Keputusan Terkini! Singapura vs Malaysia

Oleh Kaki Wayang on

http://portalsukan.com/wp-content/uploads/2011/07/malaysia_vs_singapore11.jpg

Perlawanan pertama Singapura vs Malaysia..keputusan pada ketika ini Singapura kini mendahului Pasukan negara kita, Malaysia dengan 4-1..

http://faizalfredley.com/wp-content/uploads/2011/07/jersey3.jpg

Minit 1 - Malaysia mendahului dengan jaringan Safee Sali..perghhhhh ada harapan nak menang ni..jaringan cantik dari Safee Sali..

Minit 24 - Malaysia hampir menyamakan kedudukan namun percubaan S.Kunanlan dihalang oleh pemain Singapura

Minit 27 - Malaysia hampir menyamakan kedudukan dengan gerakan lincah Safee Sali..namun pemain Malaysia Ismail Faruqi tidak dapat memanfaatkan peluang yang terhidang didepan mata..

Minit 33 - Singapura hampir menambah jaringan dengan percubaan pemain Singapura yang terkena tiang gol.
Minit 34 - Singapura hampir mendahului namun percubaan yang dibuat oleh Singapura dibatalkan kerana pemain mereka berada dalam kedudukan offside.

Minit 36 - Kad kuning kepada pemain negara atas kesalahan dan kekasaran yang dilakukan..pada ketika ini Kad kuning Malaysia 1 - Singapura 1..diharapkan pemain negara tidak lagi bermain secara bahaya kerana takut lepas ni pemain tak boleh bermain pada perlawanan kedua di Stadium Bukit Jalil nanti..

Minit 39 - Kad Kuning kepada pemain Singapura..ganas pula pemain Singapura ni..Kad Kuning (MAS 1 - SIN 2)

Minit 40 - Sekali lagi Ismail Faruqi terlepas peluang untuk menjaringkan gol.

Minit 41 - Percubaan dari Safee Sali namun jauh dari sasaran.

Minit 42 - Singapura diberikan sepakan percuma..harus diingat Singapura menjaringkan gol kedua dengan sepakan percuma..

Minit 43 - Singapura menjaringkan gol ke -3 menerusi Mutafic Fahrudin.ini yang eden lomah nak mengulas perlawanan ni..

Minit 45 - Singapura menjaringkan gol ke-4 dengan pemain Malaysia yang kini semakin hilang punca..boto-boto lomah lah eden kalau macam ni..

Tamat separuh masa pertama!!! Kedudukan Singapura 4 - Malaysia 1..untuk pengetahuan semua jaringan yang dilakukan oleh pemain Singapura adalah datangnya dari semua pemain import yang kini memegang kerakyatan Singapura...

Separuh Masa Kedua

Minit 47 -  Hantaran Safiq Rahim lemah dan berjaya ditangkap kemas penjaga gol Singapura..

Minit 48 -  Tandukan Safee Sali yang tidak menepati sasaran..

Minit 50 - Ketua Pasukan Malaysia dilayangkan kad merah..makin lemah lah pula..

Minit 53 - Pemain Singapura dilayangkan Kad Merah...hambek kaoooo!!!

Minit 54 - Malaysia mendapat Sepakan Percuma melalui Safee sali..namun percubaannya tidak menepati sasaran

Minit 58 -  Hantaran Asrarudin Putra dihalang oleh pemain Malaysia

Minit 60 - Gol..Singapura menjaringkan gol ke 5..nasib baik offside jewwww..(dah makin teruk dah nampaknya pasukan Malaysia ni)..

Minit 64 -  Percubaan Singapura melepasi palang gol..

Minit 67 - Malaysia menguasai permainan setakat ini dan Malaysia mendapat sepakan percuma..

Minit 69 - Malaysia menjaringkan gol melalui Abdul Hadi Yahya..

Minit 70 - Malaysia mendapat jaringan ke -3 melalui Safee Sali

Minit 72 - Malaysia hampir mendapat gol ke -4 melalui Abdul Hadi Yahya namun percubaannya lemah dan tersasar..

Minit 78 - Percubaan Singapura namun tersasar..nasib baik woooooo

minit 81 - Singapura 5 - Malaysia 3

Perlawanan TAMAT dengan keputusan Singapura vs malaysia (5-3)

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...