PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Artis! Alif Aziz dan Anne Ngasri bercinta?

Oleh Kaki Wayang on

BARU-BARU ini penyanyi Alif Aziz memuatkan gambarnya bersama pelakon Anne Ngasri dalam laman sosial facebook dengan kata-kata: ‘Me with Ann Ngasri ;) she‘s sweet huh? :).’

Kira-kira 2,858 peminat di laman sosial tersebut suka melihat mereka malah tidak kurang yang memberi komen positif.

Namun penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang tidak memberi sebarang maklum balas dan lebih senang membiarkan para peminat berteka-teki akan status hubungannya dengan Anne.

Bagaimanapun sewaktu Hits diundang oleh Penerbit Eksekutif NS Star Sdn. Bhd., Nasreen Ngasri atau Darling untuk liputan penggambaran sitkom Antara Kita di Taman Mastiara, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini, kemesraan antara mereka dapat dilihat.

Kedua-duanya kelihatan serasi dan tidak kekok bersama biarpun penggambaran sitkom arahan Kas Roshan itu baru bermula 6 Januari lalu.

Malah berdasarkan pandangan kasar, kemesraan antara mereka bukan sekadar teman artis tapi lebih daripada itu.

“Adakah percintaan antara Nurul dan Airil berterusan hingga ke luar lokasi,” tanya Hits pada Anne yang memegang watak Nurul cuba mencungkil rahsia.

Anne, 27, yang ketika itu sedang berehat, malu-malu untuk menjawab. Sebaliknya meminta soalan itu diajukan kepada Airil yang dilakonkan oleh Alif.

Alif, 21, yang kebetulan terdengar soalan Hits itu terus keluar dan dengan gaya lelaki budiman berkata: “Saya selesa bekerjasama dengan Anne. Setakat ini dia adalah kawan artis yang paling rapat dengan saya.

“Sebelum ini saya tidak berpeluang rapat dengan rakan artis lain kerana sering berulang-alik antara Singapura dan Kuala Lumpur. Lainlah dengan Aliff Satar yang saya sudah anggap seperti keluarga.

“Selepas tamat Perkhidmatan Negara, saya mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia bagi meneruskan kerjaya seni.”

Biarpun jawapan yang diberi klise namun apa yang tersirat dalam hati tiada siapa pun yang tahu kerana watak Airil dan Nurul merupakan pasangan kekasih.

Alif nak jadi Romeo

Kata Alif, pada mulanya dia merasa kekok ketika di set penggambaran, namun atas tunjuk ajar pengarah dan rakan artis, dia dapat menyesuaikan diri dengan mudah.

“Ini merupakan pengalaman baru bagi saya kerana selama ini saya hanya menyanyi sahaja. Saya terima tawaran berlakon kerana watak Airil yang lurus bendul itu ada sedikit persamaan dengan diri saya.

“Sekarang ini saya ingin mencuba apa sahaja cabang seni bagi menguji kebolehan diri.

“Saya tidak kisah belajar daripada bawah kerana setiap bidang seni yang saya ceburi itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan saya sebagai artis,” katanya terus terang.

Menurut Alif, Antara Kita bukan sekadar menguji kebolehannya berlakon malah sitkom 13 episod itu turut memberi peluang kepada para pelakon menyanyi.

Katanya, ada beberapa lagu yang memerlukan dia berduet dengan Anne kerana ia merupakan sebahagian daripada jalan cerita.

“Untuk menjiwai watak Airil saya merujuk kepada watak Joey Tribbiani lakonan Matt LeBlanc dalam sitkom Friends. Apa pun saya bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada pelakon lain.

"Selepas ini jika ada tawaran berlakon, saya inginkan watak lelaki romeo persis lakonan Farid Kamil dalam filem Lagenda Budak Setan,” katanya.

Biarpun sudah memulakan langkah sebagai pelakon, namun dia tetap mengutamakan kerjaya sebagai penyanyi dan sekarang sedang membuat persiapan untuk menghasilkan album ketiga.

