PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Bengang! Lapan Juta Penonton Saksi Peserta Realiti Dirogol Secara ‘Live’ Di Kaca TV!
Oleh Kaki Wayang on
Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di
negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung
di dalam kaca televisyen.
Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh
pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.
Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan
kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique
sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk. Kemudian dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut.
Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar
terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.
Polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengambil keterangan
Monique berhubung kejadian itu sebelum membawanya ke hospital bagi
menjalani pemeriksaan kesihatan.
Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti
tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun
jika disabitkan dengan kesalahan.
Kredit: MyNewsHub
Edisi Sentap! Azwan Ali Kena Tindakan Gam Oleh Astro Kerana Celupar!
Oleh Kaki Wayang on
Azwan Ali ni memang tidak perlu dipersoalkan lagi mengenai
kredebilitinya sebagai seorang yang cukup leser dari sudut percakapan
dan tulisan. Banyak artikel dari blog ke laman sosial Twitter menjadi
dakyahnya untuk menggunakannya kepada sesuatu yang tidak mahu kita baca.
Akibat perbuatannya ini, pihak Astro dikhabarkan telah 'banned' nama
Azwan Ali daripada masuk kedalam rangkaian TV itu melalui satu laman
blog. Apataknya, terlalu fanatik dengan POLITIK, Tun Mahathir pon
dilaserkannya.
Ah siapa yang tidak kenal akan si Azwan Ali yang kini semakin laser tidak pernah bertempat.
Jika tidak di’kaca televisyen, beliau akan luahkan perasaan tidak puas hati beliau yang tidak pernah habis ini ke laman Twitter.
Dahulu Azwan Ali
memiliki blog dengan tulisan yang hampir tidak mampu kami baca, tetapi
selepas beberapa isu, Twitter menjadi platform rasmi beliau.
Khabar terbaru yang masih belum di’sahkan oleh pihak yang terbabit mengatakan Astro telah pun mengambil tindakan gam terhadap Azwan Ali kerana kenyataan beliau yang berbaur sinis dan celupar yang di’tujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad baru baru ini.
Bukan itu sahaja, ada berita yang kami terima mengatakan telefon bimbit Azwan Ali turut di’rampas semalam kerana di’tuduh mengugut seseorang yang sering terlibat dengan kontroversi politik beliau.
Hmm. Hairan juga kami sebenarnya orang berpelajaran seperti Azwan Ali boleh menggunakan cara komunikasi seperti orang yang tidak belajar sivik. Bukan perkara baru, tetapi masih hairan.
VIA: Rotikaya dan Izyan
VIA: Rotikaya dan Izyan
Edisi Artis! Wawa Zainal Kekasih Baru Shaheizy Sam!
Oleh Kaki Wayang on
SELEPAS Yana Shamsuddin, Bintang Paling Popular 2010, Anugerah Bintang
Popular Berita Harian (ABPBH), Shaheizy Sam dikatakan mempunyai hubungan
istimewa dengan bakat baru, Wawa Zainal, pula.
Gara-gara bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama, MIG Talent Management, tidak semena-mena mereka dikaitkan. Sam yang sedang dalam perjalanan menjayakan sebuah sesi fotografi bersama sebuah penerbitan, bagaimanapun tidak melatah dengan khabar angin itu saat dihubungi.

“Walaupun kami tidak lagi mempunyai hubungan istimewa, tetapi dia masih baik dengan keluarga Sam. Begitu juga dengan Sam dengan keluarganya, cuma kami tidak berpeluang untuk berjumpa kerana masing-masing sibuk.
“Kalau nak dibandingkan antara Wawa Zainal dengan Yana Shamsuddin, Sam lebih rapat dengan Yana. Sam hanya berjumpa Wawa jika ada majlis di MIG. Kalau berjumpa pun, kami setakat bersalam dan bertegur begitu-begitu saja,” katanya ketika mengulas gosip yang disiarkan dalam ruangan Dengarnya, dalam akhbar ini, semalam.
Dalam artikel berkenaan, Sam dikatakan intim bersama pelakon baru itu dan ibunya juga dikatakan memberikan restu andai hubungan itu serius.
Menurut Sam, dia menyenangi Yana kerana sikap wanita itu yang gila-gila. Bagaimanapun, keakraban mereka tidaklah membawa kepada hubungan istimewa kerana mereka tidak pernah keluar bersama.
“Sam mengaku, Yana pelakon wanita yang paling rapat dengan Sam. Dia seorang yang ‘sempoi’, tidak kontrol cantik, menyebabkan kami mudah ‘ngam’. Sikapnya yang gila-gila juga membuatkan Sam selesa dengannya,” kata Sam.
