Pernah tak korang terfikir nak tahu siapa yang “melahirkan” atau “mencipta” symbol “@” yang biasa kita gunakan dalam emel? Ataupun pernah tak korang terfikit kenapa emel yang kita sering gunakan ada symbol “@”?Tahukah anda apa tujuan “@” diletakkan pada emel yang kita gunakan sekarang?
Jawapan korang mesti TAK..betol tak?hahahaha..bagi yang dah tahu tu diam-diam sudahlah..bagi yan tak tahu tu..teruskan membaca yer..Ok lah ceritanya begini..Mel elektronik atau E-mail boleh dikatakan menjadi keutamaan dan fenomena terkini selepas surat yang kita gunakan agak tradisional sessungut (sesangat) kan..
Seorang lelaki bernama suami..eh bukan itu lagu kumpulan Kopratasa..seorang lelaki pemprogram (macam pelik bila taip dalam BM)..seorang programmer bernama Ray Tomlinson merupakan individu pertama yang melahirkan symbol “@” yang digunakan untuk mengasingkan nama pengirim dan hos pada alamat emel. Ia juga membolehkan alamat emel mudah diingati. Ray Tomlinson selepas it uterus dikenali sebagai Bapa Emel.