PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Kaki Wayang! Filem “Prince Of The City” Lakonan Aaron Aziz, Punya Unsur 18SX!

Oleh Kaki Wayang on


Fuhhh! Tidak tahu samada mahu terkejut atau kagum ataupun kecewa, filem arahan Julian Cheah turut mempunyai unsur 18SX!

Tapi tidak keterlaluan kami katakan kerana filem ini adalah untuk pasaran antarabangsa dan tidak disasarkan kepada pasaran tempatan sahaja. Mungkin sebab itulah adanya adegan seksi pelakon wanita, Tara yang hanya memakai bikini sahaja di tepi pantai.

Filem arahan Julian Cheah ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Jehan Miskin dan juga hero pujaan ramai, Aaron Aziz. Apa yang menarik, pelakon Hollywood iaitu Michael Madsen yang popular dengan filem Donnie Brasco turut sama membintangi filem ini dan menyerikan lagi babak-babak aksi ‘Prince Of The City’.

Anda tonton sendiri trailer filem berjudul ‘Prince Of The City’ ini dan jangan mudah memberi pandangan. Pastikan tunggu sehingga filem ini ditayangkan di pawagam dahulu ya!

Kredit: OhBulan!

Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Filem “Prince Of The City” Lakonan Aaron Aziz, Punya Unsur 18SX!

Edisi Gempak! Nik Aziz nasihat Apex cepat kahwin!

Oleh Kaki Wayang on



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna. Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah. “Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam. Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu. Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com.
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Nik Aziz nasihat Apex cepat kahwin!

Edisi Nur Amalina! "Saya Cuma Tak Bertudung tapi Saya Solat"!

Oleh Kaki Wayang on


 
Pelajar Terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri hari ini meminta semua pihak khususnya blogger supaya tidak lagi menyebarkan fitnah dan mengaibkan beliau kononnya bertindak liar dengan perbuatan-perbuatan kurang bersopan. Sambil menyangkal fitnah mendakwa dirinya mengalami kejutan budaya ketika mengikuti pengajian tinggi di United Kingdom sekarang, tegas Nur Amalina: "Jangan menilai seseorang daripada pandangan luaran sahaja."

Beliau berkata demikian menerusi sidang video ‘Skype’ di kediaman ibunya, Sabariah Hassan, semalam, juga turut terkilan dengan tindakan menceroboh gambar peribadi miliknya.
Nur Amalina mengakui beliau terkilan apabila ada pihak memberi komen-komen yang melibatkan keluarganya.

"Bagi mereka (blogger) yang menyebarkan gambar-gambar tersebut diharap dapat hentikan kerana ia mengaibkan tambahan pula ia adalah gambar peribadi saya," tegasnya dalam reaksi pertama mengenai kontroversi diri beliau.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, ibunya Sabariah Hassan menyifatkan segala tuduhan liar terhadap Nur Amalina sebagai fitnah.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (UK), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah.
 
Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.  Berkongsi kisahnya, Nur Amalina juga mengakui sudah lali dengan perkara sebegitu kerana ini bukan pertama kali difitnah.

"Namun saya reda, sememangnya mulut orang kita tidak boleh tutup, tambahan pula ia adalah sesuatu yang tidak benar,” kata beliau.

Mengulas mengenai fesyen serta pakaian yang disifatkan seksi seperti yang tersebar di laman blog, Nur Amalina menyifatkan ia melampaui batas.

“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama.

“Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar,” katanya.

Jelasnya, walaupun tidak bertudung, amalan membaca al-Quran serta solat lima waktu tidak pernah dilupakan dan menegaskan ia merupakan kunci kejayaannya.

“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil.

“Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya,” katanya lagi.

Nur Amalina yang kini sedang menjalankan penyelidikan mengenai barah ovari dan payudara berkata, fitnah yang tersebar tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, apa yang berlaku ini akan saya jadikan iktibar dan tauladan untuk menjadi lebih baik.
Sila baca selanjutnyaEdisi Nur Amalina! "Saya Cuma Tak Bertudung tapi Saya Solat"!

Edisi Gempak! Bakal Isteri Khairul Fahmi Che Mat!

Oleh Kaki Wayang on

Siapa bakal isteri Khairul Fahmi Che Mat? Semua itu akan terjawab apabila pemain bolasepak kebangsaan yang lebih dikenali dengan panggilan Apek itu mengakui yang dia bersedia untuk menamatkan zaman bujan pada tahun ini..

Tanpa menyebut siapa bakal permaisuri hidupnya, penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 22, mengakui dia kini bersedia menamatkan zaman bujangnya seawal-awalnya pada tahun ini. Jika tidak berkahwin pada tahun ini, Khairul yang lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia mungkin mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan,” katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya. Khairul Fahmi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 pada 7 Januari ini ditemui selepas menerima kunci banglo daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hadiah kerajaan negeri di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor serta ibu bapa Khairul Fahmi, Che Mat Hussin, 60, dan Bidah Ibrahim, 56.

Banglo dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina syarikat Binaraya Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dihadiahkan kerajaan negeri selepas Khairul Fahmi berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010. Terdahulu, Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis berkenaan berharap Khairul Fahmi segera mendirikan rumah tangga kerana itu lebih sempurna kehidupan dan terhindar daripada perkara tidak diingini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Bakal Isteri Khairul Fahmi Che Mat!

Edisi Informasi! Tanda geng kongsi gelap!

Oleh Kaki Wayang on

KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.
Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.

PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.

PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77. 
Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.

“Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.


Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Tanda geng kongsi gelap!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...