
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Hangat! Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim!
Oleh Kaki Wayang on

Wanita itu telah diciptakan oleh Allah
SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang
lelaki di muka bumi ini. Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.
Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana
kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan
melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.
Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah,
wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’.
Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara
tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib
untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik
buat dirinya.
Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60
hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti
yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan
Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan
hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah
ke akhir hujung nyawa.
Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa
sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya
dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak.
Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap
mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran
pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak
menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.
Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut
apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan
yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah
yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim
untuk menuju masuk ke syurga.
Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas
berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa
kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas
segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.
Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa
taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang
ditegah dalam syariat Islam.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk
‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak
lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang
lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT
kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara.
Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah
kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri
kapadaNya.
Edisi Sentap! Lagi Kes Daging Babi Dicampakkan Ke Masjid Pagi Ini….!
Oleh Kaki Wayang on

Dalam tempoh dua tiga hari ini sudah ada dua kes masjid kita dicemari
perbuatan manusia yang gampang dan paling celaka di muka bumi ini. Perbuatan mencampakkan daging babi ke rumah Allah adalah satu perbuatan yang cukup-cukup tidak boleh dimaafkan.
Sama ada ia perbuatan orang gila atau mereka yang sengaja nak cetuskan provokasi itu satu hal, yang penting mereka yang bertanggung jawab WAJIB diheret ke muka pengadilan!
Terbaru pagi ini, kepala babi yang dibungkus dengan plastik ditemui seorang tukang sapu di Masjid Al-Hidayah, Sentul sekitar jam 7.30 pagi.
Menurut Sinar Harian, ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid berkenaan. Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakannya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup. Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan beberapa anggota badan babi. Untuk rekod, dua tiga hari lepas, satu kepala babi juga ditemui di pintu masuk masjid. Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor.
Kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama. Penulis tak dapat menahan kemarahan bila dapat berita-berita sebegini dan penulis rasa anda juga rasa benda yang sama.
Tolonglah PDRM, jalankan siasatan dengan segera kerana umat Islam di negara ini tak sanggup lagi melihat rumah ibadat mereka dihina sebegitu saja.
Dan harus diingat, kejadian masjid dilempar babi di Rawang dan Sentul itu bukan kes pertama dilaporkan. Malangnya kita belum dengar ada mana-mana pihak yang didakwa atas perbuatan tersebut. Semoga si dajal ini akan dapat dicekup suatu hari nanti, kesabaran manusia ada hadnya…yang pasti kesabaran itu semakin diuji!
Sama ada ia perbuatan orang gila atau mereka yang sengaja nak cetuskan provokasi itu satu hal, yang penting mereka yang bertanggung jawab WAJIB diheret ke muka pengadilan!
Terbaru pagi ini, kepala babi yang dibungkus dengan plastik ditemui seorang tukang sapu di Masjid Al-Hidayah, Sentul sekitar jam 7.30 pagi.

Menurut Sinar Harian, ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid berkenaan. Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakannya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup. Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan beberapa anggota badan babi. Untuk rekod, dua tiga hari lepas, satu kepala babi juga ditemui di pintu masuk masjid. Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor.

Kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama. Penulis tak dapat menahan kemarahan bila dapat berita-berita sebegini dan penulis rasa anda juga rasa benda yang sama.

Tolonglah PDRM, jalankan siasatan dengan segera kerana umat Islam di negara ini tak sanggup lagi melihat rumah ibadat mereka dihina sebegitu saja.
Dan harus diingat, kejadian masjid dilempar babi di Rawang dan Sentul itu bukan kes pertama dilaporkan. Malangnya kita belum dengar ada mana-mana pihak yang didakwa atas perbuatan tersebut. Semoga si dajal ini akan dapat dicekup suatu hari nanti, kesabaran manusia ada hadnya…yang pasti kesabaran itu semakin diuji!
Edisi Pengajaran! Bila Alat Sulit Lelaki Menyentuh Alat Sulit Wanita!
Oleh Kaki Wayang on
Kisah
ini menceritakan seorang gadis yang sentiasa bertukar teman lelaki dan
sentiasa melakukan hubungan yang terlarang dengan setiap teman
lelakinya. Dan pada suatu hari dia telah terdengar radio dari dalam
bilik ibunya yang memperdengarkan ceramah daripada seorang ustaz yang
menyatakan“Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita
secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak
bertaubat.”
Mendengar
kata-kata ustaz tersebut, hati gadis ini begitu terkesan di dalamnya.
Dan sekali lagi dia mendengar kata-kata ustaz itu lagi yang menyatakan
bahawa “Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…” Gadis itu begitu menyesal dengan perbuatannya dan ingin bertaubat kepada ALLAH.
Setelah gadis ini bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan, satu peristiwa hitam telah terjadi kepadanya dan dia menghadapi dengan tabah. Dia di rogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sewaktu hendak pulang dari kedai ke rumah. Akhirnya dia di hantar oleh ibubapanya ke Kem Modal Insan (KEWAJA).
Edisi Sentap! Payudara Hwayoung terkeluar semasa persembahan LIVE!
Oleh Kaki Wayang on
KUMPULAN T-ara yang dianggotai
Hwayoung telah memenangi anugerah buat kali ketiga dalam program
Inkigayo, namun pada episod ke-29 program itu baru-baru ini satu
kesilapan besar telah berlaku.

