PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sentap! Malaysia gagal mara separuh akhir hoki Cabaran Juara-Juara 1!

Oleh Kaki Wayang on

SKUAD hoki negara hanya perlu menyalahkan diri gagal mengaut peluang apabila tewas kepada India 5-4 dalam saingan suku akhir Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi.

Tidak dinafikan ada komitmen tinggi ditunjukkan anak didik Tai Beng Hai ketika bangkit mendahului 4-2 tapi lawan juga hebat apabila gah meledakkan dua gol pada lewat babak permainan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

India pimpinan Michael Nobbs kini akan membuat perhitungan dengan pemenang satu lagi saingan suku akhir membabitkan Jepun-Afrika Selatan manakala Belgium akan menentang Argentina dalam perebutan tiket ke final. 

Jaringan padang Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-33 jelas membangkitkan semangat rakan sepasukan untuk terus berjuang selepas India mendahului 2-0 pada babak pertama dan rentak Malaysia bertambah garang dengan dua jaringan padang menerusi Azlan Misron pada minit ke-42 disusuli Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit ke-46) sebelum Azlan melunaskan gol kedua peribadinya (minit ke-46).

Namun, usaha itu gagal buat mematahkan semangat India merapatkan jurang apabila pantas membalas dengan dua jaringan menerusi Yuvraj Walmiki, minit ke-64 dan Sunil Sowmarpet Vitalacharya minit ke-67 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Raghunath Vokkaliga Ramachandra jelas muncul wira lawan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti ketika perlawanan berbaki kurang seminit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Skuad negara sebelum ini tewas di peringkat Kumpulan B kepada Kanada (1-3), Argentina (2-5) serta seri ke atas Jepun (2-2) manakala India mencatat dua kemenangan di peringkat kumpulan menewaskan Afrika Selatan (7-4), Poland (7-0) dan seri dengan Belgium (3-3).

Keputusan Suku Akhir

Belgium 4 Kanada 0
Argentina 5 Poland 1
India 5 Malaysia 4

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sentap! Malaysia gagal mara separuh akhir hoki Cabaran Juara-Juara 1!

Edisi Khas Rara Zikry! Al-Fatihah - Semoga Rohnya dicucuri Rahmat!

Oleh Kaki Wayang on

Sejauh mana kesahihannya aku tak tahu..sebagai pengikut kepada kisah Rara Zikry..aku harus sampaikan ini..baru jap tadi terbaca status kat twitter OHBULAN yang mengatakan Rara Zikry sudah meninggal dunia..mungkin Allah SWT lebih menyayangi beliau..untuk itu mari kita sedekahkan Al-Fatihah..




Sumber: Twitter OH!Bulan

LAGI CERITA MENGENAI BELIAU!!!

RARA ZIKRY 1


RARA ZIKRY 2

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Rara Zikry! Al-Fatihah - Semoga Rohnya dicucuri Rahmat!

Online Shopping!

Oleh Kaki Wayang on

Ini merupakan cubaan pertama blog ini untuk menyediakan perkhidmatan online shopping kepada pengunjung yang berminat dengan beli-belah ini..semoga ianya memberi pulangan yang lumayan kepada hidup anda nanti..

Ruangan ONLINE SHOPPING ini masih lagi dalam usaha penambahbaikan..sila kembali lagi ke sini untuk tawaran istimewa.
Sila baca selanjutnyaOnline Shopping!

Betol-betol Ngeri! Ditetak hingga bersepai otak!

Oleh Kaki Wayang on


 Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an maut dalam keadaan mengerikan dengan otaknya bersepai, manakala kedua-dua belah tangan hampir putus selepas ditetak dalam satu kejadian, lewat malam kelmarin. Kejadian sekitar jam 11.50 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berketurunan Cina sedang menonton televisyen di sebuah tokong dekat Kampung Besar, Berapit bersama dua rakannya sebelum mereka tiba- tiba didatangi empat lelaki bertopeng.
 
Rakan mangsa kemudiannya diarah beredar daripada tempat kejadian dan diminta untuk tidak masuk campur kerana ia adalah urusan antara mangsa dengan penyerang. Mangsa yang ketakutan bertindak lari menyelamatkan diri, namun, dikejar dan ditetak di bahagian kepala, tangan dan badan sebelum rebah di hadapan sebuah rumah yang terletak hanya 15 meter dari tokong berkenaan.
 
Berikutan itu, mangsa yang tinggal di Taman Serumpun, Berapit mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika ditemui di lokasi memberitahu, berdasarkan siasa-tan awal, mangsa maut akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat ditetak menggunakan senjata tajam.
 
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan gerakan memburu keempat-empat suspek giat dijalankan. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Ditetak hingga bersepai otak!

Betol-betol Tegas! China larang siar iklan semasa drama!

Oleh Kaki Wayang on

Badan pemerhati atasan penyiaran China telah mengeluarkan larangan untuk menyiarkan iklan semasa tayangan drama terhadap semua stesen televisyen di negara itu.

Kenyataan dalam laman sesawang Pentadbiran Televisyen, Radio dan Filem Negeri (SARFT) menyebut larangan tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan dan semua stesen perlu menyusun semula program serta menghentikan selingan penyiaran iklan komersial.

“Jika mana-mana stesen televisyen gagal mematuhi larangan ini, mereka akan dikenakan hukuman lebih tegas,” menurut SARFT lagi.

P/s: Kan bagus kalau ASTRO atau mana-mana syarikat penyiaran kat Malaysia ni terutamanya ASTRO mengikut langkah ini...
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Tegas! China larang siar iklan semasa drama!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...