Sementara itu, Wawa Zainal yang berasal dari Lahad Datu, Sabah, lebih banyak ketawa ketika dihubungi. Dia menyifatkan gosip berkenaan sebagai melucukan kerana berasakan dirinya terlalu kerdil untuk dikaitkan dengan seorang yang berbintang besar seperti Sam.
Sama seperti Sam, kata Wawa, dia hanya bertemu Sam pada majlis anjuran syarikat pengurusan mereka. Selebihnya, sama ada berjumpa atau berhubung melalui telefon, tidak pernah sama sekali terjadi.
“Ketika membaca gosip itu, saya hanya tergelak. Bagi saya gosip itu sungguh lucu, bila masa pula saya ada hubungan dengan Sam kerana hubungan kami tidak lebih sekadar rakan artis.
“Gosip itu memang tak betul sama sekali. Dakwaan mengatakan ibunya merestui hubungan kami pun tidak benar. Saya jumpa ibunya hanya di majlis, kalau berjumpa memang saya ada bersalaman. Tapi ibu Sam tidak mengenali siapa saya.
“Siapalah saya untuk mempunyai hubungan istimewa dengan dia? Saya masih terlalu baru dalam industri ini, sedangkan dia Bintang Paling Popular. Setakat berhasrat untuk berlakon dengan Sam memanglah ada, tetapi tidaklah sampai untuk bercinta. Saya takut pula gosip sebegini akan membuatkan peminat Sam marah,” kata Wawa yang mula dikenali selepas membintangi drama bersiri Ana Lu’lu.
Edisi Artis! Alif Aziz dan Anne Ngasri bercinta?
Oleh Kaki Wayang on
BARU-BARU ini penyanyi Alif Aziz memuatkan gambarnya bersama pelakon
Anne Ngasri dalam laman sosial facebook dengan kata-kata: ‘Me with Ann
Ngasri ;) she‘s sweet huh? :).’
Kira-kira 2,858 peminat di laman sosial tersebut suka melihat mereka malah tidak kurang yang memberi komen positif.
Namun penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang tidak memberi sebarang maklum balas dan lebih senang membiarkan para peminat berteka-teki akan status hubungannya dengan Anne.
Bagaimanapun sewaktu Hits diundang oleh Penerbit Eksekutif NS Star Sdn. Bhd., Nasreen Ngasri atau Darling untuk liputan penggambaran sitkom Antara Kita di Taman Mastiara, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini, kemesraan antara mereka dapat dilihat.
Kedua-duanya kelihatan serasi dan tidak kekok bersama biarpun penggambaran sitkom arahan Kas Roshan itu baru bermula 6 Januari lalu.
Malah berdasarkan pandangan kasar, kemesraan antara mereka bukan sekadar teman artis tapi lebih daripada itu.
“Adakah percintaan antara Nurul dan Airil berterusan hingga ke luar lokasi,” tanya Hits pada Anne yang memegang watak Nurul cuba mencungkil rahsia.
Anne, 27, yang ketika itu sedang berehat, malu-malu untuk menjawab. Sebaliknya meminta soalan itu diajukan kepada Airil yang dilakonkan oleh Alif.
Alif, 21, yang kebetulan terdengar soalan Hits itu terus keluar dan dengan gaya lelaki budiman berkata: “Saya selesa bekerjasama dengan Anne. Setakat ini dia adalah kawan artis yang paling rapat dengan saya.
“Sebelum ini saya tidak berpeluang rapat dengan rakan artis lain kerana sering berulang-alik antara Singapura dan Kuala Lumpur. Lainlah dengan Aliff Satar yang saya sudah anggap seperti keluarga.
“Selepas tamat Perkhidmatan Negara, saya mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia bagi meneruskan kerjaya seni.”
Biarpun jawapan yang diberi klise namun apa yang tersirat dalam hati tiada siapa pun yang tahu kerana watak Airil dan Nurul merupakan pasangan kekasih.
Kata Alif, pada mulanya dia merasa kekok ketika di set penggambaran, namun atas tunjuk ajar pengarah dan rakan artis, dia dapat menyesuaikan diri dengan mudah.
“Ini merupakan pengalaman baru bagi saya kerana selama ini saya hanya menyanyi sahaja. Saya terima tawaran berlakon kerana watak Airil yang lurus bendul itu ada sedikit persamaan dengan diri saya.
“Sekarang ini saya ingin mencuba apa sahaja cabang seni bagi menguji kebolehan diri.
“Saya tidak kisah belajar daripada bawah kerana setiap bidang seni yang saya ceburi itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan saya sebagai artis,” katanya terus terang.
Menurut Alif, Antara Kita bukan sekadar menguji kebolehannya berlakon malah sitkom 13 episod itu turut memberi peluang kepada para pelakon menyanyi.
