PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Informasi! Maxis 3G Manual Configuration (APN)

Oleh Kaki Wayang on

Sejak kebelakangan ini kemudahan internet broadband Maxis bagi pengguna postpaid di beberapa buah tempat menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan "signal" yang baik untuk line postpaid 3G mereka..dan ini amat menyukarkan para pengguna untuk mengakses internet melalui smartphone mereka..So, bagi mereka yang menggunakan Windows Phone 7..salah satu cara untuk mendapatkan semua signal yang baik untuk line postpaid dan internet anda adalah dengan menggunakan setting berikut...sila lihat gambar dan arahan untuk mendapatkan 3G Manual Configuration..Korang akan dapati yang huruf H pada signal akan tertera di bahagian atas mobile..dan itu tandanya anda kini sudah mendapat signal HSDPA (3.5G)..Selamat mencuba..

http://beingpc.com/wp-content/uploads/2011/02/How-to-Fix-Error-80072FA8.jpg

Step 1: Fill APN as “unet” (if you are a non-3G user, change to “net”)
Step 2: Fill Username as “maxis”
Step 3: Fill Password as “wap”
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Maxis 3G Manual Configuration (APN)

Edisi Mutiara Kata! Mutiara Kata #2

Oleh Kaki Wayang on


"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."
Sila baca selanjutnyaEdisi Mutiara Kata! Mutiara Kata #2

Edisi Mutiara Kata! Mutiara Kata #1

Oleh Kaki Wayang on

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
 
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


Sila baca selanjutnyaEdisi Mutiara Kata! Mutiara Kata #1

Edisi Khas Al-Quran! Fadhilat Surah AS-Sajdah

Oleh Kaki Wayang on

http://melayukini.net/wp-content/uploads/2011/10/Baca-Quran.jpg 

SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

DOWNLOAD: Surah As-Sajdah
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Al-Quran! Fadhilat Surah AS-Sajdah

Betol-betol Segmen! Saya, blog dan pembaca

Oleh Kaki Wayang on



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9ftiBPP6fQ4xvOtyeDuXFVtlzA-rxjkGhm3mu0joRKzL7vSEudYKVeIw4Jqu-OtFvyJUHMmuKOoqsMFriZO3aKozQcsqWxh3T_6GZUYfFYvyYtUGZx4RtfNS7ja7z_RwunRC0hAEY5WA/s1600/tree.jpg

SAYA

Kata panggilan diri pertama..yeke? hahaha dah lupa..kadang-kadang kata panggilan diri ni “saya” lebih suka untuk gunakan “aku” walaupun pada dasarnya dibeberapa buah tempat di Malaysia..penggunaan “aku” lebih kasar (tak lah kasar mana pun) berbanding dengan penggunaan “saya” (aku rasa macam formal sangat).

BLOG

Memandangkan sekarang semakin lama semakin ramai blogger-blogger baru yang muncul disamping ianya semakin bertambah dari hari ke hari..Aku tak kan cuba untuk menerangkan maksud blog yang sebenar..Namun begitu, pada akulah blog merupakan tempat untuk kita mengasah minda, menyampaikan maklumat, menguji gaya dan teknik penulisan, tempat kita mempelajari sesuatu yang baru, tempat untuk kita mendapatkan maklumat..tempat untuk kita berniaga, memasarkan produk, menyampaikan cetusan rasa hati, dan macam-macam lagilah “bentuk” penyampaian..semua ini dilakukan dan disampaikan melalui blogspot, wordpress mahupun website dan forum..

PEMBACA

Biasanya setiap manusia sering mengungkapkan:

Tanpa mereka siapalah kita
Tanpa ibu bapa kita tak kan lahir ke dunia ini
Tanpa peminat siapalah saya (artis)
Tanpa “boipreng” siapa lah saya (girlpreng)
Tanpa PEMBACA, tak tahulah apa nak jadi dengan BLOG ni..

Itu merupakan sedikit sebanyak ungkapan yang biasa digunakan oleh manusia-manusia yang ada kalanya bersifat subjektif namun bermakna apabila diungkapkan..Tanpa PEMBACA..siapalah kita..dah lah blog ciput, blog tak de maklumat, tak de itu dan ini, asyik-asyik letak entri sal bercinta ngn makwe dan pakwe..itu jelah keje nyer..kalau tak letak entri caci maki, fitnah memfitnah..tapi follower-follower aku tak macam tu kan..hehehe..itulah pembaca..pembaca yang baik biasanya pembaca yang boleh menegur dan menerima setiap teguran dan nasihat dari sesiapapun..kalau sekiranya blog ini ada masalah, sebagai contoh..aku boleh menerima nasihat dan teguran dengan hati yang terbuka..dan itulah PEMBACA yang baik sebenarnya..sentiasa berkongsi maklumat//tak lokek ILMU..sentiasa menyampaikan maklumat apa yang telah dipelajarinya..so, ILMU itu tak kan terkubur macam tu je..itulah pentingnya PEMBACA.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Segmen! Saya, blog dan pembaca
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...