PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Ngeri! Tragedi ngeri dua beranak!
Oleh Kaki Wayang on
ANGGOTA bomba mengangkat mayat Che Arminudin dan Marissa Alma yang rentung dalam kemalangan di Kota Bharu kelmarin.
Dua beranak yang bergegas keluar untuk menghantar saudara mereka
menaiki pesawat tidak sempat menjamah makan malam apabila mereka ditemui
rentung selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Kota
Bharu-Pasir Puteh berhampiran Kampung Padang Kala dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 8.40 malam itu mengakibatkan Che Arminudin Abdullah,
42, dan anak sulungnya, Marissa Alma, 4, maut selepas kenderaan utiliti
sukan (SUV) jenis Toyota Rush yang mereka naiki hilang kawalan sebelum
memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah pacuan empat roda jenis
Ford Ranger lalu terbakar.
Edisi Hangat! Rakaman CCTV Kes Khalwat Ustaz Badrolamin!
Oleh Kaki Wayang on
INILAH hotel terkenal di Pantai
Balok, Kuantan, tempat Dr. Badrulamin didakwa berkhalwat dengan seorang
wanita berstatus isteri orang.
Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan kepada pihak berkuasa.
Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.
Edisi Hangat! Scott Parker kapten baru England!
Oleh Kaki Wayang on
PEMAIN tengah Tottenham, Scott Parker akan memainkan peranan sebagai
kapten pasukan England ketika perlawanan persahabatan menentang Belanda
di Wembley pada Rabu, lapor BBC.
Pengurus sementara skuad, Stuart Pearce memilih Parker berbanding
Steven Gerrard dari Liverpool dan pemain Manchester, James Milner dan
Joe Hart.
Edisi Sentap! Rumah Nabil Raja Lawak dipecah masuk perompak!
Oleh Kaki Wayang on
Kediaman pelawak terkenal tanah air,
Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk
sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila penjenayah itu memecah masuk rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu.
Edisi Terkini! Tiada siasatan jika Badrolamin tidak buat laporan polis - Isu Khalwat Ustaz Badrolamin!
Oleh Kaki Wayang on
Polis tidak akan membuat sebarang siasatan berhubung dakwaan anggota
Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron kononnya beliau
dipukul kira-kira 20 orang ketika ditangkap atas dakwaan berkhalwat,
Sabtu lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, sebarang siasatan hanya dilakukan jika pengadu membuat laporan polis.