PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Simpati! Otak diluar tempurung kepala!

Oleh Kaki Wayang on

DERITA...keadaan Eyrshah dengan otaknya di luar kepala. 

Kegembiraan sepasang suami isteri dikurniakan anak selepas menanti hampir enam tahun bertukar duka apabila bayi itu yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos lalu mengalami kecacatan otak berada di luar tempurung kepalanya. Lebih menyedihkan, bayi lelaki itu disahkan doktor menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya kini ditempatkan di bawah kawalan doktor pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Bapa bayi yang diberi nama Eyrshah Elman itu, Erywan Yaacob, 32, menyifatkan akur nasib menimpa bayinya, namun dia dan isteri, Noraishah Alaby, 32, kesal dengan kegagalan petugas sebuah klinik kesihatan berhampiran rumahnya di Gelang Petah yang tidak dapat mengenal pasti masalah kandungan isterinya sejak awal.

“Setiap kali menjalankan pemeriksaan, doktor dan jururawat di klinik itu menyatakan isteri dan bayi di dalam kandungan sihat dan selamat. “Sehingga seminggu sebelum kelahirannya, doktor di klinik kesihatan terbabit menghantar isteri ke HSA kerana menurutnya kandungan mengalami masalah dan memerlukan pengawasan doktor pakar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Erywan yang juga pembantu jurutera berkata, doktor di HSA memberitahu, keadaan bayi itu di luar jangkaan kerana kes berkenaan yang pertama berlaku di negeri ini dan antara kes terawal di negara.

“Tetapi, saya kesal doktor dan jururawat di klinik kesihatan terbabit tidak dapat mengenal pasti punca masalah kandungan isteri, sedangkan menurut doktor di HSA, masalah seperti itu sepatutnya boleh dikesan ketika kandungan berusia empat atau lima bulan.

“Hancur dan hiba hati terutama isteri sebaik melihat cahaya mata pertama kami yang dinantikan hampir enam tahun dilahirkan dalam keadaan sungguh menyedihkan.

“Menitis air mata kami setiap kali memandangnya yang kelihatan amat menderita dengan keadaan otaknya di bahagian luar. “Jika doktor dan jururawat klinik kesihatan itu dapat mengesan masalah ini dari awal, anak saya mungkin tidak menderita. “Kini, kami berserah ke hadrat Ilahi dengan apa juga ketentuan, namun saya merayu mana-mana pihak terutama yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk membantu,” katanya.

Menurut Erywan, tiga hari lalu dia cuba menghubungi beberapa pakar perubatan untuk bertanyakan mengenai masalah anaknya, namun semuanya memberi jawapan menghampakan.

“Doktor mengatakan kes seperti ini amat jarang terjadi dan masih menjalankan kajian berhubung cara atau kaedah terbaik bagi menyelamatkannya,” katanya.

Sesiapa yang ingin memberi bantuan atau mempunyai maklumat yang boleh membantu Eyrshah Elman boleh menghubungi Erywan di talian 017-7746696.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Otak diluar tempurung kepala!

Betol-betol Hangat! Budak 2 tahun sudah pandai merokok!

Oleh Kaki Wayang on

ARDI mengejutkan dunia dua tahun lalu dengan tabit merokoknya ketika masih berusia dua tahun. 

Seorang kanak-kanak Indonesia yang menjadi terkenal seluruh dunia tidak lama dulu kerana merokok pada usia dua tahun, sudah menghentikan tabiat itu. Bagaimanapun, dia memberitahu ibunya, dia akan merokok semula kecuali dia dibelikan mainan.

Ardi Rizal ditemui oleh sebuah stesen televisyen Amerika Syarikat, ABC, dan menjadi terkenal apabila satu rakaman video yang menunjukkan dia merokok tersebar luas. Program itu bagaimanapun mendapati Ardi bukan satu-satunya kanak-kanak yang menghisap rokok di Indonesia apabila mereka menemui seorang lagi perokok, juga berusia dua tahun bernama Chairul, yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan di Jawa Timur.

Chairul dilihat terus merokok selepas bangun tidur, dengan bantuan datuknya. Si datuk memberitahu rancangan berkenaan, dia membenarkan Chairul merokok kerana rasanya enak, seperti roti dengan cokelat.
Ketika Chairul merokok di sebelahnya, lelaki itu berkata, ia bukan satu masalah.

“Dia kadang-kadang merokok dua kotak sehari. Dia akan tidak sihat jika tidak merokok.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Budak 2 tahun sudah pandai merokok!

