PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Hangat! BR1M Naik, PTPTN Hapus, Harga RON95 dan RON 97 Turun - Ikuti Kupasannya!

Oleh Kaki Wayang on


Bajet Belanjawan 2016. Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia sempena dengan pembentangan bajet 2016 yang akan diadakan tidak lama lagi. Pelbagai perkara diambil kira oleh kerajaan dalam usaha untuk menjayakan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Antara lain adalah melibatkan BR1M, harga minyak petrol RON 95 dan RON97 serta Bantuan Kereta 1Malaysia (BAK1M, Berikut merupakan intipati Belanjawan 2016 yang akan diumumkan kerajaan penghujung tahun ini:

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
  • Pemberian BR1M dinaikkan kepada RM400 (Bujang) dan RM1,200 (Keluarga).
Harga Petrol dan Diesel
  • Harga petrol RON95 dan Diesel diturunkan sebanyak 60sen, manakala RON97 sebanyak 40sen.
Wang Royalti Minyak
  • Wang royalti minyak sebanyak 15% daripada keuntungan bersih tahunan syarikat carigali bertanggungjawab akan diberikan kepada kerajaan negeri yang terlibat.
Bantuan Kereta 1 Malaysia (BAK1M)
  • Bantuan Kereta 1 Malaysia (BAK1M) bakal diperkenalkan dengan bantuan bayaran deposit sebanyak RM5,000 untuk warganegara berumur 21 tahun ke atas yang tidak pernah memiliki kenderaan (Model Proton sahaja).
Kadar Faedah Bank Turun
  • Kadar faedah bank akan dikurangkan sebanyak 0.8% bagi kakitangan kerajaan dan 0.5% bagi kakitangan swasta swasta.
PTPTN Dihapuskan
  • PTPTN akan dilupuskan secara berperingkat bermula dengan peminjam yang tamat pengajian dengan pencapaian PNGK 3.0 dan ke atas.
Skim Latihan Graduan 1 Malaysia (SLAG1M)
  • Graduan yang tamat pengajian dan telah menganggur melebihi 1 tahun akan diserap masuk ke sektor awam dibawah Skim Latihan Graduan 1 Malaysia (SLAG1M) dengan gaji permulaan sebanyak RM1,600
Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
  • Ibu tunggal dan warga emas akan mendapat diskaun sebanyak 50% untuk setiap pembelian di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
Diskaun Beli Motor Malaysia
  • Diskaun sebanyak 30% diberikan kepada remaja berumur 18-25 tahun untuk pembelian motosikal berjenama Malaysia

Berikut adalah antara intipati penting Belanjawan 2016 yang telah diberitahu oleh seorang pesakit mental Hospital Bahagia Tanjung Rambutan awal pagi tadi jika dia dipilih menjadi Perdana Menteri pada PRU akan datang.

Jangan marah naaaaaa...
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! BR1M Naik, PTPTN Hapus, Harga RON95 dan RON 97 Turun - Ikuti Kupasannya!

Edisi Tips! Bagaimana Aku Menjana RM400.00 Melalui Blog? Ikuti Kupasannya!

Oleh Kaki Wayang on


Sudah agak lama Kaki Wayang tidak berkongsi tips-tips blog selepas pihak Nuffnang membuang status Glitterati blog ini ke Non-Glitterati sebelum ini. Keadaan sungguh mengecewakan, rasa nak nangis yang amat. Hahahahaha. Propa je lebih.

Sebelum ini status Kaki Wayang adalah Glitterati. Kemudian bertukar ke Non-Glitterati dan mengambil masa yang agak lama untuk kembali ke status Glitterati. Tapi sekarang, rezeki datang semula. Dah dapat status Glitterati dan earning pun dah meningkat berganda.

Alhamdulillah. Saya bukanlah macam abam HasrulHassan yang power dalam SEO dan pakar dalam ilmu blogging. Saya juga bukanlah Ben Ashaari yang sado tu. Adalah juga kesadoannya tapi 1pax je. Saya juga bukanlah macam Abam-abam dan kakak-kakak blogger yang lain. Diorang dah power dah. Tu yang diorang sanggup berhenti kerja sebab income diorang melalui blog mengalahkan gaji masa kerja dalam perkhidmatan awam mahupun swasta.

Tapi setakat ini, alhamdulillah rezeki dalam berblog ini nampaknya membuahkan hasil. Tak perlu keluar satu sen pun untuk berblog. Tapi boleh mendatangkan hasil kalau banyak usaha dan tawakal. Saya bukanlah blogger yang suka menampilkan cerita-cerita sensasi, cerita lucah, cerita rogol sana, rogol sini, atau menampilkan gambar-gambar tak senonoh ataupun cerita sensasi artis-artis dalam mahupun luar negara. Biarlah sumber pendapatan itu halal dan tak menimbulkan syak dan rasa ragu serta was-was dalam diri.

