Edisi Siasat! Langkau giliran haji disiasat!

Oleh Kaki Wayang on

Tabung Haji sudah mengambil langkah proaktif dengan melantik profesional berkecuali bagi menyemak dan menambahbaik keseluruhan Sistem Maklumat Pengurusan Haji, kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail. 

Serentak itu, beliau menasihati bakal jemaah haji supaya tidak terpedaya dengan perkhidmatan melangkau giliran terutama sekali yang membabitkan pembayaran, dan meminta orang ramai melaporkan kepada Tabung Haji jika mendapat tawaran sedemikian. 
 
“Tabung Haji sentiasa berusaha untuk memperketatkan Sistem Maklumat Pengurusan Haji dan amat penting kepada Tabung Haji untuk mengenal pasti individu dan sindiket yang terbabit secara keseluruhan untuk memastikan pihak kami dapat melumpuhkan kegiatan tidak beretika ini.

“Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Tabung Haji sedang bekerjasama dalam mengenal pasti individu terbabit dalam sindiket berkenaan, malah SPRM kini berusaha melengkapkan siasatan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau merujuk isu membabitkan sindiket melangkau giliran menunaikan haji dalam Sistem Maklumat Pengurusan Haji seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Ismee berkata, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, mengesahkan bahawa satu siasatan sudah dijalankan oleh pihaknya berdasarkan maklumat yang diterima daripada Tabung Haji.

“SPRM juga meneliti sistem maklumat yang digunakan ketika ini. Perkara berkenaan turut disahkan oleh Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Shaharudin Khalid yang menegaskan bahawa kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.

“Ia bagi membolehkan penelitian menyeluruh ke atas sistem maklumat pengurusan haji yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, Sistem Maklumat Pengurusan Haji ketika ini memberi penekanan kepada keselamatan aras kelulusan dan capaian pengguna, proses aliran kerja dan laporan peringatan berkala.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...