PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Keluarga! Peluk lebih nikmat!

Oleh Kaki Wayang on

 

PERKAHWINAN dan kasih sayang antara suami isteri boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan sayang sekurang-kurangnya tujuh kali sehari. 

Bukan itu sahaja, berkomunikasi dengan baik, bergurau senda dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti 'sayang', 'abang', 'manja' dan sebagainya juga dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.
Masing-masing perlu memainkan peranan untuk memupuk perasaan sayang agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan. Selain itu, tahukah anda bahawa pelukan juga boleh membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim?

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Kajian mendapati pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual. Ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan.

Begitupun, biasanya suami menganggap pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual. Sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual. Menurut Doktor Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, Dr. Zubaidi Ahmad, para suami tidak perlu rasa 'kelam kabut' sekiranya tidak bersedia bila isteri minta dipeluk.

Ini kerana jelas beliau, bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal dan ada kalanya merimaskan selain tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

Mencadangkan 'rawatan pelukan' 

"Sebenarnya suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.

"Ramai pakar psikologi yang mencadangkan 'rawatan pelukan' di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan seks.

"Tujuannya agar segala perasaan negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri. Jadi, pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri. Ia akan merapatkan lagi hubungan suami isteri," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya, pelukan bukan bermakna mukadimah pada hubungan seks antara suami dan isteri. Ia juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri.

Mengulas lanjut, Dr. Zubaidi berkata, pelukan adalah satu sentuhan fizikal yang erat dilakukan di leher, belakang badan atau pinggang. Pelukan juga kadang kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.

Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra. Kata Dr. Zubaidi, ramai ahli psikologi kini bimbang dengan pasangan suami isteri yang jarang berpelukan.

Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti itu hanya diikat oleh 'lafaz nikah' dan hubungan fizikal dan seks saja dan bukan hubungan emosi serta perkongsian perasan. 

"Islam juga menggalakkan hubungan emosi dan dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitahu, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari dan Muslim). "Oleh yang demikian, perbanyakanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan). "Secara tidak langsung, bagi pasangan yang agak berat untuk meluahkan perkataan 'Saya sayang awak', pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya," ujarnya.

Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram. Perbuatan itu juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stres dan kerisauan.

Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah rawatan kejiwaan yang baik.  Namun apa yang lebih baik lagi bagi suami atau isteri selain memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan dalam keadaan kerisauan.


Sila baca selanjutnyaEdisi Keluarga! Peluk lebih nikmat!

Edisi Sentap! Pampasan RM23j kepada lelaki zakar pendek!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.

Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.

Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian. Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Pampasan RM23j kepada lelaki zakar pendek!

Edisi Sukan! Titik Noda Liga Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


LIGA M musim ini baru memasuki tiga perlawanan tapi gejala rasuah sudah dikesan menyelinap dalam dunia bola sepak tempatan apabila seorang pemain Perlis dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap dakwaan menjual perlawanan membabitkan pasukan negeri itu.

Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) memberitahu pemain muda berusia 20-an, ditawarkan kontrak beraksi bagi musim ini, dipanggil memberikan keterangan Sabtu lalu, selepas didakwa mempunyai maklumat mengenai perlawanan yang menyaksikan skuad Singa Utara tumpas 2-7 kepada Majlis Perbandaran (MP) Muar dalam saingan pertama Liga Perdana, Isnin lalu.

Dipercayai, setakat ini, hanya pemain itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan sekali gus menjadi pemain pertama dikaitkan dengan dakwaan rasuah untuk musim ini.

“Pemain itu kemudian dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM,” kata sumber itu yang enggan dinamakan sambil memberitahu pengurusan PFA memang tidak menafikan kemungkinan wujudnya elemen negatif itu.

Penolong Pengurus, Hamunir Hamzah bagaimanapun berkata, setakat ini pengurusan pasukan negeri tidak mempunyai cukup bukti untuk menuduh atau mengaitkan mana-mana pihak dengan kewujudan gejala negatif yang menyaksikan kekalahan ‘memalukan’ skuad Singa Utara itu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Titik Noda Liga Malaysia!

Edisi Sentap! Gereja diperbuat daripada ais dan salji di Jerman!

Oleh Kaki Wayang on

SELEPAS beberapa minggu penyediaan, orang-orang Mitterfirmiansreut, Jerman, telah membuka sebuah gereja Katolik kecil yang dibina sepenuhnya dengan menggunakan salji dan ais.



Gereja salji adalah sebahagian daripada tradisi lama dalam Mitterfirmiansreut sejak lebih 100 tahun. Upacara harks itu dilakukan sejak pihak berkuasa bandar menolak permintaan rasmi daripada pemastautin untuk membuka rumah ibadat tradisional sendiri. Oleh itu, pempetisyen membuat keputusan untuk mendirikan sebuah gereja yang hanya diperbuat dari salji dan ais.

"Ia merupakan satu tindakan provokasi. Mereka yang kuat amalam pada agama kristian dari kampung itu berkumpul dan bergotong-royong membina sebuah gereja salji kerana mereka tidak mempunyai sebuah gereja di sini," kata dekan Gereja Katolik, Kajetan Steinbeisser kepada ABC News.

Ukiran ais dilaporkan melibatkan kos lebih daripada $200,000 untuk membuatnya dan telah tertangguh selama beberapa minggu disebabkan oleh cuaca panas yang tidak menentu. Beribu-ribu pelawat dijangka melawat mini-gereja itu sebelum ia mula cair secara perlahan.


Struktur gereja yang digelar "God Igloo" telah dibuat dengan menggunakan 49.000 kaki padu salji. Ia dianggarkan berukuran kira-kira 65 kaki panjang, dan juga mempunyai sebuah menara.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gereja diperbuat daripada ais dan salji di Jerman!

Edisi Sentap! Tandas Diperbuat Daripada Berlian Bernilai $100 000

Oleh Kaki Wayang on


UNTUK mencipta peranti yang menerima najis manusia, pereka selalunya berfikir bahawa nilai estetika tidak menjadi keutamaan.

Berbeza dengan Jepun, negara itu telah mencipta tandas yang disemat dengan berlian yang bernilai lebih $ 100,000.

Ia terdiri daripada lebih daripada 72,000 kepingan berlian Swarovski yang dipotong, dimana ia telah dibuat oleh INAX dengan kerjasama tukang emas dari Austria.

Ia sedang dipamerkan untuk tontonan pengunjung di bilik pameran dipusat membeli-belah Ginza.

Jepun mengambil berat soal tandas kerana ia berkaitan isu dewa-dewa yang terdapat di dalam tandas dan bilik mandi. Kazuo Sumimiya, pengarah bilik pameran menyatakan bahawa orang Jepun percaya terdapat dewa di dalam tandas. Kerana kepercayaan itulah, menjaga kebersihan tandas dan keadaannya telah menjadi adat orang Jepun sejak lama dahulu.

Sesetengah pengunjung sangat mengagumi ciptaan itu, manakala yang lain berpendapat bahawa ia agak tidak selesa untuk digunakan.

Sumimiya menambah bahawa jika tandas dijual, harganya adalah 10 juta yen, tetapi selagi ia belum dijual, ia akan dipamerkan sehingga akhir tahun ini.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Tandas Diperbuat Daripada Berlian Bernilai $100 000
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...