Edisi Hangat! Scott Parker kapten baru England!

Oleh Kaki Wayang on


PEMAIN tengah Tottenham, Scott Parker akan memainkan peranan sebagai kapten pasukan England ketika perlawanan persahabatan menentang Belanda di Wembley pada Rabu, lapor BBC.

Pengurus sementara skuad, Stuart Pearce memilih  Parker berbanding Steven Gerrard dari Liverpool dan pemain Manchester, James Milner dan Joe Hart.


Parker, 31, telah memperoleh 10 kep sejak kemunculan buat pertama kali pada November 2003 dan telah bermain tujuh daripada sembilan permainan melibatkan skuad England pada 2011. Dia juga dipilih sebagai England Player of the Year oleh peminatnya semalam.

Parker menggantikan John Terry yang digugurkan sebagai kapten ekoran kes berhubung kenyataan berbaur rasis terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand.

Berikutan keputusan ke atas Terry itu, Fabio Capello meletakkan jawatan sebagai pengurus pasukan England pertengahan Februari.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...