PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Hangat! Download Panduan dan Syarat Permohonan Baucer Buku RM200!

Oleh Kaki Wayang on

kepada para pelajar IPT..bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah faham..anda kini sudah boleh memuat turun Garis Panduan dan Syarat Permohonan Baucer Buku RM200.00 melalui laman link di bawah..

Sedikit mengenainya:-
Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.

Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.

Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan.


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Download Panduan dan Syarat Permohonan Baucer Buku RM200!

Edisi Khas Tutorial! Bagaimana mahu menarik pembaca?

Oleh Kaki Wayang on

Sebagai orang baru dalam dunia blog..masih banyak lagi sebenarnya yang perlu aku pelajari..namun peningkatan yang begitu ketara sejak 2 hingga 3 minggu kebelakangan ini menyebabkan aku begitu berusaha keras untuk mencapai kemajuan dan kejayaan sehingga kini..


Pada suatu ketika blog ini dilabel sebagai blog yang membuat onar dalam dunia blog sehingga akaun ini di "DISABLE" kan oleh pihak google..semuanya angkara pihak ketiga yang begitu iri hati dengan peningkatan mendadak blog ini..malas nak sape oarng tu..cuma tahu siapa dia..seminit sebelum blog ini diblock..angka orang yang online adalah sebanyak 216 pada satu-satu masa..dan selepas aku membuat laporan..pihak Google meminta maaf atas segala kesilapan dan salah faham yang berlaku..

Akibatnya, pembaca dan pengunjung lari meninggalkan blog aku..dan pada satu ketika enjin carian pada ALEXA blog ini mencapai tempat pertama dalam carian..dalam google carian pula blog ini mencapai tempat kedua dalam carian..namun selepas laporang "BODOH" dari seseorang ranking itu jatuh merudum dan hilang entah kemana..ranking dalam enjin carian ALEXA dan Google meningkat disebabkan artikel ini:


Bagaimana nak dapatkan pembaca seramai itu? akan di sambung pada artikel akan datang..sila tunggu dan lihat..
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Tutorial! Bagaimana mahu menarik pembaca?

Edisi Paling Failed! Apa beza ayam ini?

Oleh Kaki Wayang on


Oklah..korang sume cuba perhatikan gambar di atas..apa yang korang dapat terjemahkan? Apa bezanya Chicken dengan Real Chicken? adakah chicken itu ayam palsu? dan adakah real chicken itu ayam sebenar? dah lah harga pun berbeza pula tu..

Sila baca selanjutnyaEdisi Paling Failed! Apa beza ayam ini?

Betol-betol Sengal! Perdaya, Suntik dadah, dilacurkan dan layan nafsu 5 lelaki!

Oleh Kaki Wayang on

Begitulah akibatnya kalau percaya sangat kat orang..dan begitu jugalah akibatnya apabila terlalu sangat nak cepat kaya..mana yang nak sangat cari duit bagi mengisi kekosongan hidup..dan begitu jugalah bagi mereka yang nak kaya cepat dengan memperdagangkan seorang wanita yang juga jirannya..

Episod hitam remaja perempuan yang dilacurkan itu bermula apabila dia ditawarkan bekerja sebagai penjual buah yang berusia 29 tahun itu bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudiannya diperdaya dengan disuntik dadah setibanya di sebuah hotel..

Mangsa dikatakan disuntik dadah sebanyak 3 kali sepanjang berada di duah buah hotel berasingan..kemudiannya dipaksa melayan 5 orang lelaki pada satu-satu masa..Namun begitu, mangsa kemudiannya dapat melarikan diri ketika dia dibawa untuk keluar bersama dengan wanita berkenaan ke pasar..remaja berkenaan mengambil kesempatan untuk melarikan diri ketika wanita berkenaan sibuk membeli barang..

Remaja itu kemudiannya menceritakan hal berkenaan kepada ibunya dan bertindak melaporkan perkara itu kepada polis..hambek kaooooooo!!!

P/s:Peringatan kepada kaum perempuan..hati-hatilah dalam memilih kawan dan kerja..jangan mudah terpedaya dengan ajakan mereka..cuba siasat dan selidiki terlebih dahulu..sebab wanita merupakan mangsa terbanyak dalam pemerdagangan manusia dan dijadikan objek-objek tempat melempiaskan nafsu ini...



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Perdaya, Suntik dadah, dilacurkan dan layan nafsu 5 lelaki!

Edisi Sentap! Mangsa asid azab!

Oleh Kaki Wayang on

REDA... Mahyuddin menunjukkan kesan simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian Ogos lalu.
“Semua yang berlaku sudah suratan takdir dan isteri sekadar menjadi penyebabnya,” kata Mahyuddin Abdullah, 47, yang menjadi mangsa simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Lanas, di sini, Ogos lalu. Akibat kejadian itu, Mahyuddin yang sebelum ini berniaga murtabak di pasar malam sekitar Kok Lanas, dekat sini, menanggung azab apabila muka dan separuh badannya melecur, manakala mata kanannya pula buta.

Difahamkan, sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II), sudah tiga pembedahan dilakukan termasuk pembedahan pemindahan kulit dan telinga, sebelum disusuli pembedahan mata kanan oleh pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.Mahyuddin berkata, kehidupannya berubah selepas kejadian berkenaan kerana selain cacat, pergerakannya terbatas sehingga terpaksa mendapatkan bantuan keluarga dalam menguruskan dirinya.

“Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap isteri walaupun terseksa menanggung derita akibat perbuatannya. Sebagai suami, saya tidak berhak membalas perbuatannya dan biarlah Tuhan mengadilinya.

“Saya juga perlu muhasabah diri untuk menjadi insan lebih baik. Dalam keadaan sekarang, hanya keluarga menjadi punca kekuatan saya untuk meneruskan hidup,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini.


Ditanya mengenai hubungan dengan isterinya, sehingga hari ini, Mahyuddin mengakui mereka masih suami isteri tetapi tidak pasti apa akan berlaku pada masa akan datang.

“Selepas kejadian itu, kami tidak pernah berjumpa dan saya hanya berkesempatan bertemu seorang anak perempuan berusia 15 tahun,” katanya yang mengakui dirinya tidak membuat sebarang laporan polis atas tindakan isterinya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Mangsa asid azab!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...