PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Agam! Perlu ke Isteri Minta Izin Keluar Rumah!
Oleh Kaki Wayang on
Soalan:
Betulkah, setiap kali hendak keluar rumah isteri mesti meminta izin suami? Tidakkah syarat ini seperti merendahkan martabat
isteri di zaman serba moden ini?
Jawapan:
Pertama
sekali perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah Islam diubahsuai
mengikut zaman atau zaman yang diubahsuai
mengikut Islam? Jika kita beriman bahawa Islam adalah panduan
hidup dan Islam sesuai untuk semua zaman hingga Hari Akhirat, maka
zamanlah yang diubahsuai agar mengikuti petunjuk Islam.
Merujuk kepada isteri yang hendak keluar rumah, hendaklah disedari bahawa kedudukan asal seorang isteri adalah di dalam
rumah berdasarkan firman Allah: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu. [al-Ahzab 33:33] Apabila isteri hendak keluar rumah, sekali pun ke masjid, hendaklah dia meminta izin
suaminya. Rasulullah bersabda: Jika salah seorang dari isteri kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah melarangnya. [Shahih al-Bukhari, no: 4837]
Lebih lanjut, keluar rumah terbahagi kepada empat kategori.
Pertama,
keluar rumah yang sudah menjadi kebiasaan seperti isteri keluar untuk
ke pejabat atau menghantar dan
mengambil anak dari sekolah. Maka untuk kategori pertama ini,
memadai mendapat izin untuk kali yang pertama daripada suami. Keizinan
daripada suami merangkumi setiap kali isteri hendak keluar
rumah atas tujuan-tujuan tersebut.
Kedua, keluar rumah yang bukan kebiasaan, seperti menziarahi rakan. Maka hendaklah meminta izin suami
Ketiga,
keluar rumah dalam keadaan terdesak, seperti ke klinik membawa anak
yang jatuh bermain basikal. Dalam kes
terpencil seperti ini, tidak perlu mendapatkan izin suami jika
masa atau keadaan tidak mengizinkan. Namun hendaklah dikhabarkan kepada
suami apabila mendapat kelapangan.
Keempat,
keluar rumah untuk tujuan maksiat, seperti menyertai kumpulan
rakan-rakan yang dikenali suka bergossip dan
menyebarkan aib tentang orang lain. Maka tidak perlu keluar rumah,
tidak perlu minta izin suami dan tidak perlu mematuhi meski pun suami
mengizinkannya.
Edisi Al-kisah! Kisah Ali dan Fathimah!
Oleh Kaki Wayang on
Kali
ini saya ingin menyentuh tentang poligami. Bukan hukumnya mahupun
suka-duka poligami, akan tetapi
tentang sebuah hadis yang kerap digunakan sebagai hujah untuk
menolak poligami. Hadis yang saya maksudkan merujuk kepada tindakan Ali
bin Abi Thalib – semoga Allah meredahinya –
yang melamar puteri Abu Jahal sebagai isteri keduanya, dengan
memadukan Fathimah binti Muhammad, semoga Allah meredhainya juga.
Apabila hajat Ali untuk berpoligami ini sampai kepada Rasulullah, baginda melarangnya. Ini boleh dilihat
dalam hadis berikut:
al-Miswar
bin Makhramah berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Thalib pernah meminang
puteri Abu Jahal
dengan memadukan Fatimah. Lalu aku mendengar Rasulullah berkhutbah
di atas mimbar ini mengenai hal itu, yang pada waktu itu aku sudah
baligh. Baginda bersabda: “Sesungguhnya
Fatimah adalah bahagian daripadaku. Sesungguhnya aku takut terjadi fitnah pada agamanya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3110 (Kitab Fard al-Khumus, Bab berkenaan baju besi
Nabi, tongkat, pedang…)]
Edisi Agama! Nasihat kepada yang belum sedia tampil bertudung
Oleh Kaki Wayang on
SAYA wanita berumur 21 tahun. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), saya tidak lagi memakai tudung dan menunaikan solat.
Saya ingin bertaubat, tetapi akibat pengaruh rakan dan fesyen semasa
membuatkan saya tidak dapat meneruskan niat itu.
Dahulunya saya seorang yang gemar bersosial bersama teman lelaki
dan perempuan hingga lewat malam dan berpakaian seksi. Saya takut Allah
tidak mengampunkan dosa malah pernah terlanjur beberapa kali.
Saya hanya mampu menunaikan solat, tetapi tidak memakai tudung ke
tempat kerja kerana belum bersedia melakukan perubahan diri secara
mendadak.
Adakah solat saya diterima kerana tidak bertudung terutama keluar ke tempat kerja?
Adakah solat saya diterima kerana tidak bertudung terutama keluar ke tempat kerja?
Jawapan:
SOLAT tetap sah apabila ditunaikan menurut rukun dan syaratnya. Islam melihat solat lima waktu sangat penting dalam kehidupan seseorang Muslim dan Muslimah. Solat itu tiang agama. Orang Islam yang meninggalkan solat dilihat seperti meruntuhkan agama. Solat juga dapat mencegah seseorang dari melakukan perkara keji dan mungkar seperti zina dan pergaulan bebas.
