PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger

Oleh Kaki Wayang on


Tak tahula aku ni ada kembar atau tidak..dulu masa masih sekolah ngan kengkawan..aku dilabel kembar dengan salah seorang saudaraku..malah tarikh lahir kami sangat hampir iaitu..aku 08/08/**** dan saudara aku tu 11/08/****..So, ni pertama kali join segmen kat sini..harap-harap leh jumpe kembar lagi eh..yang bukan kembar pun takpe..JOIN KAT SINI


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger

Betol-betol Hangat! Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion

Oleh Kaki Wayang on

http://lh5.ggpht.com/-2FLxFg2bUmE/TioVuLeK2bI/AAAAAAAAGRw/KL5iXD2qqDs/History-Supreme-yacht-2_thumb%25255B2%25255D.jpg?imgmax=800

Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok. Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/246598_207323322649372_139613139420391_501697_2086062_n.jpg

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia. Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan. Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex. Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion

Betol-betol Hangat! Qari dan Qariah Malaysia JUARA tilawah al-Quran

Oleh Kaki Wayang on

http://www.bharian.com.my/articles/Surayadapatbimbinganbekasqariternama/pix_gal0

Qari dan Qariah dari Malaysia, Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini. 
Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Sebelum ini, Amirrahman dan Suraya muncul johan pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 89.26 peratus manakala johan qariah mendapat 88.33 peratus. 

Sementara itu, Saudi M. Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.30 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul sebagai naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Qari dan Qariah Malaysia JUARA tilawah al-Quran

Keputusan Terkini! Singapura vs Malaysia

Oleh Kaki Wayang on

http://portalsukan.com/wp-content/uploads/2011/07/malaysia_vs_singapore11.jpg

Perlawanan pertama Singapura vs Malaysia..keputusan pada ketika ini Singapura kini mendahului Pasukan negara kita, Malaysia dengan 4-1..

http://faizalfredley.com/wp-content/uploads/2011/07/jersey3.jpg

Minit 1 - Malaysia mendahului dengan jaringan Safee Sali..perghhhhh ada harapan nak menang ni..jaringan cantik dari Safee Sali..

Minit 24 - Malaysia hampir menyamakan kedudukan namun percubaan S.Kunanlan dihalang oleh pemain Singapura

Minit 27 - Malaysia hampir menyamakan kedudukan dengan gerakan lincah Safee Sali..namun pemain Malaysia Ismail Faruqi tidak dapat memanfaatkan peluang yang terhidang didepan mata..

Minit 33 - Singapura hampir menambah jaringan dengan percubaan pemain Singapura yang terkena tiang gol.
Minit 34 - Singapura hampir mendahului namun percubaan yang dibuat oleh Singapura dibatalkan kerana pemain mereka berada dalam kedudukan offside.

Minit 36 - Kad kuning kepada pemain negara atas kesalahan dan kekasaran yang dilakukan..pada ketika ini Kad kuning Malaysia 1 - Singapura 1..diharapkan pemain negara tidak lagi bermain secara bahaya kerana takut lepas ni pemain tak boleh bermain pada perlawanan kedua di Stadium Bukit Jalil nanti..

Minit 39 - Kad Kuning kepada pemain Singapura..ganas pula pemain Singapura ni..Kad Kuning (MAS 1 - SIN 2)

Minit 40 - Sekali lagi Ismail Faruqi terlepas peluang untuk menjaringkan gol.

Minit 41 - Percubaan dari Safee Sali namun jauh dari sasaran.

Minit 42 - Singapura diberikan sepakan percuma..harus diingat Singapura menjaringkan gol kedua dengan sepakan percuma..

Minit 43 - Singapura menjaringkan gol ke -3 menerusi Mutafic Fahrudin.ini yang eden lomah nak mengulas perlawanan ni..

Minit 45 - Singapura menjaringkan gol ke-4 dengan pemain Malaysia yang kini semakin hilang punca..boto-boto lomah lah eden kalau macam ni..

Tamat separuh masa pertama!!! Kedudukan Singapura 4 - Malaysia 1..untuk pengetahuan semua jaringan yang dilakukan oleh pemain Singapura adalah datangnya dari semua pemain import yang kini memegang kerakyatan Singapura...

Separuh Masa Kedua

Minit 47 -  Hantaran Safiq Rahim lemah dan berjaya ditangkap kemas penjaga gol Singapura..

Minit 48 -  Tandukan Safee Sali yang tidak menepati sasaran..

Minit 50 - Ketua Pasukan Malaysia dilayangkan kad merah..makin lemah lah pula..

Minit 53 - Pemain Singapura dilayangkan Kad Merah...hambek kaoooo!!!

