PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Komen Sebahagian Pemenang ASK 2011!

Oleh Kaki Wayang on

Komen Sebahagian Pemenang ASK 2011 
Segala persoalan siapakah pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2011(ASK2011), sudah pun terjawab dan majlis anugerah berprestij yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi telahpun berakhir dengan meriah. Selepas lebih sedekad, ASK 2011 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya. Ikuti apa kata para pemenang pada malam gemerlapan yang telah dihoskan Ally Iskandar dan Rozita Che Wan serta disiarkan secara langsung di TV3.

Sabri Yunos - Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik, Drama Terbaik, Videografi Terbaik (Sanggul Beracun)

"Saya sama sekali tidak menjangkakan kemenangan sebesar ini. Mana taknya, ini percubaan pertama saya menulis skrip dan mengarah drama tetapi sudah membuahkan hasil yang cukup membanggakan. "Bagi saya, sudah tercalon pun sudah cukup dan apa yang saya harapkan sangat pada malam ini, supaya Erra Fazira menang sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama. Tapi agak kecewa kerana dia gagal. Bagaimanapun di mata saya, dia adalah yang terbaik untuk drama ini".

Nadiya Nisaa - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Cun)

"Saya akui kejayaan ini sangat berbaloi kerana watak yang saya bawakan dalam Cun adalah sangat mencabar. Lagipun sebelum ni abang Osman Ali (pengarah filem Cun) sendiri ada memuji lakonan saya. "Jadi bertitik tolak dengan anugerah ini saya harap saya dapat mengisi lagi banyak karya-karya terbaik pengarah dan pernerbit yang ada".

Siti Shahrizah a.k.a Eja - Pelakon Wanita Terbaik Filem (Janin)

"Syukur Alhamdulilah, akhirnya segala kesabaran dan kerja keras saya dalam dunia lakonan selama ini telah dilihat dan dapat memikat hati juri. "Yalah kalau nak ikutkan saya jarang sekali buat filem dan bila sesekali terlibat ianya sangat berbaloi.Kejayaan ini memberi lebih rasa percaya pada kebolehan diri".

Remy Ishak - Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Cun)

" Seperti biasa, saya memang tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya tak tahu apa kritirea yang dilihat oleh pihak juri sehingga mereka memilih saya sebagai pemenang anugerah ini. "Tetapi saya rasa mungkin sebab watak yang saya lakonakan dalam filem Cun berbeza. Jika sebelum ini, watak-watak yang saya bawakan lebih serius tapi dalam Cun watak saya lebih bebas dan berbetuk komedi".

Datin Paduka Umie Aida - Pelakon Wanita Terbaik Drama (Air Mata Salina)

"Sudah lama saya tidak dicalonkan dalam ASK dan Alhamdulillah kali ini saya memenangi kategori ini buat kali ketiga. "Saya sibuk dengan teater Badai Semalam sekarang ini, jadi hanya semalam baru saya rasai kehangatan anugerah ini. "Bersaing dengan Erra Fazira, saya lihat ianya sebagai satu perkara yang sihat. Kemenangan ini merupakan cabaran buat saya dalam meningkatkan lagi mutu lakonan selepas ini". katanya.

Osman Ali -Pengarah Terbaik Filem (Cun)

"Sebenarnya saya mengharapkan pelakon-pelakon saya memenangi anugerah yang dipertandingkan. Mereka telah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam filem ini. " Syukur untuk kemenangan saya kali ini dan ini juga merupakan anugerah paling besar pernah saya terima berbanding sebelumnya".

Syamsul Yusuf - Anugerah Yasmin Ahmad

"Saya terkejut dan tidak sangka saya akan diberi anugerah khas ini. Sudah tentu anugerah ini berbeza kerana ia berbentuk peribadi. "Terima kasih pada semua yang tidak henti-henti menyokong saya selama ini. Biarpun saya selalu sahaja rasa rendah diri dengan hasil kerja saya, namun mereka-mereka itulah yang banyak memberi saya semagat untuk terus berkarya".
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Komen Sebahagian Pemenang ASK 2011!

Betol-betol Hangat! Sanggul Beracun menang besar!

Oleh Kaki Wayang on

Sabri Yunos Terkilan Kenapa Tak Mengarah Dari Dulu 
 
Meskipun baru pertama kali mengarahkan drama, namun percubaan pelawak dan pengarah, Sabri Yunos telah membuahkan hasil sangat besar apabila dramanya, Sanggul Beracun menggondol empat anugerah di Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Drama yang mempertaruhkan Erra Fazira sebagai pelakon utama itu telah membolot empat anugerah iaitu kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik serta Videografi Terbaik. Tidak menjangkakan kemenangan buat drama pertama arahannya itu, Sabri Yunos berkata dia sepatutnya sudah lama mencungkil bakatanya dalam dunia pengarahan daripada hanya berlakon sejak dulu lagi.

"Alhamadulilah, ini satu kemenangan yang sangat besar sepanjang perjalanan karjaya saya. Siapa boleh jangka percubaan pertama boleh berjaya merangkul banyak anugerah di acara berprestij seperti ini. "Terus-terang, saya mula terfikir yang saya sepatutnya sudah mengarah sejak dari dahulu lagi. Namun saya tidak terfikir saya sudah terlambat walaupun saya kini sudah berusia 50 tahun," katanya yang juga merupakan penulis skrip pada drama Sanggul Beracun.

Sabri Yunos mengakui, bahawa dia punyai minat yang mendalam terhadap bidang penulisan skrip dan pengarahan sejak dari dulu lagi, bagaimanapun minatnya itu tergendala kerana kurang berkeyakinan dan tidak pernah diberi peluang.