Untuk album ketiga yang dijangka berada di pasaran Mac ini, Alif masih mengekalkan khidmat komposer Panji Sakti yang menghasilkan lagu Kalau Cinta, duetnya bersama Joanna serta lagu ciptaan Zimie Sofarz.

Sila baca selanjutnyaEdisi Artis! Alif Aziz dan Anne Ngasri bercinta?

Edisi Agam! Perbalahan Kaab dan Huyyay!

Oleh Kaki Wayang on

SEBAGAI pemimpin kepada kaumnya, Kaab bin Asad telah mengumpulkan semua anak buah dalam satu perjumpaan yang besar. Ia turut dihadiri ketua Kaum Yahudi Bani Nadhir yang terbuang dari Madinah, Huyyay bin Akhtab. 

Dalam suasana yang amat tegang kerana dikepung oleh tentera Islam, Kaab mengajak kaumnya sama-sama mencari jalan keluar daripada kemelut yang mereka hadapi itu.

Dia sendiri turut mengemukakan beberapa cadangan dengan harapan ia akan diterima oleh kaumnya.

"Wahai seluruh kaum Bani Quraizah, kita sebelum ini sudah mengikat perjanjian damai dengan Muhammad dan selama itu keselamatan kita benar-benar terjamin tanpa sebarang gangguan selagi kita patuh dengan perjanjian itu. 

"Tetapi kita sendiri akhirnya yang memutuskan tali perjanjian itu yang menyebabkan kita sendiri terjerat. Akibatnya seperti yang kita tanggung hari ini. Kita dikepung, kita disekat, kita dihalang, kita tidak lagi bebas. Nyawa kita semua bagaikan telur dihujung tanduk. Bila-bila masa sahaja lagi akan melayang atas kebodohan kita sendiri," katanya. 

Kaumnya yang hadir hanya terdiam mendengarkan kata-kata ketua mereka itu dan mengakui dan menelan dengan pahit kebenaran akibat melanggar perjanjian tersebut. 

"Kerana itu demi menyelamatkan diri dan seluruh ahli keluarga maka saya mengusulkan agar kita berdamai semula dengan Muhammad.

"Sementelah beliau seorang yang sangat baik hati, seorang pemaaf dan tidak suka berdendam dengan sesiapa," katanya.

Melihatkan seluruh yang hadir tunduk dan tidak membantah akan kata-katanya, Kaab pun berterus terang.

"Sekarang saya sedar satu-satunya jalan yang paling selamat buat kita semua ialah apabila kita menjadi pengikut Muhammad. Iaitu kita masih bangsa Yahudi tetapi kita mengaku tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengaku bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah," katanya yang mengejutkan semua yang hadir.

Namun Kaab tidak menghiraukan semua itu. Dengan bersungguh-sungguh dia mengajak kaumnya supaya menerima Islam dan tidak lagi boleh berdolak dalik soal kebenaran kerana dalam kitab Taurat (Perjanjian Lama) ada menyebut tentang Muhammad yang sememangnya nabi dan rasul yang ditunggu-tunggu.

"Jika kita menerima hakikat dan kebenaran ini, pasti nyawa kita akan selamat. Begitu juga nyawa anak-anak dan isteri serta harta benda kita," jelasnya.

Melihatkan semuanya terus diam, Kaab pun meneruskan ucapannya dengan melahirkan rasa kesal kerana memutuskan perjanjian dengan Nabi Muhammad.

"Tetapi ada orang sudah memujuk rayu, menaburkan segala macam janji-janji manis dan kata-kata yang cukup memikat sehingga akhirnya saya sendiri terpedaya dan terjerat. 

"Orang itu menyebabkan kita terpaksa menanggung kesusahan ini. Orang yang saya maksudkan ada disini, dia inilah orangnya," kata Kaab sambil jarinya menuding ke arah Huyyay.

Huyyay begitu terkejut apabila dia dipersalahkan dan segera bangun membela dirinya.

