PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Jom Join Bloglist Laman AyahSu!
Oleh Kaki Wayang on
Tak tahulah sempat ke tak..ni dah 1 Oktober 2011 dah ni..tak kira aku nak join jugak..kalau kengkawan nak join g kat url ni k...Laman AyahSu: Jom Join Bloglist AyahSu tapi minta maaf yerrr tempoh dah tamat dah..hehehehe..ni dare to fail je ni..kalau AyahSu kata tak leh join dah..aku kenelah terima..
Betol-betol Hangat! Keje CLEANER pon bahaya ok!
Oleh Kaki Wayang on
THE ROCKEFELLER CENTER
THE BURJ KHALIFA
BEIJING AQUATICS CENTER
MOUNT RUSHMORE
THE WORLD TRADE CENTER
EMPIRE STATE BUILDING
BIG BEN
THE SPACE NEEDLE
Betol-betol Hantu! Halloween: Filem-filem seram untuk ditonton
Oleh Kaki Wayang on
Minggu ini, sempena perayaan Halloween, kami mengimbas semula
filem-filem seram yang terbaik pada tahun 90-an. Jika anda masih tidak
tahu apa hendak dibuat pada hujung minggu ini, carilah tajuk-tajuk ini
pada DVD dan selamilah semangat Halloween dengan sepenuhnya. Di sini
adalah cadangan-cadangan saya:
Child’s Play
'Child's Play' adakah satu kisah ngeri mengenai sebuah patung yang berciri pembunuh yang bernama Chucky. Saya mengakui bahawa saya pernah mempunyai mimpi ngeri semasa kecil selepas menonton filem ini, dan saya pasti bukan saya seorang yang bermimpi. Filem seram ini yang diarahkan oleh Tom Holland mempunyai tiga filem susulan bernama ‘Bride of Chucky’ dan ‘Seed of Chucky’, tetapi untuk Halloween tahun ini, saya hanya mencadangkan filem yang pertama kerana filem-filem selepas itu tidak berjaya menandingi filem yang terawal.
Scream
Filem pertama 'Scream' adalah salah satu filem yang terbaik pada zaman 90-an. Sudah tentu, kira-kira 15 tahun kemudian, filem ini mungkin kelihatan sebagai ‘predictable’ atau begitu mudah diramalkan, tetapi ia tetap satu filem yang paling terpengaruh dalam genre 'slasher'. Filem ini mempunyai unsur-unsur yang mencukupi dalam genre tersebut- seorang pembunuh bertopeng, sekumpulan gadis-gadis remaja dan pelakon baru yang meningkat sebagai pelakon utamanya – tetapi sebenarnya apa yang membuat filem ini berbeza adalah subteks komedinya.
The Sixth Sense
Satu-satunya filem 90-an yang tidak dapat saya lupakan, kenyataan “I see dead people” yang terdapat dalam filem ini kini merupakan quote atau petikan dialog yang terkenal. 'Sixth Sense' adalah filem seram yang mempunyai unsur seram psikologi. Filem ini adalah hasil pertama yang cemerlang dari pengarah M. Night Shyamalan dan pelakon muda Haley Joel Osment.
Satu-satunya filem 90-an yang tidak dapat saya lupakan, kenyataan “I see dead people” yang terdapat dalam filem ini kini merupakan quote atau petikan dialog yang terkenal. 'Sixth Sense' adalah filem seram yang mempunyai unsur seram psikologi. Filem ini adalah hasil pertama yang cemerlang dari pengarah M. Night Shyamalan dan pelakon muda Haley Joel Osment.
Silence of the Lambs
Dalam persembahan Anthony Hopkins yang paling menakutkan, 'Silence of the Lambs' ialah satu kisah seram yang cemerlang. Hari ini, pembunuh bersiri fiksional yang bernama Hannibal Lecter telah mencapai status ikonik dalam dunia perfileman.
Final Destination
Seperti kebanyakan daripada filem-filem seram tersebut yang datang sebelumnya, 'Final Destination' juga telah melahirkan beberapa buah sekuel. Walau bagaimanapun setiap sekuelnya bersifat terlalu klise. Pada pendapat saya, filem Final Destination yang pertama yang keluar pada tahun 2000 adalah kisah seram yang cukup hebat dan yang terbaik dalam siri ini.
Betol-betol Gempak! Nokia menyerlah dengan Lumia!
Oleh Kaki Wayang on
Oktober merupakan satu bulan pelancaran produk. Ia dimulakan dengan
Apple yang memperkenalkan iPhone 4S pada minggu pertama, diikuti oleh
telefon Ice Cream Sandwich pertama Google, Galaxy Nexus dan baru-baru
ini Nokia menyampaikan telefon Windows 'sebenar', Lumia 800 dan Lumia
710.
