati. Berikutan kematian gadis itu, hidupnya sering kali diganggu roh wanita berkenaan dan akhirnya membuatkan Amran insaf dan cuba lari daripada gangguan roh tersebut.

Ulasan Penuh: Kalau mahu ketawa dan berhibur saya rasa filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sememangnya sesuai dipilih untuk memenuhi impian khalayak.
Filem komedi ringan yang mengangkat kisah seorang penghantar pizza yang gilakan aktiviti merempit selepas habis tugasnya, sememangnya sarat dengan kisah lucu. Kisah bermula apabila Amran (Zizan) yang memenangi Maya (Juliana Evans) sebagai habuan perlumbaannya, terlibat dengan kemalangan yang mana Maya mati di tempat kejadian.

Roh Maya atau hantu Maya acapkali menganggu kehidupan Amran sehinggakan tidak senang duduk Amran memikirkannya. Nasib Amran baik apabila dia ditemani rakan baiknya, Kunyit (Tai)di kala susah dan senang. Berikutan gangguan demi gangguan yang diterimanya membuatkan Amran dan Kunyit memilih pelbagai cara untuk menghindari gangguan tersebut termasuklah menggunakan khidmat bomoh.

Dalam masa proses melepaskan diri daripada gangguan tersebutlah pelbagai kisah lucu disajikan kepada penonton. Lawak-lawak yang diketengahkan oleh Zizan dan Tai sememangnya mengena dan mengesankan. Malah saya puji Ahmad Idham kerana dialog lucu yang ditonjolkan dalam filem ini tidaklah menggunakan lawak double meaning. Tanpa lawak double meaning pun khalayak masih mampu ketawa terbahak-bahak kerana jalan cerita yang diketengahkan.

Seperti kata Ahmad Idham, meskipun filem tersebut mengetengahkan komedi ringan namun masih diselitkan mesej berguna di dalamnya. Antaranya usahlah dipercayai kepercayaan karut iaitu mempercayai bomoh atau seangkatannya untuk menghalau roh mahupun hantu.

Sebaliknya kembali kepada asas agama untuk menemui jati diri serta menjauhi perkara-perkara yang terkutuk. Selain itu, dipaparkan juga keinsafan mat-mat rempit untuk meninggalkan aktiviti tidak bermoral itu.

Dalam pada itu, adegan-adegan cinta antara Amran bersama Halimaton (Jue) yang diselitkan sedikit sebanyak menambah perisa memaniskan lagi filem berkenaan. Selain itu nilai persahabatan antara Amran dan Kunyit juga antara paparan menarik dalam filem tersebut yang jelas kelihatan.

Walaupun mereka berdua mat rempit namun masih lagi mengerti nilai kemanusian dan persahabatan.Paling menarik hati saya ialah sewaktu Tai menasihati Amran yang pada masa tersebut tergila-gilakan wanita lain dan cuba menjauhkan diri daripada kekasih hatinya Halimaton.

Sementara itu, lakonan Zizan sememangnya bersahaja dan mengelikan hati. Dipadankan bersama Jue Aziz serta Juliana Evans gandingan itu berjaya dihidupkan bersama. Harus dipuji lakonan pendatang baru, Tai kerana tidak dinafikan dia juga merupakan tulang belakang membantu menghidupkan suasana ceria Hantu Bonceng.

Jika Hantu Bonceng menjadi pilihan anda untuk menghiburkan hati sempena musim perayaan ini, sememangnya satu pilihan yang tepat dan rasanya tidak salah untuk meluangkan masa bergelak ketawa bersama teman dan seisi keluarga.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Review Penuh Hantu Bonceng!

Betol-betol Hangat! Blog Pilihan #3 dan #4

Oleh Kaki Wayang on

Dah lama bonar tak buat Blog Pilihan ni..so, kali ni rasa macam dah sampai seru dah kot nak buat Blog Pilihan memandangkan Followers pun dah sampai 401 orang..Blog pilihan BBH pada kali ni adalah Blog pilihan:

Blog Pilihan #3

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEht5Mn4aPjfI_0tbfEYRU8z44NkSuYqP0OZms5QMsJnQr9k5-5ILejODtIq9BpKDg8OP1N9aaipyKJNMMk0iJUNze741Z3I8ybrV86pzg0LdhjglKWQad9NIOq7XKq9kJLBlCQYKJCnA-I/s1600-r/31674_120958544609577_100000862953437_108316_8375878_n.jpg

Ulasan:-

Beliau (Mohd Naimul Firdaus) merupakan blogger yang ke 400 menjadi follower Blog BBH ini..pertamanya terima kasih atas kunjungan ke blog ini..Sedikit info mengenai Blog ini..kebanyakan post dari penulis asal blog ini adalah berkenaan dengan ISU-ISU semasa..disamping diseimbangkan dengan pelbagai topik AGAMA yang menarik..yang bestnya..banyak mutiara kata boleh didapati di sini..Kaki Wayang sebenarnya pun selalu masuk dan jadi SILENT Reader kat Blog ni..so, kepada kengkawan blogger..jemputlah ke blog ini..korang pasti tak kan rugi dengan isi kandungan blog berkenaan..penuh dengan warna-warni kehidupan.

