PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Informasi! Adab Sekiranya Mendapat Mimpi Baik dan Mimpi Buruk!

Oleh Kaki Wayang on

Adab sekiranya mendapat mimpi baik
  • Pertamanya, hendaklah mengucapkan Alhamdulillah dan memuji Allah SWT
  • Mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang berautoriti untuk mentafsirnya
  • Menghebahkan kepada mereka yang  menyayangi anda dan bukan yang memusuhi anda

Adab sekiranya mendapat mimpi buruk

  • Anda hendaklah mengucapkan A’udzubillah dan memohon perlindungan dari sebarang kejahatan mimpi itu
  • Hendaklah menucapkan istighfar
  • Ludah ke sebelah kiri sebanyak tiga kali. Ia bertujuan menghalau dan menghina syaitan yang datang mengacau. Ludah ke kiri ialah kerana tempat yang tidak baik dan tiga kali kerana menggambarkan kesungguhan.
  • Tukar posisi tidur. Dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Bila kita mengubah posisi bermakna kita mengubah gambaran yang terdapat dalam mimpi.
  • Bangun dan terus bersolat.
  • Jangan menghebahkan kepada orang ramai.
  • Jangan cuba menafsir sendiri mimpi itu. Rujuk kepada ahlinya

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Adab Sekiranya Mendapat Mimpi Baik dan Mimpi Buruk!

Edisi Hangat! Gambar Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on








Wah Bangganya aku bila rumah TERBALIK pertama di Malaysia terletak di Sabah..sebab aku memang berasal dari Sabah..nanti kalau balik Sabah nak try la pegi sini..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia!

Edisi Informasi! Selaput Dara dan Kesucian Wanita!

Oleh Kaki Wayang on

Ada hal menarik tentang kehidupan wanita.

Apakah itu? Iaitu tentang selaput dara.

Selaput ini merupakan selaput nipis yang dianugerahkan Allah khusus untuk perempuan. Selaput ini apabila terkoyak akibatnya mengeluarkan darah.

Biasanya, darah itu keluar akibat hubungan suami isteri sebagaimana lazimnya. Itulah sebabnya selaput ini juga dipakai sebagai lambang keperawanan perempuan.

Tetapi jangan salah anggap, memang selaput ini sangat nipis, jadi tidak semestinya selaput ini terkoyak kerana hubungan suami isteri. Boleh sahaja selaput dara ini terkoyak kerana kita jatuh tergelincir dari pokok.

Selain nipis, selaput ini juga bervariasi. Setiap perempuan memiliki selaput dara yang berbeza kekenyalan dan morfologi (bentuk).

Mungkin, kalau terlalu kenyal, seseorang perempuan selaput daranya tidak koyak seumur hidup. So, sungguh tidak adil jika seorang lelaki melihat kesucian isterinya cuma hanya dari perdarahan selaput dara.

Dan sungguh tidak adil juga kaum wanita yang berlagak memperjuangkan nasib perempuan tetapi mereka membiarkan pelacuran tumbuh subur, berganti-ganti pasangan atau kebebasan yang jahiliah lainnya. Membiarkan selaput dara itu rosak ditangan kedurjanaan dan zina.

Sungguh indah islam yang memuliakan perempuan.

Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah:

“Wanita itu dinikahi kerana empat aspek: kerana hartanya, kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh kerana itu, pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya engkau akan beruntung.”

Beginilah ISLAM menilai perempuan. Suci dan terhormat.

Bukan sekadar selembar selaput yang menjadikannya suci, bukan kecantikan yang membuatnya tinggi. Hanya agama, iaitu akhlak yang memancarkan keimanan. Luar biasa! Cuma ISLAM yang indah sebegini!
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Selaput Dara dan Kesucian Wanita!

Edisi Pelik! Rumah Terbalik Pertama di Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar. Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.


Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit. Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.

Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu. Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun. Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.


Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Rumah Terbalik Pertama di Malaysia!

Edisi Sentap! Suami Terkejut Pelacur Yang Dilanggan Isterinya Sendiri!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang lelaki hidung belang terperanjat di sebuah pelacuran kerana sang pelacur yang hendak disewa ternyata isterinya sendiri?

Seperti dikutip Reuters, lelaki tersebut benar-benar terkejut setelah membuka pintu bilik pelacuran. Bagaimana tidak, seorang wanita seksi yang tengah duduk di atas ranjang adalah isterinya sendiri.

"Saya sungguh tercengang! Saya berfikir saya sedang bermimpi," ujarnya kepada suratkhabar setempat.

Selama ini, lelaki itu tak pernah menyangka isterinya bekerja sebagai penjaja seks komersial. Sepengetahuan dia, isterinya bekerja sebagai kpekerja di salah satu kedai di pusat kota. "Isteri saya pernah minta izin kerja untuk mendapat penghasilan tambahan sebagai pekerja kedai," tuturnya.

Akibat insiden memalukan itu, pasangan yang telah 14 tahun menikah itu pun akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kini, mereka pun menjalani hidup masing-masing. Tak ada yang tahu, apakah perceraian itu menciptakan hubungan baru sebagai pelanggan dan pelayan seks?

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Suami Terkejut Pelacur Yang Dilanggan Isterinya Sendiri!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...