Edisi Sentap! Lagi Kes Daging Babi Dicampakkan Ke Masjid Pagi Ini….!

Oleh Kaki Wayang on

Lagi Kes Daging Babi Dicampakkan Ke Masjid Pagi Ini….Kesabaran Kita Semakin Diuji!
Dalam tempoh dua tiga hari ini sudah ada dua kes masjid kita dicemari perbuatan manusia yang gampang dan paling celaka di muka bumi ini. Perbuatan mencampakkan daging babi ke rumah Allah adalah satu perbuatan yang cukup-cukup tidak boleh dimaafkan.

Sama ada ia perbuatan orang gila atau mereka yang sengaja nak cetuskan provokasi itu satu hal, yang penting mereka yang bertanggung jawab WAJIB diheret ke muka pengadilan!

Terbaru pagi ini, kepala babi yang dibungkus dengan plastik ditemui seorang tukang sapu di Masjid Al-Hidayah, Sentul sekitar jam 7.30 pagi.




Menurut Sinar Harian, ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid berkenaan. Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakannya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup. Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan beberapa anggota badan babi. Untuk rekod, dua tiga hari lepas, satu kepala babi juga ditemui di pintu masuk masjid. Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor.



Kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama. Penulis tak dapat menahan kemarahan bila dapat berita-berita sebegini dan penulis rasa anda juga rasa benda yang sama.


Lagi Babi Dicampakkan Ke Masjid Pagi Ini....Kesabaran Kita Semakin Diuji!


Tolonglah PDRM, jalankan siasatan dengan segera kerana umat Islam di negara ini tak sanggup lagi melihat rumah ibadat mereka dihina sebegitu saja.

Dan harus diingat, kejadian masjid dilempar babi di Rawang dan Sentul itu bukan kes pertama dilaporkan. Malangnya kita belum dengar ada mana-mana pihak yang didakwa atas perbuatan tersebut. Semoga si dajal ini akan dapat dicekup suatu hari nanti, kesabaran manusia ada hadnya…yang pasti kesabaran itu semakin diuji!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...