
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Pelajar Sentap! Ciri-ciri Pelajar Malas!
Oleh Kaki Wayang on

1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.
2. Tidak bermotivasi.
3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak
dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak
bermoral
15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit
demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan
wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran
mereka.
22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal
Edisi Pelajar! 21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan (UPSR/PMR/SPM)
Oleh Kaki Wayang on

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah
mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut
tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah
belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia
peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa bertanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).
Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.
Ehsan: TipsBelajar
Edisi Pelajar PMR! Tips Ulangkaji: Reflexive And Emphatic Pronouns!
Oleh Kaki Wayang on
Tips PENTING
REFLEXIVE AND EMPHATIC PRONOUNS | |||
• | Reflexive pronouns are used to point back to the person who did the action. | ||
Example: He hurt himself while fixing the pipes. | |||
• | Emphatic pronouns are used to emphasize a noun or pronoun. | ||
Example: We cooked the food ourselves. | |||
She herself broke the vase. | |||
• | Reflexive and emphatic pronouns can be used to show the following: | ||
(a) | gender | ||
masculine - himself | |||
feminine - herself | |||
neuter - itself | |||
(b) | person | ||
First - myself | |||
Second - yourselves, yourself | |||
Third - himself, herself, itself, themselves | |||
Example: The students enjoyed themselves at the party. (Reflexive) | |||
The students themselves decorated the class. (Emphatic) | |||
(c) | number | ||
Singular - myself, yourself, himself, herself, itself | |||
Plural - ourselves, yourselves, themselves | |||
Example: They taught themselves Cantonese. (Reflexive) | |||
You yourself were so careless in the examination. (Emphatic) |
1. | All the students went to the stadium by ourselves. (Wrong) | ||
All the students went to the stadium by themselves. (Correct) | |||
2. | She paid for the drink himself. (Wrong ) | ||
She paid for the drink herself. (Correct) |
Edisi Pelajar SPM! Tips Ulangkaji: Present Perfect Continuous Tense!
Oleh Kaki Wayang on

Tips PENTING
Present Perfect Continuous Tense
This tense is usually a connection with the present or now. There are basically 2 uses for the Present Perfect Continuous Tense.
When to Use:
- Present Perfect Continuous is used to talk about an action
that started in the past and stopped recently. There is usually a result
now.
Examples:- I am tired because I have been running.
- Why is the grass wet? Has it been raining?
- You don’t understand at because you have not been listening to the teacher.
-
Present Perfect Continuous is used to talk about an action that
started in the past and is continuing now. This is often used with for or since.
Examples:
- I have been reading for 3 hours. (I am still reading now.)
- How long have you been learning English? (You are still studying now.)
- She has not been smoking. (And she is not smoking now.)
FOR and SINCE with PRESENT PERFECT CONTINUOUS TENSE
For and since are often used with the Present Perfect Tense, too.
- For is used to talk about a period of time.
- 5 minutes, 7 weeks, 10 years - Since is used to talk about a point in past time.
- 8 o’clock, 20th January, Tuesday
Examples:
- I have not been feeling well for 2 weeks.
- She has not been visiting us since February.
- My sister has been watching TV since 5 o’clock in the evening.
- Daddy and mummy have been talking for 3 hours.
Kesalahan BAHASA
- Sherry has not been visited us since February (Wrong)
Sherry has not been visiting us since February. (Correct) - They have been talking since 3 hours. (Wrong)
They have been talking for 3 hours. (Correct)
Edisi Pelajar! Tips Ulangkaji Pelajaran!
Oleh Kaki Wayang on

- Baca Nota yang telah anda ambil dalam tempoh 2 atau 3 jam selepas kelas. Otak manusia akan mudah lupa untuk beberapa perkara penting yang dipelajari.
- Cuba tafsirkan nota yang telah anda catat didalam kelas dengan bantuan rakan secara perbincangan secara santai selepas kelas.
- Cuba prafrasa yang telah diterangkan oleh pensyarah atau ayat di dalam buku teks dengan menggunakan ayat anda sendiri atau ayat yang lebih untuk anda fahami.
- Sekiranya keliru dengan nota yang di ambil, kemaskini nota tersebut dengan berjumpa semula pensyarah yang mengajar dan bincang semula.
- Cuba anda rangka semula semua nota yang telah diambil dengan penerangan pensyarah dalam bentuk yang lebih mudah seperti peta minda yang tersusun. Jangan terlalu detail, cukup sekadar perkara-perkara penting.
- Senaraikan kata-kata kunci atau perkara-perakara penting yang telah diberi penekanan oleh pensyara di dalam kelas.
- Cuba cipta 3 soalan yang mungkin ditanya untuk setiap sesi syarahan.
- Jawab soalan yang telah anda cipta dengan sempurna tanpa merujuk nota.
- Wujudkan satu lagi buku nota tambahan untuk sekadar ringkasan nota yang telah diambil. Bermaksud, nota kecil yang boleh dibawa kemana-mana, tidak terlalu padat dan terlalu ringkas. Sekiranya tidak, faham perlu dirujuk semula buku nota utama.
- Sentiasa mencari maklumat bagaimana kaedah mengambil nota yang berkesan melalui pembacaan buku, melayari internet dan menghadiri seminar-seminar/kursus. Pelajar boleh juga belajar sendiri daripada pensyarah yang rapat atau pelajar-pelajar senior lain yang cemerlang. Tetapi diingatkan, anda tidak perlu untuk meniru kaedah orang lain mungkin boleh mengubahsuai kaedah orang untuk kesesuaian diri.