Minit 54 - Malaysia mendapat Sepakan Percuma melalui Safee sali..namun percubaannya tidak menepati sasaran

Minit 58 -  Hantaran Asrarudin Putra dihalang oleh pemain Malaysia

Minit 60 - Gol..Singapura menjaringkan gol ke 5..nasib baik offside jewwww..(dah makin teruk dah nampaknya pasukan Malaysia ni)..

Minit 64 -  Percubaan Singapura melepasi palang gol..

Minit 67 - Malaysia menguasai permainan setakat ini dan Malaysia mendapat sepakan percuma..

Minit 69 - Malaysia menjaringkan gol melalui Abdul Hadi Yahya..

Minit 70 - Malaysia mendapat jaringan ke -3 melalui Safee Sali

Minit 72 - Malaysia hampir mendapat gol ke -4 melalui Abdul Hadi Yahya namun percubaannya lemah dan tersasar..

Minit 78 - Percubaan Singapura namun tersasar..nasib baik woooooo

minit 81 - Singapura 5 - Malaysia 3

Perlawanan TAMAT dengan keputusan Singapura vs malaysia (5-3)
Sila baca selanjutnyaKeputusan Terkini! Singapura vs Malaysia

Betol-betol Hangat! BEN ASHAARI Cari Blogger Kreatif..Aku Umpama!

Oleh Kaki Wayang on



http://bundamahes.files.wordpress.com/2011/04/lion-waiting-in-nambia.jpg

Aku Umpama Singa..

Abg Ben..macam ni laa..paling mudah aku ni dilahirkan pada 080884..(Kene ingat tau..boleh korang wish dan bagi hadiah besday nanti)..So, zodiac aku adalah LEO..iaitu gambaran kepada seekor singa..aku tak nak lah terpengaruh atau nak sangat percaya pada ramalan zodiac ni..cuma apa yang ditulis dalam pelbagai sumber mengenainya adalah lebih kurang sama dengan diri BBH sendiri..Antaranya:-
  • Confident
  • Ambitious
  • Generous
  • Loyal
  • Encouraging
  • Generous and warmhearted
  • Creative and enthusiastic
  • Broad-minded and expansive 
  • Faithful and loving
Aku tak nak lah huraikan semua sekali..Cuma apa yang aku tertarik adalah..CONFIDENT..yup betol aku memang seorang yang confident dalam apa jua urusan..terutamanya apabila mengendalikan apa yang aku rasa aku yakin boleh buat..aku ni jenis cepat belajar..bila tahu sesuatu benda..aku akan dapatkan ilmu tu secepat mungkin..dan aku dengan gagah, berani dan konfiden nya boleh mengajar dan memberi ilmu kepada sesiapapun dengan yakin..

Sudah tentunya aku merupakan seorang Ambitious (bercita-cita tinggi, kelihatan megah), dan Creative..aku suka sangat part ni..dalam apa jua keadaan sekalipun..aku akan cuba untuk lebih creative than other people..no matter what..i’ll try to do my best to be different..gehtooo..sebagai contoh blog ni..aku akan cuba designkan sebaik mungkin dan sebab aku sukakan javascript (dah namanya Web Developer) kenelah creative..tu sebab ada Drop Down Menu kat atas tu..dan sekarang pun dalam project yang besar untuk mengubah sedikit demi sedikit design blog untuk kelihatan lebih menarik..

Namun apa kaitannya dengan gambar tu…nampak monyok je..macam tak makan “6 tahun” jew..hahahaha..biasalah singa kan..tak kan asyik nak buat satu ekspresi muka jew..tak nak lah garang sokmo..kenelah monyok, sedih, happy dan garang..barulah creative (ade kene mengena ke) hahahahaha…lagipun singa tu tengah pandang masa depan tu..takkan nak jadi carnivore je hari-hari..makanan lain takde ke..gitewww.. back to the poin..singa sangat confident dalam menjalankan tugas hariannya (perghhh macam ada keje je tiap hari)..merupakan Raja Rimba..(mode: teringat movie animasi The Lion King hik, hik, hik)..kreatif, ambitious dan sayangkan anak-anaknya..sebab aku tak pernah nampak lagi singa makan anaknya sendiri..kalau makan haiwan lain tu lain cerita lah..dah makanan dier..heheheh..wah gehtooo..

Ok dah lah..memanjang pula bebelen itew..cukup setakat ni..sudi-sudikanlah bertanyakan soalan kat aku yer kalau nak tahu apa jua jenis masalah..better tanya pasal apa yang aku pakar jew..kang tanya benda lain tak terjawab kang..

PERHATIAN: 

Walaupun aku umpama Singa..tapi malam ni aku tetap sokong Harimau Malaya..tak nak sokong Singapura..Go, go, go Harimau Malaya..benamkan ego Singapura... 

 
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! BEN ASHAARI Cari Blogger Kreatif..Aku Umpama!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...