Memakai tudung pula sebahagian ajaran Islam bagi mana-mana wanita Islam yang ingin keluar rumah atau bekerja. Memakai tudung dapat menutup aurat atau kecantikan seseorang yang perlu dijaga daripada bukan mahram.
Ia ibarat menjaga barang yang berharga dan ia sudah tentu dijaga rapi. Dengan sebab itu saudari dinasihatkan berubah demi menjaga maruah dan kecantikan diri.
Janganlah kata-kata teman dan rasa malu atau ego menghalang kita daripada menjalankan suruhan Allah. Kita hendaklah belajar untuk tunduk kepada perintah-Nya.
Seterusnya, kita perlu berubah daripada sifat dan perbuatan yang tidak baik kepada yang baik dan mulia. Sememang ia sangat sukar, tetapi membawa kebaikan untuk diri sendiri.
Pergaulan dengan teman yang baik dapat mengubah diri menjadi baik. Meneruskan pergaulan dengan teman liar tidak dapat menolong melakukan perubahan diri.
Edisi Sentap! Chef selebriti mengaku mencuri kat TESCO!
Oleh Kaki Wayang on
Chef selebriti, Antony Worall Thompson semalam memohon maaf kerana
‘tindakan bodoh dan tidak bertanggungjawab’ yang mengecewakan
keluarganya selepas ditangkap mencuri keju dan wain dari sebuah pasar
raya Tesco. Bintang rancangan Ready Steady Cook, berusia 60 tahun itu ditangkap
mencuri lima kali dalam masa 16 hari di pasar raya berkenaan di
Henley-on-Thames, Oxfordshire.
Worrall Thompson berkata, dia ‘kecewa’ dan akan berusaha mendapatkan rawatan yang amat diperlukannya ekoran perbuatannya itu.
Dia juga secara terbuka memohon maaf kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan itu. Perbuatan Worrall Thompson dirakam kamera dalam pasar raya itu.
Dia juga secara terbuka memohon maaf kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan itu. Perbuatan Worrall Thompson dirakam kamera dalam pasar raya itu.
Dia gagal mengimbas kod bar beberapa barangan dan memasukkannya ke dalam beg sebelum cuba keluar dari pasar raya berkenaan. Pasukan keselamatan kemudian menahan bapa empat anak itu dan memeriksa begnya sebelum memanggil polis.
“Saya memohon maaf kerana perbuatan bodoh dan tidak bertanggungjawab saya baru-baru ini. “Saya sudah pasti kecewa kerana memalukan keluarga dan rakan. Saya akan mendapatkan rawatan yang amat saya perlukan. “Saya bukan orang pertama dan sudah pasti bukan orang yang terakhir yang melakukan perbuatan seperti itu.
“Sudah tentu saya juga memohon maaf secara ikhlas kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan Henley. “Ramai di kalangan mereka yang saya kenal sejak beberapa tahun lalu kerana saya sudah mempunyai hubungan kerja dengan pasar raya itu sejak sekian lama. “Sekali lagi saya memohon maaf dan berharap akan mengubah tabiat buruk saya pada masa depan,” kata Worall Thompson.
Satu sumber berkata: “Dia memesan keju di kaunter, mengambil beberapa botol wain, kemudian meletakkan beberapa barang di mesin pengimbas sebelum berjalan dengan beberapa barangan lain.”
Bekas bintang siri ‘I'm A Celebrity... Get Me Out Of Here! itu ditangkap kerana disyaki mencuri dan diberi amaran.
Edisi Sentap! Gara-gara tak bayar hutang..inilah jadinya!
Oleh Kaki Wayang on
LELAKI yang terdesak mengancam mengelar tebusannya.
Seorang lelaki mengancam untuk membunuh tebusannya dalam dalam satu
kejadian yang berkait dengan kegagalan mangsa membayar hutang. Kerana kecewa, lelaki bernama Peak itu menahan tebusan terbabit dan meletakkan parang pada lehernya di pinggir Bangkok.
Peak yang menghidap sakit buah pinggang, begitu terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar rawatan atau untuk membeli ubat apabila dia melakukan tindakan drastik itu. Polis menghabiskan masa 30 minit memujuk lelaki berkenaan yang mendakwa tebusannya tidak membayar wang yang dipinjamkannya dan dia memerlukan wang itu untuk rawatan.
Selepas berjaya mententeramkannya, polis membawa Peak ke balai polis untuk mendakwanya. Tebusan itu dibebaskan tanpa mengalami kecederaan.
P/s: Sebenarnya cara ni boleh dibuat kat orang yang tak nak bayar hutang..asyik nak meminjam je..janji akhir bulan nak bayar..bila sampai masa yang dinantikan extend sebulan lagi sampailah setahun..sengal punyer orang!!!