PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Siasat! Langkau giliran haji disiasat!

Oleh Kaki Wayang on

Tabung Haji sudah mengambil langkah proaktif dengan melantik profesional berkecuali bagi menyemak dan menambahbaik keseluruhan Sistem Maklumat Pengurusan Haji, kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail. 

Serentak itu, beliau menasihati bakal jemaah haji supaya tidak terpedaya dengan perkhidmatan melangkau giliran terutama sekali yang membabitkan pembayaran, dan meminta orang ramai melaporkan kepada Tabung Haji jika mendapat tawaran sedemikian. 
 
“Tabung Haji sentiasa berusaha untuk memperketatkan Sistem Maklumat Pengurusan Haji dan amat penting kepada Tabung Haji untuk mengenal pasti individu dan sindiket yang terbabit secara keseluruhan untuk memastikan pihak kami dapat melumpuhkan kegiatan tidak beretika ini.

“Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Tabung Haji sedang bekerjasama dalam mengenal pasti individu terbabit dalam sindiket berkenaan, malah SPRM kini berusaha melengkapkan siasatan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau merujuk isu membabitkan sindiket melangkau giliran menunaikan haji dalam Sistem Maklumat Pengurusan Haji seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Ismee berkata, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, mengesahkan bahawa satu siasatan sudah dijalankan oleh pihaknya berdasarkan maklumat yang diterima daripada Tabung Haji.

“SPRM juga meneliti sistem maklumat yang digunakan ketika ini. Perkara berkenaan turut disahkan oleh Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Shaharudin Khalid yang menegaskan bahawa kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.

“Ia bagi membolehkan penelitian menyeluruh ke atas sistem maklumat pengurusan haji yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, Sistem Maklumat Pengurusan Haji ketika ini memberi penekanan kepada keselamatan aras kelulusan dan capaian pengguna, proses aliran kerja dan laporan peringatan berkala.
Sila baca selanjutnyaEdisi Siasat! Langkau giliran haji disiasat!

Edisi Hangat! Rahsia di sebalik nama Muhammad!

Oleh Kaki Wayang on

Setelah berblogwalking kejap tadi..ada beberapa artikel yang menarik untuk dikongsikan kepada anda sekalian..Siapa yang mempunyai nama Muhammad maka sangat beruntunglah orang itu dikurniakan dengan nama yang baik dan membawa maksud Yang Terpuji..persis nama Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi idola setiap insan di muka bumi ini..namun pernahkah anda mengetahui apakah disebalik nama Muhammad itu?

1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim ha mim dal, maka akan menjadi sebuah sekesta seorang manusia. sudah maklum adanya bahwa sebaik-baik mahluk / ciptaan yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalah manusia dengan kelebihan aqal mereka, sementara mahluk lain hanyalah hayawan dan planet-planet yang penuh rahasia.

Manusia Sempurna:



2. Kata Ahmad, jika kita cermati satu-persatu hurufnya mak huruf-huruf itu akan mennggambarkan sosok orang yang sedang melakukan sholat, tahukah kita bahwa sholat merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.

Ahmad Terpisah:


3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk layaknya manusia yang sedang sujud dalam shalat. dalam ritual sholat Sujud merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, karena pada saat sujud manusia menundukkan 8 bagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan total kepada sang pencipta. hmmm betapa rahasia Tuhan sangat menggetarkan hati, saya yakin masih banyak tersirat rahasia-rahaisa lain dibalik sosok, nama dan semua yang berkaitan dengan sang kekasih sejati 'Habibullah: Muhammad'.


Jom kita berselawat ke atas Nabi...

Kredit: http://www.woamu.mangaku.net


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Rahsia di sebalik nama Muhammad!

Edisi Hangat! Wah Tak Sangka Trafik Maintain Sejak Seminggu Lepas!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah tak sangka TRAFIK yang menjengah ke blog ini maintain sejak seminggu lepas sebelum trafik itu menjunam jatuh teruk pada hari semalam dan 2 hari lepas akibat tidak membuat sebarang post baru (proses menghapdet blog)..semuanya atas sebab-sebab aku memberi tumpuan pada Majlis Maulidur Rasul..walaupun begitu masih mampu untuk mendapatkan 700-1200 pv (300-400 uv) pada hari berkenaan..ni semua salah satu faktornya adalah artikel INI mencapai 20,000 PV sebelum ini..

Semuanya atas sebab-sebab pengunjung yang tak henti-henti memberikan sokongan kepada blog yang tak berapa best ni...Alhamdulillah..(padahal blog orang lain tak hairan pun kalau dapat PV dan UV sebanyak ini sebab diorang lagi "giler kentang"..i mean kentang tu gila..hahahaha sentap..blog lain mencapai 20,000 pv dan 15,000 sehari malah ada yang mampu dapatt sampai 100,000 pv sehari..

Tak pelah..sasaran aku pada tahun ni mampu nak capai 1 juta PV..insyaAllah..so silalah sokong yer...
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Wah Tak Sangka Trafik Maintain Sejak Seminggu Lepas!

Edisi Sentap! Gambar Pasangan Buat Maksiat Dalam Keranda!

Oleh Kaki Wayang on






Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Pasangan Buat Maksiat Dalam Keranda!

Edisi Hangat! Anak Gadis Will Smith Botak Kepala!

Oleh Kaki Wayang on

 
PENYANYI muda, Willow Smith ternyata berani membuat kelainan imej apabila sanggup membotakkan kepalanya pada usia yang begitu muda.

Anak perempuan pelakon Will Smith yang berusia 11 tahun itu telah memasukkan foto menerusi akaun Twitter miliknya baru-baru ini.

Ramai yang sedar, penyanyi ini semakin hari semakin memendekkan rambutnya sejak tahun 2010.



Menurut sumber, Willow inginkan perubahan yang matang agar peminat-peminatnya boleh berkembang bukan hanya daripada kalangan golongan remaja sahaja. Ramai yang memuji keberaniannya itu tetapi ada pihak yang mempersoalkan dengan berkata jika pada usia muda dia berani membotakkan kepalanya, apa lagi aksi berani yang akan ditunjukkan apabila dewasa kelak?

Bagaimanapun, dia kelihatan comel dengan imej barunya itu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Anak Gadis Will Smith Botak Kepala!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...