
Ada hal menarik tentang kehidupan wanita.
Apakah itu? Iaitu tentang selaput dara.
Selaput
ini merupakan selaput nipis yang dianugerahkan Allah khusus untuk
perempuan. Selaput ini apabila terkoyak akibatnya mengeluarkan darah.
Biasanya,
darah itu keluar akibat hubungan suami isteri sebagaimana lazimnya.
Itulah sebabnya selaput ini juga dipakai sebagai lambang keperawanan
perempuan.
Tetapi jangan salah anggap, memang selaput ini sangat
nipis, jadi tidak semestinya selaput ini terkoyak kerana hubungan suami
isteri. Boleh sahaja selaput dara ini terkoyak kerana kita jatuh
tergelincir dari pokok.
Selain nipis, selaput ini juga
bervariasi. Setiap perempuan memiliki selaput dara yang berbeza
kekenyalan dan morfologi (bentuk).
Mungkin, kalau terlalu kenyal,
seseorang perempuan selaput daranya tidak koyak seumur hidup. So,
sungguh tidak adil jika seorang lelaki melihat kesucian isterinya cuma
hanya dari perdarahan selaput dara.
Dan sungguh tidak adil juga
kaum wanita yang berlagak memperjuangkan nasib perempuan tetapi mereka
membiarkan pelacuran tumbuh subur, berganti-ganti pasangan atau
kebebasan yang jahiliah lainnya. Membiarkan selaput dara itu rosak
ditangan kedurjanaan dan zina.
Sungguh indah islam yang memuliakan perempuan.
Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah:
“Wanita
itu dinikahi kerana empat aspek: kerana hartanya, kerana
keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh kerana itu,
pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya engkau akan beruntung.”
Beginilah ISLAM menilai perempuan. Suci dan terhormat.
Bukan
sekadar selembar selaput yang menjadikannya suci, bukan kecantikan yang
membuatnya tinggi. Hanya agama, iaitu akhlak yang memancarkan keimanan.
Luar biasa! Cuma ISLAM yang indah sebegini!
Sila baca selanjutnya → Edisi Informasi! Selaput Dara dan Kesucian Wanita!