Blog Pilihan #4


Ulasan:-

Beliau merupakan seorang blogger baru..dan aku merupakan follower beliau yang kedua..so, Cik Jalila Syarief ni amat memerlukan bantuan dan sokongan anda..Artikel dan entri pertama yang Kaki Wayang baca dalam blog itu adalah mengenai Maher Zain..oklah, xde pe sangat yang dapat aku coretkan untuk Blogger baru ini..yang bestnya Blog ini ringan sangat..xde lah nak buat BERUKBAND aku ni semput..cuma aku hanya dapat bantu dengan mempromosikan blog anda dengan cara begini..teruskan berblog..jangan patah semangat..aku juga blogger baru..baru 4 bulan..so kita sama..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Blog Pilihan #3 dan #4

Betol-betol Gempak! Safee Sali bermain di Kelab Cardiff CIty

Oleh Kaki Wayang on

http://sports.mylaunchpad.com.my/Portals/0/Msia280711_L.jpg 

Penyerang prolifik negara, Safee Sali bakal muncul sebagai pemain Malaysia pertama yang diuji Cardiff City selama dua minggu. Penyerang Pelita Jaya itu yang menyerlah bersama kelab dan negara kebelakangan ini, sudah cukup untuk menawan hati pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee untuk diberi peluang bersama pasukan berpangkalan di Wales itu dari 12-27 September.

Safee merupakan pemain kedua yang ditawarkan untuk menguji nasib selepas kapten kebangsaan, Safiq Rahim yang terlebih dahulu mendapat tawaran tetap terpaksa menangguhkan hajatnya berikutan ingin memberi komitmen bersama Selangor dan pemain berusia 24 tahun itu dijangka berangkat ke sana sebaik kempen Piala Malaysia berakhir.

Safee sering dibandingkan dengan arwah Mokhtar Dahari dan dianggap sebagai penyerang terbaik generasinya. Perkhabaran terbaru ini memberi erti besar kepadanya yang menganggap sebagai kemuncak dalam kariernya.

"Setiap peminat bola sepak di Malaysia mengikuti perkembangan bola sepak Inggeris dan begitu juga saya. Ketika kecil, saya selalu berangan-angan untuk beraksi di liga Inggeris satu hari nanti. Dan sekarang saya memiliki kesempatan itu untuk menjalani percubaan selama dua minggu. "Pintu sudah terbuka buat saya. Ini peluang sekali seumur hidup dan saya akan memberikan yang terbaik untuk membuktikan kemampuan saya," kata pemain berusia 27 tahun itu.

Sementara itu, Datuk Chan berharap lebih ramai lagi pemain Malaysia yang memiliki potensi untuk menggegarkan arena bola sepak.

"Apabila Safiq diuji oleh Cardiff, timbul banyak laporan baik di sini dan juga Malaysia. Sekarang Safee juga tersenarai, semoga keghairahan ini akan meningkatkan dan memberi inspirasi kepada pemain muda kita untuk menjadi menjadi pemain tersohor. "Usaha ini adalah baik untuk kelab dan Malaysia. Ramai bakat tanahair kita dan kini adalah masanya untuk kita menghargai bakat mereka dengan memberi mereka pendedahan yang betul. Saya rasa ini akan menjadi pemangkin kepada revolusi," kata Datuk Chan yang mengambil alih Cardiff tahun lalu.

Menurut pengurusnya, Zakaria Rahim berkata Safee sedang berada di Indonesia berlatih dengan pasukan kelabnya dan dijangka akan tiba di ibu negara sehari sebelum berlepas ke England. Beliau menjelaskan Safee ketika ini hanya berlatih di sana sebagai persiapan menghadapi musim baru namun belum tahu tarikh sebenar.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Safee Sali bermain di Kelab Cardiff CIty

Betol-betol Gempak! Safee seperti 'David Beckham' Malaysia - Warnock

Oleh Kaki Wayang on

http://sports.mylaunchpad.com.my/Portals/0/Football/Safee_261210_L.jpg 

Safee Sali yang dikaitkan dengan Queens Park Rangers (QPR) dianggap sebagai "David Beckham" versi Malaysia oleh pengurus kelab itu, Neil Warnock.

"Semua orang mengenalinya (Safee) namun halangannya untuk bermain di EPL buat masa ini ialah isu permit kerja.

Namun masalah itu tidak akan menghalang untuk membawa pemain (Malaysia) ke mari. Kami akan cuba dan meyakinkan pemain muda Malaysia untuk terlibat dengan kelab ini," jelasnya. Bercakap kepada media Malaysia menerusi sidang akhbar online, Warnock tidak menolak idea QPR mewujudkan akademi di Malaysia, mengikuti jejak usahasama yang dijalinkan Liverpool dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Tidak menghairankan bagi saya jika Tony (Fernandes) berminat untuk mewujudkan akademi remaja bukan sahaja di England dan QPR, tetapi juga di Malaysia. "Hubungan QPR dan Malaysia akan meningkat dalam beberapa tahun akan datang. Langkah seterusnya ialah akademi bersama jurulatih Inggeris untuk membantu (bola sepak) Malaysia," tambahnya.

P/s: Kalaulah Safee Sali bermain dengan mana-mana kelab QPR..dah tentu gempak...
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Safee seperti 'David Beckham' Malaysia - Warnock

Betol-betol Gempak! Baharom Shah Indera mengenai Mat Indera

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Baharom Shah Indera mengenai Mat Indera
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...