PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! Hattan Dan Farah Asyikin Sah Bercerai Talak Satu!

Oleh Kaki Wayang on

November 2011 lalu, beberapa hari selepas perkahwinan mereka ada gossip liar mengatakan yang rumahtangga mereka kini goyah. Namun Hattan menafikan perkara tersebut dan berkata beliau ketika itu bahagia dengan perkahwinan bersama Farah Asyikin.

 
Dan, semalam segalanya terjawab apabila Hattan dan Farah Asyikin sah bercerai dengan talak satu. Pasangan ini di’sahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam. Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam. Menurut laporan, penceraian ini adalah persetujuan bersama & Hattan belum bersedia untuk berikan komen. 
 
Hattan & Farah Asyikin berkahwin selama dua bulan dan majlis perkahwinan mereka di’adakan secara tertutup pada 11 November 2011 lalu di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Hattan Dan Farah Asyikin Sah Bercerai Talak Satu!

Edisi Panas! Gambar Farah Asyikin dan Lelaki atas katil punca penceraian Hattan?

Oleh Kaki Wayang on

Oh ada gossip baru berlegar di sebalik penceraian Hattan dan ini bukan calang calang gossip. Semua orang tertanya tanya akan punca sebenar penceraian Hattan & Farah Asyikin yang perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 2 bulan.

Hattan sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa apa kenyataan kepada media namun peminat sendiri nampaknya jumpa beberapa gossip menarik.

Seorang penggiat forum hiburan terkenal, Cari kongsikan sebuah blog yang di’dakwa milik Farah Asyikin namun kini sudah di’godam oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap beliau & suami, Hattan. Dan, individu yang tidak dapat di’pastikan identiti ini telah mendedahkan beberapa masalah pasangan suami isteri yang bernikah pada November 2011 lalu. Farah Asyikin di’dakwa berhutang dalam jumlah yang banyak kepada seseorang dan penggodam itu meminta beliau untuk menggunakan suami, Hattan untuk membayar segala hutang piutang beliau.


Bukan itu sahaja, Farah Asyikin juga di’dakwa pernah mengandung hasil hubungan bersama seorang kekasih berbangsa asing ketika berada di Jakarta, Indonesia dan menggugurkan kandungan tersebut.

Jika benar apa yang di’dakwa oleh penggodam blog Farah Asyikin ini, bermakna wanita ini memang mempunyai masalah peribadi yang agak dahsyat sebelum berkahwin dengan Hattan. Hmm. 

Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Gambar Farah Asyikin dan Lelaki atas katil punca penceraian Hattan?

Edisi Sentap! Gambar Sheila Marcia Tidak Berseluar Dalam Tersebar!

Oleh Kaki Wayang on

 
 Bintang sinetron “Anugerah”, Sheila Marcia mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet. Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang perkara tersebut.

“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang gambar tersebut,” ujarnya seperti dipetik daripada Detikhot semalam.

Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan anak perempuannya itu.

“Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri.”


Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.

Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan pada April 2011.

Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Sheila Marcia Tidak Berseluar Dalam Tersebar!

Edisi Gempak! Koleksi Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


Wah satu penghormatan apabila mengetahui, mendapati dan kemudiannya membuat satu artikel berkenaan dengan Koleksi Kad Pengenalan 5 Orang Perdana Menteri Malaysia.

Kad Pengenalan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

 


Kad Pengenalan Tun Abdul Razak



Kad Pengenalan Tun Hussein Onn



Kad Pengenalan Tun Mahathir Mohamad



Kad Pengenalan Tun Abdullah Ahmad Badawi

 

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Koleksi Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia!

Edisi Hangat! SBPA disemak semula selesai isu berbangkit - PM!

Oleh Kaki Wayang on


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula. Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula. Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini. Najib juga berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.

"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.
Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lepas.

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama. Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! SBPA disemak semula selesai isu berbangkit - PM!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...