"Sebelum ini saya banyak berada di hadapan skrin sebagai pelakon. Jadi saya fikir, orang sukar untuk melihat kebolehan saya dalam bidang belakang tabir seperti menulis skrip atau mengarah. "Memang saya pernah cuba mengarah sebelum ini, tapi hanya untuk drama komedi dan skrip kecil. Berbeza dengan drama ini, saya pada mulanya hanya mahu menyerahkan skrip ini pada pihak produksi (Balang Rimbun Sdn Bhd) dan tidak berniat untuk mengarahkannya.

"Tetapi bila dipaksa dan dinasihatkan oleh pihak produksi untuk mengarahkannya. Saya sahut cabaran itu dan inilah hasilnya," katanya yang ditemui pada sidang media ASK2011, di sini malam tadi.

Walaubagaimanapun, Sabri agak kecewa atas kekalahan Erra Fazira yang tewas dengan pelakon Datin Paduka Umie Aida (Air Mata Salina) untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama.

"Saya memang harapkan dia sahaja untuk menang mewakili drama ini. Tapi malangnya dia tidak berjaya. Nak buat macam mana, mungkin bukan rezekinya. Tapi secara peribadi Erra telah menang dari sudut pandangan saya.

"Jika dilihat daripada watak Erra dalam telefilem ini, ternyata ianya berbeza daripada apa yang pernah dia bawakan. Tak kiralah dalam filem ataupun drama. Dia berjaya memberikan apa yang saya mahukan. Dia sangat komited pada kerjanya. Dia seorang yang sangat bagus," tambahnya lagi.

Drama Sanggul Beracun memenangi kategori Drama Terbaik ASK2011 sekaligus menewaskan drama lain seperti Air Mata Salina, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Iqra.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Sanggul Beracun menang besar!

Betol-betol Kreatif! Pamplet seakan-akan Facebook!

Oleh Kaki Wayang on

Sebagai seorang designer yang tak retis macam Yazid Yahya dan Mohd Khairi..so, ini jela yang mampu aku lakukan sebagai salah satu usaha aku untuk meningkatkan mutu design PAMPLET kat Politeknik Muadzam Shah ini..kalau tak..asyik-asyik "itu" jela design yang digunakan..tak macam designer Jabatan Pengajian Am..Hencheck Yazid Yahya yang sangat komited dan kreatif..blogger retis lah katakan..semua design dia hebat-hebat dan mendapat pujian ramai..design aku sape lah yang nak puji..dah lah berlatar belakangkan FACEBOOK pula..asyik-asyik kene BAN je..

Meh kita tengok kreatif tak aku manipulasikan design Facebook masuk ke dalam design pamplet aku ni..inilah dia kehebatan Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop..leh wat macam-macam..korang pun nanti kalau ditugaskan nak buat pamplet untuk perhimpunan bulanan organisasi ke..lehlaa wat pamplet macam ni kan?..Untuk pengetahuan semua pamplet ini digunakan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Politeknik Muadzam Shah sesi Oktober 2011..

Bahagian Depan PAMPLET

Bahagian Dalam PAMPLET 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kreatif! Pamplet seakan-akan Facebook!

Betol-betol Sengal! Isteri jual gambar bogel diri sendiri!

Oleh Kaki Wayang on

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel. 

Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit. Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Isteri jual gambar bogel diri sendiri!

Betol-betol Syaitan! Pensyarah rogol pelajar!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang pelajar perempuan kolej swasta diheret dari sebuah tempat letak kereta di Sentul di sini, sebelum dirogol pensyarahnya sendiri, pagi kelmarin. Sebelum kejadian, pensyarah berusia lingkungan 40-an berkenaan memperdaya mangsa berjumpa di pejabatnya di sebuah kolej swasta di ibu kota dengan alasan berbincang mengenai pelajaran, jam 9 pagi.

Sebaik mangsa tiba di biliknya, lelaki terbabit mengugut akan menggagalkan pelajar itu dalam peperiksaan pada setiap semester jika enggan keluar bersarapan dengannya.

Sumber polis berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan berkenaan terpaksa akur, namun sebaik masuk ke dalam kereta, pensyarah itu membawa pelajar itu ke rumahnya di Sentul. “Ketika dalam perjalanan, telefon bimbit mangsa dirampas dan sejurus tiba di kawasan letak kereta di kediamannya, pensyarah itu mengheret mangsa hingga ke rumahnya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa dipukul dan dua tangannya diikat. Baju mangsa dikoyak sebelum dia dirogol pensyarah itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum meninggalkan pelajar itu bersendirian, pensyarah berkenaan membasahkan pakaian mangsa dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri.

“Biarpun pakaiannya basah, mangsa tetap memakai semula pakaiannya sebelum cuba meloloskan diri namun gagal disebabkan pintu berkunci. “Lelaki itu mengugut membunuh mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit menghantar mangsa ke stesen transit aliran ringan (LRT) di Jalan Tun Razak, di sini, sebelum sekali lagi mengugut membunuh mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada orang lain. Katanya, mangsa menghubungi kakaknya sebelum menceritakan kejadian berkenaan.

Mangsa yang ditemani kakaknya membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Ini kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu membabitkan pensyarah melakukan jenayah seksual terhadap penuntut wanita masing-masing.

Pada 29 0ktober lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia lingkungan 50-an yang mencabul pelajar perempuan di bilik universiti berkenaan.

Pensyarah terbabit didakwa memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan.

Kredit: Harian Metro

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Syaitan! Pensyarah rogol pelajar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...