Pada saya, dalam berblog ini yang paling penting adalah isi, tajuk artikel, pembaca setia, pengunjung setia, promosi melalui FACEBOOK, promosi melalui BABAB.NET dan macam-macam lagi. Semua itu memungkinkan dan menyumbang kepada trafik yang tinggi kepada blog kita.

Selain itu teknik backlink juga perlu diamalkan selalu. Apa yang perlu adalah, meninggalkan link anda di blog-blog terkenal terutamanya pada ruangan komen juga memainkan peranan yang sangat besar. Selain itu, melalui blogwalking, bertukar-tukar feed blog, contest, mahupun segmen-segmen yang dianjurkan. Nampak je usaha kecil tapi cuba anda semua ikut segmen-segmen yang dianjurkan. Bukan 1 dan bukan juga 10 trafik yang anda akan dapat tapi beratus-ratus. Mungkin pada mulanya agak susah. Tapi itulah yang dinamakan USAHA.

Kadang-kadang kecewa juga bila trafik yang datang ke blog kita kemain lagi power. 100 kinis edang online! Tak pun 300 online users! Tapi Nuffnang tak bayar. Kenapa? Sila usha link di bawah.

Kalau tak puashati dengan bebelan aku kat atas tu. Anda boleh ke LINK-LINK di bawah.



Paling penting adalah, Kalau dapat RM0.10 atau RM1.00 pun dak kira bersyukur sebab siapa nak bagi RM0.10 sen? Sape nak bagi? Tu dikira rezeki dan pendapatan kita. Dah boleh beli gula-gula dapat dua biji dah tu. Hehehehe. InsyaAllah berkat. Lainlah kalau post benda lucah, caerita tak senonoh. Walaupun dapat banyak tapi berkat ke? InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan mendapat rezeki yang halal dan membawa berkat.


Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Bagaimana Aku Menjana RM400.00 Melalui Blog? Ikuti Kupasannya!

Edisi Informasi! Habislah Malaysia! Kesan dan Akibat Perjanjian TPPA Terhadap Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on

Kesan dan Akibat Perjanjian TPPA Terhadap Malaysia. Pada ketika ini heboh satu Malaysia mengenai Perjanjian TPPA. Suatu ketika dahulu, perjanjian ini disebut-sebut ketika kejadian kehilangan misteri penerbangan Malaysia MH370. Kemudiannya khabar angin tersebut mulai pudar sebelum kembali menghantui Malaysia baru-baru ini. Namun kerajaan Malaysia bertindak untuk menangguhkan malah menidakkan hal berkenaan.


Sehingga malam tadi, hal berkaitan dengan Perjanjian TPPA ini kembali hangat diperkatakan. Sehangat blog ini. Apa itu Perjanjian TPPA? Dan apakah kesan dan impak jangka masa panjang perjanjian tersebut kepada Malaysia.


Hangat diperkatakan ketika ini iaitu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Malaysia adalah antara negara yang bersetuju dan telah menandatangani perjanjian TPPA ini. Pelbagai reaksi rakyat Malaysia mengenai perjanjian ini. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan perjanjian TPPA ini.

Malaysia termasuk 11 negara lain iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam mencapai persetujuan dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan menghapuskan sekatan dan memudahcarakan prosedur perdagangan di semua negara anggota.

Apa itu TPPA dan kesan jangka panjang pada ekonomi negara - ikuti ulasan Prof Dr Agus Yusoff

SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?

Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

  • Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?
  • Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.
  • Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.
  • Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.
  • TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?
  • TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

  • Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.
  • Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.
  • Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

Oleh: Mohammad Agus Yusoff


Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Habislah Malaysia! Kesan dan Akibat Perjanjian TPPA Terhadap Malaysia!

Edisi Informasi! Cara Ganti Mykad Online, Semak IC Online dan SMS!

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya kredit to Kak Yanmie, Denaihati dan Kujie2 atas entri yang sangat berinformasi dan berbaloi untuk dikongsikan kepada umum dan kepada kengkawan sekalian (mode: hamboih skemanyerr)..mintak maaf yer ini bukan copy tapi ingin berkongsi kepada semua yang aku ni pernah sekali menukar dan mengganti MyKad baru atas sebab-sebab kecuaian diri sendiri..hilang kat kapal terbang Malaysia Airlines..


