Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia
membeli kondom terlebih dulu sebagai ‘persediaan’ bagi memuaskan nafsu
bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu
masih belajar di sekolah sama. Malah, dia mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port
asmara bagi menghilangkan ketagihan seks bersama teman lelakinya.
Pendedahan itu dibuat remaja terbabit apabila dia diberkas pegawai
syarak dan penduduk selepas disyaki berkhalwat di rumah keluarganya di
Kesang, Jasin, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam. Remaja itu dikatakan menjadikan rumah keluarganya sebagai port baru
melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki ketika ahli
keluarganya tiada di rumah.
Bagaimanapun, hasrat pasangan terbabit menjadikan rumah keluarga
perempuan berkenaan sebagai tempat maksiat tidak tercapai apabila
diberkas dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), untuk
siasatan dan tindakan lanjut.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan
siasatan, pihaknya mendapati pasangan berkenaan mula berkenalan dan
menjalinkan hubungan cinta ketika lelaki terbabit masih bersekolah
bersamanya.
Katanya, sepanjang perkenalan itu pasangan terbabit mula melakukan
perkara terlarang sehingga melakukan seks dengan memilih tandas awam
sebagai tempat melakukan perbuatan itu.
“Bermula dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu,
remaja perempuan terbabit terus ketagih mengadakan hubungan seks bersama
pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu. “Malah, remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom a RM3.50 di
kedai runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui
teman lelakinya itu. “Hasil hubungan pertama itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan
tandas sebagai lokasi pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja
perempuan itu,” katanya.
Rahimin berkata, serbuan dilakukan selepas pegawai syarak terbabit
menerima aduan menyatakan ada seorang lelaki dipercayai bukan muhrim
masuk ke rumah selepas penemuan sebuah motosikal yang diletakkan secara
tersorok di belakang kediaman keluarga perempuan berkenaan.
Katanya, bertindak daripada maklumat itu, pegawai syarak bersama
penduduk ke rumah berkenaan dan selepas beberapa kali memberi salam
pintu dibuka oleh remaja perempuan terbabit.
“Pemeriksaan menemui seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan dan
soal siasat dijalankan mendapati dia tidak mempunyai hubungan mahram
bersama remaja itu. “Ketika itu hanya mereka berdua berada di dalam rumah berkenaan dan ibu
bapa dan anggota keluarga lain perempuan itu pulang ke kampung,”
katanya.
Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit datang ke rumah itu sejam setengah sebelum serbuan dilakukan.