PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! Tak bersalah selepas dijel 30 tahun

Oleh Kaki Wayang on

Henry James tergamam apabila salah peguamnya memberitahu dia akan dibebaskan dari penjara selepas 30 tahun atas kesalahan jenayah yang tidak pernah dilakukannya. Kata James, dia merasakan seperti satu keajaiban apabila peguamnya menelefon semalam dan memberitahu hakim telah membatalkan tuduhan merogol ke atasnya pada 1982 dan memerintahkan dia dibebaskan dari Penjara Louisiana di Angola.

James dituduh merogol seorang wanita pada 1981 tetapi dibebaskan selepas menjalani ujian DNA, bulan lalu.
James yang menyambut hari jadi yang ke 50 minggu lepas, berkata, dia tidak pernah berhenti mengharap.

P/s: Kesian tak? Sengal tak sengal hakim yang jatuhkan hukuman..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Tak bersalah selepas dijel 30 tahun

Edisi Khas Soal Jawab! Ayah anak luar nikah

Oleh Kaki Wayang on

JIKA seorang isteri melahirkan anak luar nikah bersama lelaki lain, adakah anak itu boleh dibinkan dengan nama suaminya?

Jawapan:
ISLAM menetapkan bahawa nasab keturunan anak yang lahir dalam masa perkahwinan antara kedua-dua pasangan suami isteri kepada suami wanita itu dengan syarat suaminya tidak membantah atau menafikannya.
Oleh itu, anak terbabit boleh dibinkan dengan nama suami wanita berkenaan. Ini kerana apabila Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Anak adalah bagi yang mempunyai hamparan.” Maksud hamparan di sini adalah suami wanita itu.

Bagaimanapun, perbuatan zina masih salah dan haram. Mereka yang melakukannya hendaklah bertaubat kepada Allah dan berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan itu lagi.
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Soal Jawab! Ayah anak luar nikah

Edisi Khas Soal Jawab! Manfaat cukur rambut bayi

Oleh Kaki Wayang on

BOLEHKAH saya mencukur rambut bayi saya sendiri, timbang rambutnya dan sedekahkan kepada fakir miskin? Ada pendapat menyatakan timbangan rambut ikut nilai perak dan ada pendapat menyatakan ikut nilai emas.

Jawapan:
ANTARA perkara sunnah yang boleh dilakukan ibu bapa apabila mendapat zuriat adalah anak itu (1) di azan dan diiqamahkan (2) dilakukan aqiqah (3) diberi nama yang baik, (4) dilakukan (tahniq) atau dibelah mulut dengan benda manis seperti kurma dan dibaca doa dan (5) dicukur rambut dan diberi sedekah seberat timbangannya

Ia boleh dengan nilai emas atau perak mengikut kemampuan masing-masing (6) dikhatankan (7) menindik telinga bagi anak perempuan dan (8) diberi penjagaan dan penyusuan sebaik mungkin.

Apabila memilih untuk tidak mencukur rambut bayi, ibu bapa tidak mendapat pahala sunat seperti di atas. Sebenarnya mencukur rambut ada banyak kelebihannya seperti dapat menjaga kebersihan, menumbuhkan rambut baru yang lebih baik dan anak lebih selesa apabila kepala tidak terhalang daripada menerima oksigen atau angin.
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Soal Jawab! Manfaat cukur rambut bayi

Edisi Khas Soal Jawab! Doa anak soleh untuk ibu bapa

Oleh Kaki Wayang on

KETIKA berada di pusara ibu bapa, adakah mereka mendengar luahan hati meminta supaya mendoakan kesejahteraan kita?

Jawapan:

PERKARA terbaik yang wajar dilakukan adalah memohon atau memanjatkan sendiri doa kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar segala permohonan hambanya. 

Ini kerana kesempatan supaya ibu bapa berdoa untuk anda sudah tiada lantaran kematian mereka. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya”
(Riwayat Muslim).

Lebih bermanfaat jika anda pula memanjatkan doa kepada ibu bapa. Doa anak yang soleh kepada Allah supaya dosa mereka diampuni hakikatnya diterima Allah.

Mereka juga sebenarnya mengharapkan doa daripada anak yang soleh seperti terkandung dalam hadis di atas.
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Soal Jawab! Doa anak soleh untuk ibu bapa

Kupon untuk McValue Meal (McDonald) - Sila Print Sekarang!!!

Oleh Kaki Wayang on


Beef Lovers, don’t miss out on McDonald’s Quarter Pounder With Cheese McValue Meal (M) for RM6.99! Available now from 17 – 25 October.

Print your Original Coupons here: http://bit.ly/qS2VvV

Offer valid via coupon only. It’s one redemption per coupon.
 
Sila baca selanjutnyaKupon untuk McValue Meal (McDonald) - Sila Print Sekarang!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...