Katanya, ada beberapa lagu yang memerlukan dia berduet dengan Anne kerana ia merupakan sebahagian daripada jalan cerita.
“Untuk menjiwai watak Airil saya merujuk kepada watak Joey Tribbiani lakonan Matt LeBlanc dalam sitkom Friends. Apa pun saya bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada pelakon lain.
"Selepas ini jika ada tawaran berlakon, saya inginkan watak lelaki romeo persis lakonan Farid Kamil dalam filem Lagenda Budak Setan,” katanya.
Biarpun sudah memulakan langkah sebagai pelakon, namun dia tetap mengutamakan kerjaya sebagai penyanyi dan sekarang sedang membuat persiapan untuk menghasilkan album ketiga.
Untuk album ketiga yang dijangka berada di pasaran Mac ini, Alif masih mengekalkan khidmat komposer Panji Sakti yang menghasilkan lagu Kalau Cinta, duetnya bersama Joanna serta lagu ciptaan Zimie Sofarz.

Alif nak jadi Romeo

Edisi Agam! Perbalahan Kaab dan Huyyay!
Oleh Kaki Wayang on
SEBAGAI pemimpin kepada kaumnya, Kaab bin Asad telah mengumpulkan
semua anak buah dalam satu perjumpaan yang besar. Ia turut dihadiri
ketua Kaum Yahudi Bani Nadhir yang terbuang dari Madinah, Huyyay bin
Akhtab.
Dalam suasana yang amat tegang kerana dikepung oleh tentera Islam,
Kaab mengajak kaumnya sama-sama mencari jalan keluar daripada kemelut
yang mereka hadapi itu.
Dia sendiri turut mengemukakan beberapa cadangan dengan harapan ia akan diterima oleh kaumnya.
"Wahai seluruh kaum Bani Quraizah, kita sebelum ini sudah mengikat
perjanjian damai dengan Muhammad dan selama itu keselamatan kita
benar-benar terjamin tanpa sebarang gangguan selagi kita patuh dengan
perjanjian itu.
"Tetapi kita sendiri akhirnya yang memutuskan tali perjanjian itu
yang menyebabkan kita sendiri terjerat. Akibatnya seperti yang kita
tanggung hari ini. Kita dikepung, kita disekat, kita dihalang, kita
tidak lagi bebas. Nyawa kita semua bagaikan telur dihujung tanduk.
Bila-bila masa sahaja lagi akan melayang atas kebodohan kita sendiri,"
katanya.
Kaumnya yang hadir hanya terdiam mendengarkan kata-kata ketua mereka
itu dan mengakui dan menelan dengan pahit kebenaran akibat melanggar
perjanjian tersebut.
"Kerana itu demi menyelamatkan diri dan seluruh ahli keluarga maka saya mengusulkan agar kita berdamai semula dengan Muhammad.
"Sementelah beliau seorang yang sangat baik hati, seorang pemaaf dan tidak suka berdendam dengan sesiapa," katanya.
Melihatkan seluruh yang hadir tunduk dan tidak membantah akan kata-katanya, Kaab pun berterus terang.
"Sekarang saya sedar satu-satunya jalan yang paling selamat buat kita
semua ialah apabila kita menjadi pengikut Muhammad. Iaitu kita masih
bangsa Yahudi tetapi kita mengaku tidak ada Tuhan yang disembah
melainkan Allah dan mengaku bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah,"
katanya yang mengejutkan semua yang hadir.
Namun Kaab tidak menghiraukan semua itu. Dengan bersungguh-sungguh
dia mengajak kaumnya supaya menerima Islam dan tidak lagi boleh berdolak
dalik soal kebenaran kerana dalam kitab Taurat (Perjanjian Lama) ada
menyebut tentang Muhammad yang sememangnya nabi dan rasul yang
ditunggu-tunggu.
"Jika kita menerima hakikat dan kebenaran ini, pasti nyawa kita akan
selamat. Begitu juga nyawa anak-anak dan isteri serta harta benda kita,"
jelasnya.
Melihatkan semuanya terus diam, Kaab pun meneruskan ucapannya dengan
melahirkan rasa kesal kerana memutuskan perjanjian dengan Nabi Muhammad.
"Tetapi ada orang sudah memujuk rayu, menaburkan segala macam
janji-janji manis dan kata-kata yang cukup memikat sehingga akhirnya
saya sendiri terpedaya dan terjerat.
"Orang itu menyebabkan kita terpaksa menanggung kesusahan ini. Orang
yang saya maksudkan ada disini, dia inilah orangnya," kata Kaab sambil
jarinya menuding ke arah Huyyay.
Huyyay begitu terkejut apabila dia dipersalahkan dan segera bangun membela dirinya.