"Memang benar saya yang memujuk Kaab supaya membatalkan perjanjiannya dengan Muhammad. Tetapi ia sama sekali tidak ada kepentingannya kepada saya atau tentera Ahzab tetapi kepada seluruh kaum Bani Quraizah juga. 

"Kami datang untuk membebaskan kamu semua dari kekuasaan Nabi Muhammad. Supaya kita semua dapat memerintah sendiri, kita bebas menentukan haluan nasib kita sendiri, bukan terikat dengan perjanjian yang seperti ini.

"Namun apakan daya, kami anggota tentera Ahzab kalah dan tidak dapat menawan Kota Madinah. Walaupun kalah tetapi saya tetap bersama anda kerana hendak menjaga maruah.

"Maruah bahawa kita tidak akan sesekali tunduk kepada Muhammad. Sekiranya kamu melutut dan meminta maaf kepada Muhammad maka di manakah maruah kamu semua," soal Huyyay yang begitu bijak berkata-kata. 

Mendengarkan kata-kata Huyyay itu ramai pula yang bangun menyokongnya.

Huyyay pun meneruskan kata-katanya supaya beliau mempunyai pengaruh di kalangan kaum tersebut. 

"Kitab Taurat selamanya adalah kitab kita. Milik nenek moyang kita sejak dahulu kala lagi kerana itulah kitab rujukan kita selama ini. Tetapi kenapa hanya kerana Muhammad kita perlu menukarkan kitab Taurat itu kepada kitab lain? Sanggupkah kita menukar hukum Taurat kepada hukum lain," kata Huyyay lagi. 

Akhirnya semua yang hadir menolak cadangan damai Kaab supaya mereka menjadi pengikut Muhammad atau dengan lain perkataan memeluk Islam supaya mereka tidak diperangi. 

Namun Kaab tidak berputus asa lalu terus mengemukakan cadangan yang tidak masuk akal yang dianggapnya sebagai penyelesaian terbaik.

"Tidak mengapa kalau kamu semua menolak cadangan saya sedangkan ia satu cadangan yang sangat mudah kerana yang penting kita tetap bangsa Yahudi dengan percaya tuhan yang sama dalam Islam. 

"Tetapi kalau kita hendak mengambil pendekatan untuk terus menentang Muhammad dan anggota tentera yang begitu ramai di luar sana, saya cadangkan mari kita bunuh anak-anak dan isteri kita tanpa meninggalkan seorang pun yang hidup.

"Kemudian kita keluar daripada benteng ini untuk kita berperang satu lawan satu dengan Muhammad dan seluruh anggota tenteranya sehinggalah kita semua terkorban.

"Kita tidak perlu bimbang andai kita semua akan mati kerana anak-anak isteri kita pun sudah tiada di muka bumi ini, semuanya sudah mati," kata Kaab. 

Tentu sahaja cadangan itu ditentang hebat oleh para pengikutnya. Suatu cadangan yang dianggap gila dan andainya mereka menang dan berjaya mengalahkan Nabi Muhammad tetapi seluruh keluarga sudah tiada, maka apa gunanya lagi?

Ekoran ituApabila itu Kaab mengemukakan cadangannya yang ketiga. 

"Baiklah, kebetulan hari ini adalah hari Jumaat dan malam ini merupakan malam Sabtu. Muhammad tentu menyangka bahawa kita sesekali tidak akan keluar untuk berperang melainkan kita akan beramal ibadat sempena kedatangan hari Sabtu.

"Sedangkan kita akan keluar memerangi mereka pada malam ini tanpa mereka sedari dan saya sangat yakin dengan serangan mengejut itu kita akan beroleh kemenangan," kata Kaab. 

Huyyay akhirnya bersetuju dengan cadangan Kaab untuk melakukan serangan itu kerana menyangka Nabi Muhammad dan anggota tenteranya tidak berbuat apa-apa kecuali berehat dan tidur lena ketika serangan dilakukan. 

