Betol-betol Pelik! iPad ganti kepala gadis jadi perhatian

Oleh Kaki Wayang on

UNIK...gaya Mia ketika  bersiar-siar di New York. 

Kemunculan seorang gadis - hanya dikenali sebagai Mia - bersiar-siar di jalan menarik perhatian ramai apabila kepalanya ‘digantikan’ dengan iPad. Ketika bersiar-siar, paparan pada iPad itu menunjukkan imej ‘kepala’ Mia dalam pelbagai aksi, termasuk membaca buku dan tersenyum.


Empat iPad digunakan bagi memaparkan imej ‘kepala’ Mia melalui empat sudut, iaitu depan, belakang, kiri dan kanan. Rakaman aksi Mia juga menarik perhatian ramai di YouTube apabila video itu mendapat kunjungan hampir 40,000 dalam tempoh kurang 24 jam.

Pada akhir klip itu, seseorang dilihat melalui depan muka Mia dan mendapati dia sedang membaca majalah wanita.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...