Ketika melakukan persembahan secara langsung dengan mendendangkan lagu
Lovey Dovey di pentas, Hwayoung secara tidak sengaja telah mendedahkan
payudaranya ketika membuat tarian solonya.
Namun para peminatmenyalahkan pereka kostum Hwayoung kerana perkara itu terjadi disebabkan kesilapan kostum itu.

Bagaimanapun, agensi kumpulan T-ara, Core Contents Media belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.
Edisi Hangat! Alyah Sanggup Ambil Suntikan Kerana Sakit Semasa AJL26!
Oleh Kaki Wayang on
Tiada siapa tahu akan keperitan penyanyi Alyah yang menanggung
kesakitan demi menjayakan persembahannya di atas pentas Anugerah Juara
Lagu ke-26 (AJL26) pada malam Ahad lalu. Di sebalik paduan vokalnya yang mendayu serta penampilannya yang
menawan bersama busana rekaan Hatta Dolmat, Alyah berperang dengan
kesengsaraan.
Bagi memastikan persembahannya malam itu mantap tanpa
sebarang gangguan, perangkul Anugerah Persembahan Terbaik AJL26 itu
sebenarnya telah mendapatkan suntikan doktor, sehari sebelum majlis
berprestij itu berlangsung.
Semuanya gara-gara dia mengalami demam yang teruk selama
seminggu sehingga dipercayai dapat menganggu konsentrasi serta kualiti
persembahannya pada malam final berkenaan. Dihubungi semalam, Alyah berkata dia terpaksa mendapatkan suntikan
daripada pihak doktor bagi memastikan persembahannya terlaksana.
“Sudah seminggu sebenarnya Alyah demam dan kerana takut suara Alyah
tidak keluar ketika di AJL, Alyah telah meminta doktor supaya memberikan
suntikan.
“Doktor telah bersetuju. Bagaimanapun dia telah memberi tahu Alyah
bahawa suntikan itu akan memberi kesan kepada kesihatan Alyah sehari
selepas suntikan itu diberikan. Jadi mahu atau tidak, terpaksa Alyah
ambil suntikan itu juga,” jelasnya.
Ternyata memang benar.Ketika dihubungi , Alyah kedengarannya agak
sukar mengeluarkan suara, malah juga enggan menjawab sebarang panggilan
kerana mahu berehat.
“Tak mengapalah. Asalkan Alyah tidak mengecewakan peminat ketika
membuat persembahan di AJL. Biarlah Alyah tahan rasa sakit sikit ini.
InsyaAllah demam ini akan sembuh tidak lama lagi,” katanya yang sentiasa
positif.
Bercerita mengenai konsep persembahannya pada malam berkenaan,
penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor itu telah mengeluarkan duit
sakunya sendiri bagi memastikan konsep persembahan yang diimpikannya itu
terlaksana.
Menggunakan khidmat dua selebriti popular, Remy Ishak dan Along Raja
Lawak sebagai kekuatan persembahan Kisah Hati, penyanyi berusia 31 tahun
itu telah menggunakan konsep fairy tale di mana Alyah telah memegang
watak sebagai patung dari kotak muzik.
Dia telah mengeluarkan perbelanjaan melebihi wang kemenangannya
(RM10,000) bagi mendapatkan set pentas yang indah meliputi pentas ala
music box, lampu hiasan dan teknik pencahayaan yang memberangsangkan.
“Alhamdulillah, pihak TV3 banyak membantu merealisasikan impian
Alyah. Tak sanga pula, dalam keadaan kesihatan Alyah yang tidak
mengizinkan dan konsep persembahan yang ringkas itu telah berjaya
membawa kemenangan kategiri persembahan terbaik.
“Ribuan terima kasih juga Alyah ingin ucapkan dengan kehadiran Along Raja Lawak yang telah berjaya membawa watak badut.
“Malah paling Alyah tidak sangka sekali, apabila Remy Ishak telah
bersetuju untuk datang di saat akhir bagi menjayakan persembahan Alyah.
Memang satu kemenangan yang tidak di sangka,” katanya.