Tetapi sudah pastinya cadangan itu ditentang hebat oleh kalangan ahli-ahli ibadat dan pendeta-pendeta Yahudi dari kaum tersebut.

"Wahai Kaab dan Huyyay, tidakkah kamu tahu bahawa hari Sabtu adalah hari kita beramal ibadat. Kita dilarang kerana pantang kita berperang mahupun keluar bekerja mencari rezeki pada hari tersebut. 

"Sekiranya kita melanggarnya, pasti kita akan ditimpa bencana. Nenek moyang kita dahulu disumpah menjadi kera kerana melanggar sumpah itu kerana keluar juga menangkap ikan di laut pada hari Sabtu," kata salah seorang pendeta Yahudi dengan begitu marah sekali.

Sila baca selanjutnyaEdisi Agam! Perbalahan Kaab dan Huyyay!

Edisi Padan Muka! Drebar Syok Layan VCD Lucah ragut 2 Nyawa!

Oleh Kaki Wayang on

REMUK...keadaan kenderaan selepas  kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam. 

Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Padan Muka! Drebar Syok Layan VCD Lucah ragut 2 Nyawa!

Edisi Pelik! Bunyi ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia!

Oleh Kaki Wayang on


Bunyi 'Aneh Dan Menakutkan Dari Langit' Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia. Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/


Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.

Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP).

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.
 
Kredit: Borneo Post & MyNewsHub
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Bunyi ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia!

Edisi Panas! Azwan GELAR Ummi Hafilda (adiknya) BETINA NERAKA!

Oleh Kaki Wayang on


Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
AZWAN ALI DITAHAN ATAS UGUTAN BUNUH DAN BAKAR UMMI HAFILDA? Secara terbuka Azwan Ali menyerang adik kandungnya sendiri di twitter… Mungkin Azwan mendapat arahan dari Azmin untuk menutup mulut Ummi yang secara lantang membidas Azmin baru-baru ini…

Tapi kalau iya pun Azwan benci kepada adiknya… agak-agak la… kenapa harus mengelar adiknya “Betina Neraka”. Betina selalunya di gunakan untuk gelaran binatang… dan tak baik mendoakan adik kandung sendiri masuk neraka… Manusia jenis apa dia ni? Dan kini mahu membunuh beliau selepas apa yang terjadi diantara mereka 2 minggu lepas. Mungkin ianya rentetan dari percakaran yang berlaku itu.
-
Bagaimanapun, esok Ummi Hafilda akan menerangkan perkara sebenar yang terjadi diantara mereka. Berikut adalah petikan dari twitter Azwan berkenaan ugutan beliau untuk membakar Ummi Hafilda. Antaranya ugutan tersebut yang dilemparkan ditwitternya berbunyi;

Slm. Jommm CEKUP si Bapok lahanat SAIFUL BUKHARI AZLAN? Kita REJAM idup idupppppppp,
Slm. Lets CEKUP juga si BETINA NERAKA Ummi, Kasi REJAM hidup-hidup! Bako mayat diaaaa




 
Kenyataan itu terang-terangan boleh disabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaaan kerana melakukan ugutan jenayah. Tidaklah diketahui sama ada Azwan benar-benar bermaksud sedemikian atau hanya buat lawak…tetapi kalau hanya nak buat lawak ternyata lawak itu sungguh kasar bunyinya. Dan sebagai orang yang ada latarbelakang undang-undang, Azwan tentu tahu apa yang maksudkan dengan kata-kata beliau itu.

Polis menahan bekas pengacara televisyen, Azwan Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali pada Jumaat lalu. Azwan yang pernah mengacarakan program Jangan Tidur Lagi dikatakan ditahan pihak polis pada hari yang sama.

Ummi Hafilda yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu. Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu. Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan. Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.
“Beliau (Azwan) dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas kita berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.
“Polis turut merampas dua buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Dalam pada itu, Ummi Hafilda dijangka mengadakan sidang akhbar esok bagi memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Azwan GELAR Ummi Hafilda (adiknya) BETINA NERAKA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...