PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Ngeri! Perempuan Yang Memotong Badannya Sendiri Dengan Gunting - Serius Ngeri!
Oleh Kaki Wayang on
So ingatlah wahai kaum hawa bahawasanya sangat mudah untuk kita melupakan dan mengingkari perintah Allah S.W.T. Maka berhati-hatilah dalam bersosial..mudah sebenarnya untuk mendapatkan redha Allah S.W.T..pendek kata, selagi kita berada dalam perintah Allah S.W.T insyaAllah kita tidak akan termasuk dalam golongan orang munafik dan fasik..
Edisi Pelik! Kat Sini Hujan, Kat Sana Tak Hujan - Pernahkah Anda Melihat Fenomena Ajaib dan Pelik Ini?
Oleh Kaki Wayang on
Gambar hujan daripada udara... MasyaAllah... In lam yasya' lam yakun..
Firman Allah "Apakah kamu lihat air yang kamu semua minum?
Edisi Terkini! Tahniah, Bayaran Balik PTPTN Diberhentikan, Berita Baik atau Buruk?
Oleh Kaki Wayang on
Bayaran Balik PTPTN Diberhentikan. Alhamdulillah! Bayaran balik PTPTN diberhentikan. Berita baik buat seluruh peminjam PTPTN. Alangkah indah dan gembira sekiranya berita dan tajuk tersebut benar. Alangkah bahagianya apabila tidak lagi perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Alangkah seronoknya apabila tiap bulan tengok slip gaji, tak de pun potongan dari Biro Angkasa (bayaran balik pinjaman PTPTN).
#sedih!
Jangan nak mimpi okeh! Bayaran balik PTPTN melalui kaedah potongan gaji oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja yang akan diberhentikan. Menerusi pengumuman tersebut, selepas ini semua peminjam PTPTN perlu membayar balik pinjaman berkenaan secara terus ke PTPTN.
Mana-mana majikan yang menggunakan perkhidmatan bayaran balik PTPTN mellui kaedah pemotongan gaji perlulah berhubung terus dengan pihak PTPTN dan mengemukakan bayaran tersebut di alamat seperti di bawah:
Ketua Eksekutif,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Lot G2, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
Pada yang masih bermimpi dan musykil bolehlah berhubung terus dengan pihak PTPTN:
Talian PTPTN: 03-20986484 / 03-20987336 / 03-20986462
Ingat yer..HUTANG tu WAJIB bayar.
Ingat yer..HUTANG tu WAJIB bayar.
Edisi Hangat! Inilah 13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh A.S Yang Korang Tak Tahu!
Oleh Kaki Wayang on
1. Nabi Nuh Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 thn)
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.
2. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.
3. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.
4. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.
5. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat)
Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.
6. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut
Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).
7. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.
8. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas
Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.
9. Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut
Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.
10. Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.
11. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia
Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.
12. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung
Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.
13. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia
Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.
Kredit: http://budaktechnician.blogspot.com
Edisi Sentap! 5 Tanda-Tanda dan Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial!
Oleh Kaki Wayang on
Dewasa ini pelbagai cara manusia meluahkan perasaan mereka khususnya dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi. Tidak kurang juga dalam blog-blog mereka. Semuanya diangkat tanpa menyedari mereka kini termasuk dalam orang-orang yang bongkak dan riak. Pelbagai status dan gambar di muat naik ke laman sosial bagi menggambarkan perasaan mereka.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
HUKUM SOMBONG
Sombong haram hukumnya dan termasuk dosa besar. Ayat diatas telah dengan tegas menjelaskannya.
Ibnu Katsir mengatakan mahfumnya, Firman Allah dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh” maksudnya janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, lagi berbuat semenamena. Jangan kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah akan murka kepadamu” (Tafsir Ibnu Katsir 3/417)
“Tidak akan masuk sorga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi” (Riwayat Muslim)
Imam An Nawawi berkata “Hadits diatas berisi larangan dari sifat sombong, yaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka serta menolak kebenaran”(Syarh Shahih Muslim 2/269)
Berikut merupakan beberapa tanda-tanda dan sifat riak ibu bapa di laman sosial:-
Anak "terrer" Mengaji
Alhamdulillah..anak baru berumur 3, 4 tahun dah fasih dan hafal dah surah Al-Baqarah, Surah Yasin dan Surah Lazim..
Anak Bijak dan Dapat Result Cemerlang
Alhamdulillah..anak mama Balqis (bukan nama sebenar)..dah lah comel, cantik..muka macam mama..pandai macam mama..Tahniah anak mama dapat result 68A dalam exam.. Tak sia-sia mama hantar p "tusyen" sampai habis RM40K sebulan..mama bangga dengan Aqish (Nama manja Balqis walaupun jauh dari nama sebenar).
Anak Comel Tahap Model
Ya Allah Aqish (Balqis yang cemerlang tadi) comelnya..kecik-kecik dah comel, pandai bergaya, tudung ala-ala Hana Tajima..siap bungkus kepala ikat tepi..ada iras-iras mama dia..tang idung ikut papa dia..ramai yang cakap bila besar konfem lawa ni..Mama ingat nak masukkan dia dalam kelas American Next Top Model lah..doa-doakan lah yer..aamiin..
Pakaian Anak
I bukan apa kalau beli murah-murah ni, nanti kulit anak i si Aqish tu(Balqis yang cemerlang dan comel tadi) kalau pakai yang murah konfem berkudis tahap dewa. Tu yang terpaksa beli baju, seluar, tudung dan kasut harga RM30K tu bagi Aqish pakai..kalau harga camtu je yang kulit Aqish berkenan..harganya berpatutan.. Tak murah dan tak mahal..
Anak Rajin Macam Mesin
Aqish (masih Balqis yang cemerlang, comel dan alergik tu)..nape lah awak ni dilahirkan comel sangat..dah lah pandai, cemerlang, terbilang, bijak, comel, baju cantik-cantik, fasih mengaji pula..sekarang ni pula, "pe'el" terbaru dia..Ya Allah rajin..kecik-kecik dah rajin yang amat..pandai basuh longkang, pandai cat umah 5 tingkat, pandai bagi makan kucing 80 ekor, lap tingkap dan repair bumbung umah.