PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Kaki Wayang! Di Sebalik Penggambaran Filem KL Gangster 2!
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Sentap Mak Jemah! Video Seks Robert Pattison Kini Tersebar dalam Youtube!
Oleh Kaki Wayang on
Oklah..sebenarnya bukan dia berlakon dalam video porno..cuma filem terbarunya yang bertajuk Bel Ami akan menampilkan watak beliau yang mampu menawan semua perempuan dalam filem itu..dan semuanya akan berakhir dengan adegan ranjang kater kaooo..
So kepada peminat Robert Pattison (Pelakon filem Twilight) janganlah sentap yer..dah tajuk ni pun Sentap Mak Jemah..ngeeee..sila hayati trailer baru filem ini..
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap Mak Jemah! Video Seks Robert Pattison Kini Tersebar dalam Youtube!
Edisi Sentap Mak Jemah! Komen Jue Aziz mengenai gosip dengan Johan Asari - Video!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap Mak Jemah! Komen Jue Aziz mengenai gosip dengan Johan Asari - Video!
Edisi Sentap Mak Jemah! Iqbal Mazlan Sangkal Miliki Anak Luar Nikah!
Oleh Kaki Wayang on
Pelakon Iqbal Mazlan (Pilih Kasih musim pertama), 23, menolak sekeras-kerasnya tuduhan dia mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan dengan bekas kekasihnya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Kata Iqbal, bayi berusia 10 bulan yang diberi nama Muhammad Adam Zulkarnain itu sebenarnya anak kepada pasangan warganegara Filipina yang diberikan kepada keluarganya akibat desakan hidup.
"Saya tidak kisah dengan tuduhan orang yang memfitnah saya mempunyai anak luar nikah. Senakal-nakal diri ini, tak adalah sampai saya nak buntingkan anak orang. Lebih baik saya kahwin sahaja.
"Pada mulanya saya tak terfikir pun untuk jadikan Adam sebagai anak angkat saya tapi bila fikir masa depannya, timbul rasa kasihan sehinggalah saya terbuka hati untuk menjadikan dia anak angkat saya atas persetujuan keluarga. Dalam masa yang sama saya telah mengislamkannya. Itu lebih baik,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Walaupun memikul tanggungjawab yang berat pada usia muda, Iqbal menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu dilalui tetapi dalam masa serupa dia khuatir Adam akan kembali kepada pangkuan ibu bapanya apabila dewasa kelak. "Tak dinafikan saya agak risau tentang risiko yang bakal dihadapi nanti. Apa-apa pun, Adam akan dijaga sebaik mungkin dan apabila sudah meningkat dewasa dan sudah pandai menilai perkara baik dan buruk, saya akan beritahu tentang asal usulnya sedikit demi sedikit.
"Bagaimanapun, tanggungjawab saya sekarang ialah memastikan Adam diberi pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya sehingga dia berumur 18 tahun.
"Kemudian dia diberi pilihan sama ada ingin kekal dengan saya atau kembali kepada ibu bapanya. Apa yang akan berlaku nanti, saya serahkan kepada Allah," ujarnya.
Kesibukan Iqbal sebagai seorang pelakon dan bapa juga membuatkan masanya agak terbatas untuk memikirkan hal peribadi termasuklah tentang kekasih hati. Beritahu Iqbal, dia tahu, bukan mudah untuk berkasih sayang dengan seorang wanita lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mendapat tahu dia sudah memiliki seorang anak angkat.
Namun, pelakon ini telah meletakkan syarat, bakal teman wanita atau isterinya nanti bukan sahaja perlu menerimanya bahkan juga Adam.
"Memang sejak saya menjaga Adam, agak susah untuk saya mempunyai teman wanita. Bagaimanapun, ia bukan satu isu besar kerana saya sanggup melepaskan cinta demi Adam.
"Malah, demi anak itu juga, saya sanggup berkorban untuk tidak berkahwin selama-lamanya," tegas Iqbal.
Edisi Sentap! Anuar Zain Rela dipeluk dan dicium peminat!
Oleh Kaki Wayang on
Kisah Anuar Zain dipeluk dan dicium peminat fanatiknya bukanlah
cerita baru. Bahkan Anuar sendiri pernah mengingatkan peminatnya agar
tidak berbuat demikian. Benar, pernah satu ketika Anuar ‘rela’ diperlakukan sebegitu.
“Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih
boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas,”
katanya yang dipetik secara meluas oleh media suatu ketika dulu.
Mungkin disebabkan kenyataan itu juga, Anuar telah dikritik teruk
hingga terpaksa mengingatkan peminatnya untuk tidak berbuat demikian
setiap kali melakukan persembahan selepas itu.
“Saya akan turun ke bawah, tetapi janji jangan peluk dan cium
saya,” itu peringatan yang diungkapkan oleh Anuar untuk beberapa kali
dalam sebuah konsert di ibu negara beberapa bulan lalu.
Tetapi nampaknya ‘ketegasan’ Anuar tidak bertahan lama. Kelmarin Anuar berada di Singapura untuk promo tour album terbaru beliau. Dikatakan ramai sekali peminat Anuar telah datang untuk melihat
persembahan dan ramah mesra Meet & Greet Session bersama penyanyi
itu di Singapore Expo.
Kemudian ia diteruskan pula di City Square Hall jam 4 petang untuk sessi menandatangani autograf.
Dan ketika inilah sesi ‘cium dan peluk memeluk’ terjadi lagi.
Anuar dilihat langsung tidak mengelak atau berkata TIDAK
kepada peminat wanita yang memeluk dan menciumnya…bukan seorang pula tu!
KREDIT: MyNewsHub