Pertama kali saya melihat Lumia 800, saya bertanya diri sendiri, “Bukankah itu N9?”. Apa yang anda dapat lihat secara fizikal dari luar pada Lumia 800 betul-betul seiras dengan N9. Jadi, pada asasnya Nokia mengambil kulit N9, membuang ‘inti’ MeeGo OS dan menggantikannya dengan Windows Phone 7.5 Mango OS. Walau bagaimanapun, reka bentuknya amat menarik.
Selepas anda telah berjaya membezakan Lumia 800 dan N9, berikut adalah perbezaan kedua - dua telefon Lumia.
Lumia 800
Pertama kali saya melihat Lumia 800, saya bertanya diri sendiri, “Bukankah itu N9?”. Apa yang anda dapat lihat secara fizikal dari luar pada Lumia 800 betul-betul seiras dengan N9. Jadi, pada asasnya Nokia mengambil kulit N9, membuang ‘inti’ MeeGo OS dan menggantikannya dengan Windows Phone 7.5 Mango OS. Walau bagaimanapun, reka bentuknya amat menarik.
Selepas anda telah berjaya membezakan Lumia 800 dan N9, berikut adalah perbezaan kedua - dua telefon Lumia.
Lumia 800
3.7” AMOLED 480 x 800 skrin sentuh
Butang sentuh sensitif
116.5 x 61.2 x 12.1 mm
16GB storan dalaman
Kamera 8 MP dengan lensa Carl Zeiss f/2.2 dan flash berkembar LED
Li-Ion 1450 mAh bateri
142 g
Hitam, Cyan, Magenta
Butang sentuh sensitif
116.5 x 61.2 x 12.1 mm
16GB storan dalaman
Kamera 8 MP dengan lensa Carl Zeiss f/2.2 dan flash berkembar LED
Li-Ion 1450 mAh bateri
142 g
Hitam, Cyan, Magenta
Lumia 710
3.7” TFT 480 x 800 skrin sentuh
Butang fizikal
119 x 62.4 x 12.5 mm
8GB storan dalaman
Kamera 5 MP dengan satu flash LED
Li-Ion 1300 mAh bateri
125.5 g
Hitam, Putih(depan) / Hitam, Putih, Cyan, Fuchsia, Kuning(belakang)
Kita bermula dengan skrin. Lumia 800 mempunyai satu skrin AMOLED cantik dengan paparan Nokia ClearBlack. Lumia 710 juga mempunyai paparan ini tetapi hanya pada skrin TFT yang agak mengecewakan terutama sekali dalam bahagian sudut pemerhatian. Pada pendapat saya, paparan Lumia 800 ialah setaraf dengan Samsung Galaxy S memandangkan kedua-duanya mempunyai skrin AMOLED dengan subpiksel PenTile matriks.
Satu lagi perbezaan besar antara kedua – dua telefon ini ialah kamera. Lumia 800 mendapat semua layanan istimewa dengan kamera 8 MP yang dilengkapi dengan kanta Carl Zeiss. Walaupun kedua-dua kamera menyokong rakaman video 720p pada 30 fps, Lumia 710 hanya mempunyai kamera normal 5 MP. Tiada kamera bahagian hadapan pada kedua-dua telefon Lumia. Jadi, tiada harapan untuk membuat panggilan video dari telefon ini.
Bercakap tentang panggilan, anda perlu ada satu mikro SIM untuk menggunakan telefon-telefon ini. Jadi, jika anda bercadang untuk mendapatkan salah satu daripada telefon ini, saya mencadangkan anda membelinya dengan kontrak syarikat telko. Ia akan menjimatkan masa anda mendapatkan mikro SIM di pusat syarikat telko anda.
Berhubung kapasiti data, Lumia 710 hanya mempunyai keupayaan storan data 8GB berbanding 16GB pada Lumia 800. Sayang sekali kerana anda tidak dapat memperluaskan storan terhad ini dengan kad SD tetapi mujurlah, anda akan mendapat satu storan 25GB SkyDrive percuma pada awan. Jadi, anda boleh menyimpan muzik, gambar-gambar dan video anda pada awan selagi saiz fail tidak melebihi 100MB.
Dalam soal perkakasan, satu perkara yang mengganggu saya ialah kapasiti bateri Lumia 710. Sejak, kedua-dua Lumia 800 dan Lumia 710 menggunakan cip pemprosesan 1.4 GHz yang sama, kenapa tidak gunakan bateri 1450 mAH yang sama untuk kedua-duanya. Tambahan juga, skrin TFT tidak begitu cekap tenaga seperti skrin AMOLED. Ini sudah tentu akan mengehadkan jumlah masa anda miliki pada Lumia 710 bagi setiap cas.
