Betol-betol Sentap! Malaysia gagal mara separuh akhir hoki Cabaran Juara-Juara 1!

Oleh Kaki Wayang on

SKUAD hoki negara hanya perlu menyalahkan diri gagal mengaut peluang apabila tewas kepada India 5-4 dalam saingan suku akhir Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi.

Tidak dinafikan ada komitmen tinggi ditunjukkan anak didik Tai Beng Hai ketika bangkit mendahului 4-2 tapi lawan juga hebat apabila gah meledakkan dua gol pada lewat babak permainan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

India pimpinan Michael Nobbs kini akan membuat perhitungan dengan pemenang satu lagi saingan suku akhir membabitkan Jepun-Afrika Selatan manakala Belgium akan menentang Argentina dalam perebutan tiket ke final. 

Jaringan padang Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-33 jelas membangkitkan semangat rakan sepasukan untuk terus berjuang selepas India mendahului 2-0 pada babak pertama dan rentak Malaysia bertambah garang dengan dua jaringan padang menerusi Azlan Misron pada minit ke-42 disusuli Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit ke-46) sebelum Azlan melunaskan gol kedua peribadinya (minit ke-46).

Namun, usaha itu gagal buat mematahkan semangat India merapatkan jurang apabila pantas membalas dengan dua jaringan menerusi Yuvraj Walmiki, minit ke-64 dan Sunil Sowmarpet Vitalacharya minit ke-67 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Raghunath Vokkaliga Ramachandra jelas muncul wira lawan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti ketika perlawanan berbaki kurang seminit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Skuad negara sebelum ini tewas di peringkat Kumpulan B kepada Kanada (1-3), Argentina (2-5) serta seri ke atas Jepun (2-2) manakala India mencatat dua kemenangan di peringkat kumpulan menewaskan Afrika Selatan (7-4), Poland (7-0) dan seri dengan Belgium (3-3).

Keputusan Suku Akhir

Belgium 4 Kanada 0
Argentina 5 Poland 1
India 5 Malaysia 4

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...