PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! ISIS Lupa Tutup Logo USA Dalam Video Latihan Ketenteraan Mereka!

Oleh Kaki Wayang on


ISIS ataupun Islamic State of Iraq and the Levant kini antara objek paling berpenagaruh di dunia. Pelbagai keganasan melibatkan ISIS terpampang di seluruh media massa. Namun begitu siapakah dan apakah ISIS yang sebenarnya? Meh pegi kat SINI kalau nak tau hal mengenai ISIS.

 

Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah, siapa mereka? Tujuan mereka dan siapa yang membiayai segala perbelanjaan mereka. Di dalam satu video yang telah dikeluarkan dipercayai dari ISIS, di dalam video tersebut menunjukkan mereka sedang berlatih ketenteraan. Namun begitu, mereka terlupa untuk menutup logo "US" (United States) pada khemah mereka. Apakah ISIS dibiayai oleh kerajaan US?

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! ISIS Lupa Tutup Logo USA Dalam Video Latihan Ketenteraan Mereka!

Edisi Terkini! Senarai Kakitangan Awam Yang Layak Menerima Bonus (Bayaran Khas) 2015!

Oleh Kaki Wayang on


Tarikh Pembayaran BONUS Kakitangan Awam. Dengan pengumuman yang telah di buat oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2016, kerajaan akan memberikan BAYARAN KHAS kepada semua kakitangan awam yang akan dibayar pada 4 Januari 2016.

Pegawai Yang Layak

Pemberian Khas ini diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat pada tahun 2015 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan  Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015.

Pegawai yang layak dibayar Pemberian Khas Tahun 2015 adalah seperti berikut:
  1. Pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service dan guru interim;
  2. Pegawai yang bercuti separuh gaji;
  3. Pegawai yang bercuti tanpa gaji/dipinjamkan ke agensi yang diasingkan  pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tahun 2015; 
  4. Pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan 
  5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan YA Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.
ARTIKEL BERKAITAN: Tarikh Bayaran Khas Kakitangan Awam 2015


Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Pemberian Khas sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun 2015.
Bagi PSH yang berkhidmat melebihi satu kontrak dalam tahun 2015, Pemberian Khas akan dibayar oleh Jabatan terakhir pegawai berkhidmat tertakluk kepada PSH tersebut memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam perenggan ini.
Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, Jabatan terdahulu yang mana PSH memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut akan membayar Pemberian Khas tersebut.

Pegawai Yang Tidak Layak

Pegawai yang tidak layak dibayar Pemberian Khas Tahun 2015 adalah seperti berikut: 
  1. Pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut dalam tahun 2015; 
  2. Pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2015; 
  3. Pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tahun 2015;
  4. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran dalam tahun 2015; dan 
  5. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tahun 2015. 
RUJUKAN: Pekeliling Bayaran Khas 2015 (Bajet 2016) 

 


Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Senarai Kakitangan Awam Yang Layak Menerima Bonus (Bayaran Khas) 2015!

Edisi Terkini! Tarikh Pembayaran BONUS (Bayaran Khas) Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling!

Oleh Kaki Wayang on


Tarikh Pembayaran BONUS Kakitangan Awam. Alhamdulillah, syukur tatkala kerajaan mengumumkan untuk memberikan BONUS kepada semua kakitangan awam. Bonus atau lebih tepat lagi Bayaran KHAS ini akan di bayar kepada semua pennjawat awam pada 4 Januari 2016. Tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Kerajaan telah membuat keputusan supaya Pemberian Khas Tahun 2015 dibayar sebagai penghargaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Kadar  Pemberian Khas Tahun 2015 yang ditetapkan adalah sebanyak RM500.00. Bukan itu sahaja malah kerajaan juga bersetuju memberi Bayaran Khas sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.


Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Tarikh Pembayaran BONUS (Bayaran Khas) Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling!

Edisi Kreatif! Begini Caranya Membina Katil Menggunakan 7 Kabinet Dapur IKEA - Serius Kreatif!

Oleh Kaki Wayang on


Dengan pembukaan satu lagi cawangan IKEA baru di Malaysia sudah pastinya akan menyebabkan para penggemar perabot dan pelbagai barangan rumah akan berkunjung ke IKEA. Namun begitu tak ramai yang tahu bagaimana untuk memanipulasi perabot dapur khususnya kabinet dapur dan kemudiannya diubah menjadi sebuah katil yang sangat kreatif sesuai dengan imej IKEA itu sendiri.


Meh kita tengok video ini.


Sila baca selanjutnyaEdisi Kreatif! Begini Caranya Membina Katil Menggunakan 7 Kabinet Dapur IKEA - Serius Kreatif!

Edisi Sentap! Rahsia Gelaran "Datuk" Lee Chong Wei Yang Korang Tak Tahu!

Oleh Kaki Wayang on

Rahsia gelaran Datuk Lee Chong Wei. Umum mengetahui, Lee Chong Wei kini sudah menemui kembali sentuhan pemusnah dalam arena badminton. Sekembalinya dari penggantungan akibat penggunaan bahan terlarang yang lalu menerbitkan semula keyakinan dan harapan rakyat Malaysia untuk menatap pemain Malaysia pertama memiliki pingat emas Olimpik pada Sukan Olimpik Brazil 2016 nanti.

Pada ketika ini, Lee Chong Wei kini berada di tangga ke 6 dalam rangking badminton dunia bagi kategori lelaki. Permainannya kini begitu berbeza apabila berjaya mengalahkan Chen Long pada dua kejohanan berturut-turut iaitu pada Terbuka China dan Terbuka Hong Kong. Di samping menewaskan musuh ketatnya Lin Dan pada separuh akhir Terbuka China tempohari.

Rahsia Gelaran Datuk

Namun begitu, tak ramai yang mengetahui rahsia gelaran "Datuk" yang di miliki oleh Lee Chong Wei. Meh kita tengok dan baca dan fahami kenapa Lee Chong Wei memperolehi gelaran "Datuk"


Hahahahahaha. Percaya atau tidak? Ada juga eh macam ni? Miahahahahahaha. Bomoh tak leh tahan tu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Rahsia Gelaran "Datuk" Lee Chong Wei Yang Korang Tak Tahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...