Kita teruskan dengan aspek perisian telefon. Eksklusif pada telefon-telefon Lumia, Nokia telah mengintegrasikan tiga aplikasi baru ke dalam Windows Phone 7.5 Mango OS. Pertama ialah Nokia Drive, satu sistem pandu arah lengkap dengan bantuan suara. Aplikasi kedua ialah satu pemain muzik / kedai yang dipanggil Nokia Music. Ia seperti mana-mana pemain muzik lain tetapi apa yang menarik mengenainya ialah anda boleh stream muzik penuh melalui mix radio dan jika anda suka dengan apa yang anda dengar, hanya tap untuk membelinya (sangat mudah). Aplikasi ketiga amat sesuai untuk peminat sukan. Dengan kerjasama ESPN, Nokia telah membawa semua berita dan skor terkini dari sekitar dunia sukan pada telefon Windows.
Saya
akui, tiga aplikasi percuma ini merupakan tawaran yang amat menarik.
Selain itu, anda miliki semua kebaikan dan kelicinan Windows Phone 7.5
terbaru lengkap dengan Office yang kita semua sudah biasa. Anda pasti
tidak akan mendapat suatu pakej sebaik ini pada alat-alat iOS atau
Android. Lumia mungkin tidak mempunyai kekuatan otot pesaing-pesaingnya
tetapi apa ia kurang dalam jabatan perkakasan ia diimbang dengan
perisiannya.
Nokia mengambil masa lapan bulan untuk mengemukakan telefon Windows tersendiri. Dalam tempoh itu, mereka telah menghasilkan dua telefon menarik dengan sejumlah fungsi yang akan meningkatkan pengalaman pengguna. Jika pengiraan saya betul, Lumia 800 akan diletakkan pada harga sekitar RM1,800 manakala Lumia 710 akan menelan belanja kira-kira RM1,200.
Pesaing-pesaingnya mesti telah sedar sekarang bahawa Nokia telah meletakkan Windows Phone OS pada peta. Dan dengan khabar-khabar angin model akan datang (Lumia 900) dan OS mengemaskinikan (Apollo dan Windows 8) tersebar di sekeliling Jaringan Sejagat, ia pasti akan mewarnai pasaran telefon pintar.
Nokia mengambil masa lapan bulan untuk mengemukakan telefon Windows tersendiri. Dalam tempoh itu, mereka telah menghasilkan dua telefon menarik dengan sejumlah fungsi yang akan meningkatkan pengalaman pengguna. Jika pengiraan saya betul, Lumia 800 akan diletakkan pada harga sekitar RM1,800 manakala Lumia 710 akan menelan belanja kira-kira RM1,200.
Pesaing-pesaingnya mesti telah sedar sekarang bahawa Nokia telah meletakkan Windows Phone OS pada peta. Dan dengan khabar-khabar angin model akan datang (Lumia 900) dan OS mengemaskinikan (Apollo dan Windows 8) tersebar di sekeliling Jaringan Sejagat, ia pasti akan mewarnai pasaran telefon pintar.
Betol-betol TAK Hangat! Masterchef Malaysia yang sangat berterabur!
Oleh Kaki Wayang on
Aku ni merupakan salah seorang lelaki yang sangat suka memasak..setiap rancangan realiti tv mengenai masakan atau apa jua yang mengenengahkan resepi-resipi masakan, aku memang suka sangat nak tengok..dan pada kali ini buat pertama kalinya MasterChef Malaysia diadakan..Pertamanya setinggi-tinggi
tahniah atas penganjuran buat julung kalinya MasterChef Malaysia yakni
menampilkan chef-chef terkenal Malaysia (terkenal keww)..tapi rasanya macam
kebanyakannya orang kampong je..berbanding dengan masterchef luar Negara yang
kelihatannya gempak dan lebih tersusun akan jalan ceritanya dan tentatifnya..
Minggu lepas episode pertama
telah berlangsung dengan jayanya walaupun pada aku sangat tak berjaya..dengan
pelbagai iklan mengenai pertandingan itu menampakkan ianya begitu
eksklusif..namun tanggapan itu sebenarnya meleset sama sekali..para peserta kelihatannya
seperti budak kampong yang sangat kampung..even orang kampung pun tak macam
tu..
Bila ditemubual..kelihatannya
sangat static..macam dirancang akan patah perkataan setiap peserta..peserta
melayu pula bila ditemubual kelihatan tergagap-gagap..yang boleh cakap Bahasa
Inggeris pun begitu juga..akhirnya keluarlah perkataan Manglish nyer
itew..sangat tak sesuai occay..mana yang Grammar berterabur tu tak kisahlah..tapi yang tergagap-gagap macam baru nak belajar cara bercakap tu memang aku tak leh blah..
Para juri pula kelihatan sangat
tegas mengalahkan juri-juri masterchef luar negara..sebelum terlupa..dalam episode
ini boleh lah digambarkan sebagai episode yang sangat berterabur dan bermandi
darah..asyik-asyik para peserta terpotong jarilaaa..tak kurang pula yang
menangis sebab potong bawang..aiyooo..sangat tak professional occay..
Harapan pada minggu kedua akan
lebih hebat dan segala kelemahan akan diperbaiki..bukan menambah kelemahan itu
menjadi suatu keburukan yang memburukkan chef-chef Malaysia..