Seb baek masa tu tak de lagi kad kredit..yang ada cuma kad debit dan sekeping duit RM50.00. dan dah tentulah IC..tak pelah aku halalkan jelah sesape yang dah terjumpa dan tak pulang-pulang kat aku..anggap jelah ianya rezeki untuk korang..seb baek RM50.00 je..so aku terus buat laporan polis dan terus kol bank-bank yang terlibat untuk block kad debit aku tu..dan block semua apa yang patut..seb baek ada sorang insan yang sangat baik hati bagi aku duit RM20.00 untuk aku beli tiket bas dan balik ke Muadzam...sampai je Muadzam terus wat report kat JPN dan terus wat IC..benda paling penting lah katakan..sesiapa yang pegi ke JPN Muadzam sangat beruntung sebab tak perlu nak beratur panjang..service pon ok..dalam 10 minit dah selesai..walaupun kekadang bila cakap MyKad hilang orang kat kaunter tu pandang semacam dan wat muka masam (Marah la tu My Kad hilang)..tapi tak tahula orang lain..aku pegi kat JPN Muadzam ok je..cepat je..tak tahula orang lain kot-kot pegi kene beratur..

Ok, berbalik kepada tajuk utama..mulai sekarang korang dah tak payah dah ke JPN untuk wat penggantian MyKad..cuma yang tak bestnyer kene ada Kad Kredit..sebab pembayaran untuk denda dan sebagainya hanya boleh dibuat dengan Kad Kredit sahaja..Namun begitu bukan sewenang-wenangnya nak tukar ikut suka hati okeh!

Hanya 3 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu:
1) Gantian cip atau kad rosak
2) Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k ke 64k)
3) Gantian disebabkan kehilangan

Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN:
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 10.00 malam
- Sabtu : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
- Ahad : 8.00 pagi hingga 8.00 malam

Untuk pengetahuan lanjut sila ke: SISTEM GANTIAN MyKAD
Semak Status Permohonan MyKad, MyPr, MyKas: STATUS PERMOHONAN 
Semak Status Permohonan MyKad Melalui SMS:  taip JPN MyKad kirimkan sms ke 15888

P/s: Baru-baru ni kawan aku Clifford Elvin Eric (Boboy K F) wallet dia hilang atas kecuaiannya sendiri (gituh) dan dalam walletnya itu ada duit banyak, kad kredit semua bank di Malaysia dan Kad Debit serta gambar awek dia yang comel itew (Mode: Menghanjeng Cliff)..so hati-hatilah nanti yer..


Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Cara Ganti Mykad Online, Semak IC Online dan SMS!

Edisi Informasi! Dapatkan 7GB Data dan Call Percuma Dengan UMobile P70 Hero Postpaid!

Oleh Kaki Wayang on

Zaman sekarang apa gunanya smartphone kalau tak de data? Asyik-asyik duduk kat kedai mamak, kedai starbuck atau kat mana-mana tempat ada wifi baru leh berinternet. Kalau pekedai tu masih tak halau lagi sampai ke petang lah duduk kat kedai tu. Order Kopi O Kawwww. Dari pagi sampai petang tak habis lagi. Dah sejuk dah kopi tu. Agak-agak tuan punya kedai tu buat muka baru lah nak blah. Itu pun bila dah blah sambung kat kedai lain pula.

Hero Postpaid P70
Tapi dengan adanya Hero Postpaid P70, kini internet semua di hujung jari. Pegi mana-mana tempat ada data. Nak update dalam toilet pun boleh. Nak update masa makan, masa kat gunung-ganang (selagi ada coverage) tidak menjadi masalah.

Hero Postpaid P70

Bukan tu je, tapi data dah dinaiktaraf dari 4.5GB ke 7GB. Memang meletop lah handphone selepas ni. Bukan meletop sebab ada bom, tapi sebab online 24 jam. Zaman sekarang ada yang pakai prepaid tu kan. Tu pun dapat 1.5GB atau 3GB sebulan. Tup-tup esok eh data abes. Sebabnya "ter on" auto update. Hahahahaha. Baru top-up RM30 untuk beli data dah habis.

Bukan tu je, dari tawaran telco UMobile P70 Hero Postpaid ni korang akan dapat 7GB data, voice call unlimited to all networks, SMS murah yang amat bak 7 petala langit (melampau ayat) dan macam-macam lagi lah.

Dan yang paling peting HERO UMobile ni hero yang bermanfaat. Boleh call awek, isteri, suami, adik-adik, mak, ayah, keluarga dan sape-sape pun lah. Tapi kalau ngan Captain America atau Spiderman, tak pun Batman dan Chibi Maruko Chan (hero ke ni). Konfem hero-hero ni tak boleh buat apa-apa. Tak memberi sebarang manfaat pun kan.

So apa tunggu lagi, langganilah UMobile P70 Hero Postpaid sekarang!
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Dapatkan 7GB Data dan Call Percuma Dengan UMobile P70 Hero Postpaid!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...