Betol-betol Hangat! Kapten MU ada 10 kekasih gelap!

Oleh Kaki Wayang on

http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/00792/rio_ferdinand_engla_792030c.jpg

Seorang penari lucah, seorang model bogel dan seorang penyanyi pop merupakan sebahagian daripada 10 wanita yang menjalin hubungan sulit dengan kapten kelab bola sepak Manchester United (MU), Rio Ferdinand, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama sekurang-kurangnya 10 wanita yang didakwa kekasih gelap Ferdinand itu didedahkan di Mahkamah Tinggi London kelmarin semasa perbicaraan kes saman ganti rugi bintang MU berkenaan terhadap sebuah akhbar mingguan tempatan kerana menyiarkan berita hubungan sulitnya dengan seorang pereka dalaman, Carly Storey.

Ferdinand, 32, yang turut mewakili pasukan England telah berkahwin dengan Rebecca Ellison pada 2007 dan mereka kini mempunyai 3 anak. Pemain pertahanan MU itu cuma menuntut ganti rugi berjumlah £50,000 (RM240,527) terhadap akhbar berkenaan kerana melanggar hak peribadinya dengan menyiarkan laporan tersebut walaupun dia memperoleh pendapatan dianggarkan jutaan pound.

Namun, peguam defendan, Gavin Millar memberitahu mahkamah bahawa pendedahan memalukan itu perlu dibuat demi menjaga kepentingan awam dan untuk mendedahkan sikap sebenar Ferdinand yang sebelum ini dilabel pemain bersih daripada sebarang skandal.

"Dia (Ferdinand) telah mengabui mata orang awam selama beberapa tahun," kata peguam tersebut.

Antara wanita yang didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Ferdinand termasuk dua model Israel, Lilach Yafe dan Tslil Sela masing-masing berusia 29 dan 22 tahun, model Brazil, Tatiane Rosalino, 26, model bogel, Holly McGuire, 33, dan penari lucah berusia 22 tahun, Coralie Robinson serta pramugari syarikat Virgin, Lauren Alcorn.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...