PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Jiwang! Someone Like You!
Oleh Kaki Wayang on
Kepada yang jiwang-jiwang silakanla dengar dan nyanyikan lagu ini bersama-sama yer..HD version lagi..nak download pun boleh.."SOMEONE LIKE YOU (versi suara ala-ala sedikit rock) - Kalau boipreng anda nyanyikan lagu ni untuk korang konfem korang akan cair..tapi make sure suara boipreng korang sedaplaaaaaa yer...macam mana nak download? Hehehehehe..sila tanya aku yer...
Betol-betol Sengal! Doktor ditumbuk tak beri cuti sakit!
Oleh Kaki Wayang on
Hanya kerana enggan memberi cuti sakit selama dua hari kepada
seorang wanita, seorang doktor berusia 30-an cedera di hidung dan kepala
selepas ditumbuk teman lelaki wanita berkenaan, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita terbabit yang
berusia 25 tahun datang ke klinik mangsa di Gohtong Jaya, dekat sini,
dengan ditemani teman lelakinya itu dengan alasan demam.
Sumber polis berkata, wanita itu meminta doktor mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) untuknya bagi tempoh dua hari dengan alasan tidak berdaya untuk bekerja keesokan harinya. “Bagaimanapun, doktor memberitahu dia hanya boleh memberikan sijil cuti sakit untuk hari itu saja kerana berdasarkan pemeriksaannya, mangsa sudah pulih daripada demam serta layak bekerja keesokan harinya.
“Wanita itu tidak puas hati dengan penerangan doktor berkenaan dan
segera keluar dari bilik rawatan untuk memaklumkan perkara itu kepada
teman lelakinya,” katanya.
Menurutnya, teman lelakinya yang berang terus meluru masuk semula ke bilik rawatan dan menyerang doktor berkenaan.
“Lelaki terbabit terus masuk ke bilik rawatan dan memaki hamun doktor berkenaan kerana tidak mahu memberikan cuti sakit selama dua hari kepada teman wanitanya seperti diminta.
“Doktor itu cuba menghalang daripada terus dikasari sambil
menerangkan situasi sebenar, namun namun penjelasannya tidak
diendahkan,” katanya.
Sumber itu berkata, apabila melihat keadaan sudah tidak dapat dikawal doktor berkenaan memanggil pengawal keselamatan dan mengarahkan lelaki yang menyerangnya dibawa keluar dari bilik rawatan. Namun, sebelum sempat pengawal keselamatan mengheretnya keluar lelaki itu bertindak lebih ganas dengan menumbuk muka doktor berkenaan sehingga mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di hidung dan kepalanya.
Berikutan kejadian itu, doktor membuat laporan di balai polis berhampiran dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.
Betol-betol Ngeri! Hentak sampai koma kerana RM20
Oleh Kaki Wayang on
Hanya kerana RM20, seorang warga emas kini kritikal dan tidak
sedarkan diri selepas dibelasah dengan kepala hos pam minyak dalam
kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Maluri, Cheras, dekat
sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Law Chin Hang, 70, yang
berkerja sebagai penjual surat khabar sedang menunggu lori bagi
mengambil surat khabar di stesen minyak berkenaan.
Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian sebuah motosikal
dinaiki seorang lelaki berusia 30-an muncul dan berpura-pura mahu
mengisi minyak sebelum merampas beg pinggang berisi wang tunai RM20 dan
telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.
Menurut sumber, bagaimanapun suspek berpatah semula selepas tidak berpuas hati dengan jeritan mangsa meminta pertolongan dan terus membelasah warga emas terbabit.
Menurut sumber, bagaimanapun suspek berpatah semula selepas tidak berpuas hati dengan jeritan mangsa meminta pertolongan dan terus membelasah warga emas terbabit.
“Malah, kejadian terbabit berlaku terlalu pantas menyebabkan dua pekerja yang berada di kaunter stesen minyak terbabit tergamam dan cuba membantu.
Betol-betol Ngeri! Kereta undur dihentam treler!
Oleh Kaki Wayang on
Tindakan mengundur kereta akibat terlepas susur keluar membawa padah
apabila seorang warga emas maut manakala dua lagi parah selepas
dilanggar treler membawa muatan getah di Kilometer 21 Lebuhraya
Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran persimpangan Plaza Tol
Putrajaya/Cyberjaya, tengah hari semalam.
Arthur Lawrence Pharamond, 86, yang memandu kereta Perodua Kancil
disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya akibat
kecederaan parah di kepalanya selepas dirempuh treler dengan muatan dua
buah kontena, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari.
Dua penumpang kereta berkenaan iaitu isteri Arthur, Lodi Ah Chang, 78, dan seorang wanita, Yong Shiad Ting, 36, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama manakala anak lelaki pasangan itu, Jeffrey Gilbert Pharamond, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), cedera ringan.
Ekoran kejadian itu, treler berkenaan terbalik dan dua buah kontena
dibawanya melintang di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan
teruk di laluan menghala ke Shah Alam selama beberapa jam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi berkata, Arthur yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur dipercayai memandu dari arah Seremban menghala ke Putrajaya sebelum terlepas simpang susur keluar.
Katanya, mangsa dipercayai cuba mengundurkan keretanya untuk memasuki persimpangan ke Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya.
“Ketika mengundurkan keretanya sebuah kereta berjaya mengelak kereta
yang dipandu mangsa, tetapi pemandu treler dari arah sama gagal mengelak
dan merempuh belakang kereta mangsa sehingga menyebabkan kereta itu
terseret 50 meter dari tempat kejadian, menyebabkan ia remuk.
“Rempuhan itu turut menyebabkan dua buah kontena yang dibawanya terjatuh dan melintang di tengah lebuh raya. Bagaimanapun, pemandu treler tidak cedera,” katanya.
Betol-betol Ngeri! Biar diri dimakan piranha!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang remaja dipercayai membunuh diri selepas terjun ke dalam sungai yang penuh dengan piranha, ikan yang memakan daging. Polis berkata, nelayan tempatan berusia 18 tahun itu dimakan
hidup-hidup selepas terjun dari kanunya ke dalam sungai di timur laut
Bolivia, minggu lalu.
Polis tempatan, Daniel Cayaya berkata, remaja itu dipercayai mabuk ketika itu. Kejadian berlaku di Rosario del Yata, 640 kilometer ke utara La Paz, ibu negara Bolivia.
Kejadian itu hanya diketahui semalam selepas ia dilaporkan oleh sebuah stesen radio tempatan. Menurut Cayaya, pihaknya mengesyaki suspek membunuh diri kerana dia adalah nelayan di wilayah berkenaan yang tahu mengenai Sungai Yata dan hidupan di dalam sungai itu.