Betol-betol Hangat! United dedah rahsia mahu miliki Sneijder!

Oleh Kaki Wayang on


Selepas sekian lama berteka- teki, Manchester United akhirnya menge- sahkan bahawa mereka mahu mendapat- kan khidmat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder. Malah juara Liga Perdana England musim ini itu menganggap menandatangani kontrak dengan Sneijder adalah satu keputusan tepat dan bakal memberikan im- pak yang positif.

"Kewujudan Paul Scholes (pemain veteran United) serta Roy Keane (bekas pemain United) yang baru tidak akan ada.

"Namun saya tidak fikir mana-mana pemain lain yang lebih sempurna melainkan Sneijder untuk berada dalam pasukan kami (United).

"Saya sudah berada dalam pasukan United untuk satu tempoh yang panjang dan tahu segala perkara yang berlaku dalam pasukan ini baik luar mahupun dalam.

"Berdasarkan kualiti yang dimilikinya, saya akan katakan dapatkan Sneijder," kata jurulatih United, Rene Meulensteen.

Skuad The Red Devils sudah lama mahu membawa masuk Sneijder ke Old Traf- ford dan kali ini yuran perpindahan dianggarkan bernilai £35 juta (RM168.444 juta). Sneijder yang juga merupakan perancang antarabangsa Belanda, berhijrah dari Real Madrid ke Inter pada 2009. Bersama Inter, pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting apabila membantu kelab gergasi Itali itu merang- kul kejuaraan treble di bawah kendalian Jose Mourinho.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...