"Memang benar saya yang memujuk Kaab supaya membatalkan perjanjiannya
dengan Muhammad. Tetapi ia sama sekali tidak ada kepentingannya kepada
saya atau tentera Ahzab tetapi kepada seluruh kaum Bani Quraizah juga.
"Kami datang untuk membebaskan kamu semua dari kekuasaan Nabi
Muhammad. Supaya kita semua dapat memerintah sendiri, kita bebas
menentukan haluan nasib kita sendiri, bukan terikat dengan perjanjian
yang seperti ini.
"Namun apakan daya, kami anggota tentera Ahzab kalah dan tidak dapat
menawan Kota Madinah. Walaupun kalah tetapi saya tetap bersama anda
kerana hendak menjaga maruah.
"Maruah bahawa kita tidak akan sesekali tunduk kepada Muhammad.
Sekiranya kamu melutut dan meminta maaf kepada Muhammad maka di manakah
maruah kamu semua," soal Huyyay yang begitu bijak berkata-kata.
Mendengarkan kata-kata Huyyay itu ramai pula yang bangun menyokongnya.
Huyyay pun meneruskan kata-katanya supaya beliau mempunyai pengaruh di kalangan kaum tersebut.
"Kitab Taurat selamanya adalah kitab kita. Milik nenek moyang kita
sejak dahulu kala lagi kerana itulah kitab rujukan kita selama ini.
Tetapi kenapa hanya kerana Muhammad kita perlu menukarkan kitab Taurat
itu kepada kitab lain? Sanggupkah kita menukar hukum Taurat kepada hukum
lain," kata Huyyay lagi.
Akhirnya semua yang hadir menolak cadangan damai Kaab supaya mereka
menjadi pengikut Muhammad atau dengan lain perkataan memeluk Islam
supaya mereka tidak diperangi.
Namun Kaab tidak berputus asa lalu terus mengemukakan cadangan yang
tidak masuk akal yang dianggapnya sebagai penyelesaian terbaik.
"Tidak mengapa kalau kamu semua menolak cadangan saya sedangkan ia
satu cadangan yang sangat mudah kerana yang penting kita tetap bangsa
Yahudi dengan percaya tuhan yang sama dalam Islam.
"Tetapi kalau kita hendak mengambil pendekatan untuk terus menentang
Muhammad dan anggota tentera yang begitu ramai di luar sana, saya
cadangkan mari kita bunuh anak-anak dan isteri kita tanpa meninggalkan
seorang pun yang hidup.
"Kemudian kita keluar daripada benteng ini untuk kita berperang satu
lawan satu dengan Muhammad dan seluruh anggota tenteranya sehinggalah
kita semua terkorban.
"Kita tidak perlu bimbang andai kita semua akan mati kerana anak-anak
isteri kita pun sudah tiada di muka bumi ini, semuanya sudah mati,"
kata Kaab.
Tentu sahaja cadangan itu ditentang hebat oleh para pengikutnya.
Suatu cadangan yang dianggap gila dan andainya mereka menang dan berjaya
mengalahkan Nabi Muhammad tetapi seluruh keluarga sudah tiada, maka apa
gunanya lagi?
Ekoran ituApabila itu Kaab mengemukakan cadangannya yang ketiga.
"Baiklah, kebetulan hari ini adalah hari Jumaat dan malam ini
merupakan malam Sabtu. Muhammad tentu menyangka bahawa kita sesekali
tidak akan keluar untuk berperang melainkan kita akan beramal ibadat
sempena kedatangan hari Sabtu.
"Sedangkan kita akan keluar memerangi mereka pada malam ini tanpa
mereka sedari dan saya sangat yakin dengan serangan mengejut itu kita
akan beroleh kemenangan," kata Kaab.
Huyyay akhirnya bersetuju dengan cadangan Kaab untuk melakukan
serangan itu kerana menyangka Nabi Muhammad dan anggota tenteranya tidak
berbuat apa-apa kecuali berehat dan tidur lena ketika serangan
dilakukan.
Tetapi sudah pastinya cadangan itu ditentang hebat oleh kalangan ahli-ahli ibadat dan pendeta-pendeta Yahudi dari kaum tersebut.
"Wahai Kaab dan Huyyay, tidakkah kamu tahu bahawa hari Sabtu adalah
hari kita beramal ibadat. Kita dilarang kerana pantang kita berperang
mahupun keluar bekerja mencari rezeki pada hari tersebut.
"Sekiranya kita melanggarnya, pasti kita akan ditimpa bencana. Nenek
moyang kita dahulu disumpah menjadi kera kerana melanggar sumpah itu
kerana keluar juga menangkap ikan di laut pada hari Sabtu," kata salah
seorang pendeta Yahudi dengan begitu marah sekali.