Betol-betol Sengal! Wanita dituduh rogol anak lelaki

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMtRgqmOJgLbD6eqX6Zv1_mcnL0zBqJbl_jv7PZcjUhAOxDyYMRGivBX9ORXb-qXB5wkSejFEcGKWOIPSFIKvj1o0l04XUDNm5l2wx0zPG01nvn1V9EAHzKS-7KFfAvYJMNzKvw_0jTxGh/s1600/mangsa%2520rogol.gif

Seorang wanita Ohio dituduh memperkosa anak lelakinya yang berusia 10 bulan dengan merakam aksi itu dan kemudian menghantarnya kepada teman lelakinya di Michigan. 

Ashley N Jessup, 24, didakwa di Columbus, Khamis lalu atas dua tuduhan memperkosa, satu tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak dan satu tuduhan memuaskan nafsu seksual membabitkan golongan yang lemah. Pendakwa raya daerah Franklin, Ron O'Brien berkata, Ashley menghantar rakaman video itu melalui e-mel kepada teman lelakinya di Battle Creek, Michigan dan ditemui bekas teman wanita lelaki itu yang kemudian menghubungi polis.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Wanita dituduh rogol anak lelaki

Betol-betol Hangat! HDR goes again 2..(The Granny Attic)

Oleh Kaki Wayang on

Setelah beberapa kali membuat dan mengedit  gambar-gambar dalam bentuk HDR..kini aku kembali dengan gambar-gambar edit yang baru..Untuk pengetahuan para pembaca gambar yang diambil merupakan gambar bilamana Politeknik Muadzam Shah menganjurkan pendakian Kuala Tahan yang dianggap lebih mencabar, memeritkan dan meletihkan berbanding dengan mendaki Gunung Kinabalu..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! HDR goes again 2..(The Granny Attic)

Betol-betol Hangat! Wanita Solat Jumaat

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfOeiy_MdVl9awaa_8GUrFUMASbRLalcAsT01gyElWBU7bTvOr7Xl0Y_4qdKL2qMbn0sRnrhqgIbj_t9LejLrPJv22IrWpaaR_jEomumdzxlrqg_InZljL975PXuEAgjw3rJSlDO1329M/s400/23012009+013.jpg

Seramai kira-kira 60 golongan wanita daripada pelbagai peringkat umur meluangkan masa menunaikan solat Jumaat di Masjid Hamidi Manjalara Kampung Kepala Bukit dekat sini, bersempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut di situ semalam.

Sinar Harian difahamkan kebanyakan golongan wanita dalam kariah masjid itu mengambil peluang menunaikan solat Jumaat bersama-sama golongan lelaki walaupun hukum menunaikan solat Jumaat adalah harus bagi wanita.

Justeru, golongan wanita yang hadir menunaikan solat Jumaat semalam meluahkan rasa gembira dan ia adalah pengalaman baru kerana pertama kali mereka menunaikan solat itu.

Imam Masjid Hamidi Manjalara Kampung Kepala Bukit, Ghazali Zakaria berkata, masjid ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya apabila jemaah perempuan menunaikan solat Jumaat.

“Sebelum ini masjid berkenaan tidak pernah dihadiri golongan perempuan ketika solat Jumaat dan hari ini (semalam) adalah kali pertama golongan perempuan hadir.

“Solat Jumaat adalah harus bagi golongan wanita namun, jika sambutan kehadiran yang diberikan golongan wanita berterusan pada minggu seterusnya adalah perkara baik dan saya akan menyediakan tempat solat untuk mereka memandangkan jumlah jemaah lelaki agak ramai di masjid ini,” katanya ketika ditemui di masjid itu semalam.

Menurutnya, pihak jawatankuasa masjid sudah memberikan pandangan mengenai majlis sambutan Aidilfitri di masjid ini dan mencadangkan supaya menjemput jemaah wanita untut turut serta menunaikan solat Jumaat.

“Cadangan itu disambut baik dengan jumlah kehadiran yang ramai dan perkara ini jarang sekali diadakan di masjid lain dalam daerah ini dan perkara ini diharap menjadi contoh oleh masjid di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, jemaah wanita Norma Yahya, 56, berkata, dia pertama kali mengikuti solat Jumaat dan ini adalah satu pengalaman baru baginya.

“Ini adalah satu pembaharuan bagi diri saya untuk sama-sama mengikuti solat Jumaat kerana sebelum ini hanya golongan lelaki sahaja yang menunaikan solat Jumaat.

“Saya akan datang tiap-tiap minggu jika sambutan menggalakkan,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Wanita Solat Jumaat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...